backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Eh, Benjolan Merah Ni Bisul Atau Jerawat? Ada 3 Cara Untuk Membezakannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/12/2022

    Eh, Benjolan Merah Ni Bisul Atau Jerawat? Ada 3 Cara Untuk Membezakannya

    Pelbagai jenis benjolan atau ketulan boleh muncul pada kulit. Adakalanya kita sendiri kurang pasti apakah ia, sama ada bisul atau jerawat. Jom ketahui beza bisul dan jerawat.

    Benjolan merah atau putih boleh menjadi jerawat. Namun begitu ia mungkin juga bisul. Ini kerana pertumbuhan jerawat atau bisul ini boleh kelihatan sama pada awalnya.

    Beza bisul dan jerawat

    Jerawat adalah kecil, jangkitan setempat, biasanya dalam kelenjar minyak tunggal di dalam kulit.

    Jerawat boleh muncul di mana-mana tempat di tubuh anda yang terdapat kelenjar minyak, dan ia umumnya lebih kecil daripada bisul.

    Terdapat beberapa jenis jerawat yang kelihatan berbeza da dikenali dengan nama lain iaitu bintik putih (whiteheads), bintik hitam (blackheads), papules, pustules dan nodules.

    Manakala bisul adalah jangkitan poket di dalam dan di bawah kulit. Istilah perubatan bagi bisul adalah abscess.

    Bisul biasanya bermula sebagai jangkitan kecil atau kawasan kemerahan dalam folikel rambut, kelenjar kulit atau luka terbuka kecil.

    Sepanjang hari, poket jangkitan ini akan mengumpulkan nanah, mula membengkak, tisu parut membentuk rongga yang menyakitkan.

    Rongga ini akan mengembang dan kulit akan bertukar menjadi merah apabila bisul menjadi lebih besar.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit lain, sila dapatkannya di sini.

    Faktor risiko jerawat dan bisul

    Jerawat

    Jerawat boleh dikaitkan dengan peningkatan usia remaja, tetapi anda boleh mengalaminya tanpa mengira peringkat umur.

    Anda lebih cenderung untuk mendapatkan jerawat jika mengalami perubahan hormon, seperti semasa akil baligh dan kehamilan, atau apabila anda mula atau berhenti mengambil pil kawalan kelahiran.

    Beberapa sebab lain jerawat termasuk:

    • Mengambil ubat tertentu, seperti steroid, ubat anti-sawan, atau litium
    • Makan makanan tertentu, termasuk makanan tenusu dan tinggi karbohidrat
    • Menggunakan produk kosmetik yang menyumbatkan liang pori, yang dianggap comedogenic
    • Sedang mengalami tekanan
    • Mempunyai ibu bapa yang mempunyai jerawat

    Baca juga:

    Bisul

    Sesiapa sahaja boleh mendapat bisul, tetapi paling biasa dalam kalangan remaja dan golongan dewasa muda, terutama lelaki. Faktor risiko lain termasuk:

    • Mempunyai diabetes, yang menjadikan anda lebih terdedah kepada jangkitan
    • Berkongsi tuala, pisau cukur, atau barang kebersihan peribadi lain dengan seseorang yang mempunyai bisul
    • Mempunyai ekzima
    • Sistem imun yang lemah

    Bagaimanapun, seseorang yang mempunyai jerawat juga lebih cenderung mendapat bisul.

    Cara beza bisul dan jerawat

    Asal usul

    Jerawat disebabkan oleh penyumbatan dalam folikel rambut. Penyumbatan itu disebabkan oleh kelebihan pengeluaran minyak oleh kelenjar minyak di kulit serta penumpukan kulit mati.

    beza bisul dan jerawat

    Sebaliknya, bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria di folikel. Bakteria yang menyebabkan bisul dan carbuncles adalah Staphylococcus aureus, atau “staph“.

    Jangkitan staph adalah akibat daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau bersentuhan dengan item yang tercemar, seperti tuala.

    Rupa/Penampilan

    Untuk beza bisul dan jerawat agak sukar. Ini kerana jerawat dan bisul mungkin mempunyai penampilan yang sama, terutamanya jika bisul baru mula terbentuk.

    Kedua-dua jerawat dan bisul mungkin kelihatan merah dan timbul/membonjol.

    Walau bagaimanapun, bisul boleh menjadi lebih besar daripada jerawat. Bisul juga boleh bergabung dan membentuk carbuncles, yang merupakan sekumpulan bisul yang menyambung dan membentuk satu kepala.

    Bisul dan carbuncles biasanya sangat keras dan menyakitkan, sedangkan jerawat tidak keras dan mungkin atau tidak menyebabkan rasa sakit.

    Baca juga:

    • https://wp.hellodoktor.com/sihat-bergaya/penyakit-kulit/jenis-bisul-tanpa-mata/

    Beza bisul dan jerawat: Bahagian kulit

    Salah satu cara untuk beza bisul dan jerawat adalah lokasinya.

    Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan menyumbatkan folikel.

    Sebaliknya, bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha. 

    Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher. 

    Rawatan

    Jerawat akan hilang sendiri tanpa rawatan, tetapi anda boleh menggunakan ubat bukan preskripsi atau salap preskripsi atau antibiotik untuk merawatnya.

    beza bisul dan jerawat

    Namun, bisul memerlukan rawatan perubatan. 

    Sekiranya tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.

    Bagi rawatan jerawat, jumpa pakar dermatologi jika:

    • Jerawat anda banyak
    • Rawatan bukan preskripsi tidak berfungsi
    • Tidak berpuas hati dengan penampilan diri, atau jerawat menjejaskan harga diri anda

    Bisul kecil cukup mudah untuk dirawat sendiri. Tetapi jumpa doktor jika bisul:

    • Muncul di muka atau tulang belakang anda
    • Sangat menyakitkan
    • Lebih besar daripada 2 inci
    • Menyebabkan demam
    • Tidak sembuh dalam masa beberapa minggu, atau terus kembali

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan