Bisul tiada mata boleh terbentuk di mana-mana kawasan pada anggota badan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Bisul tiada mata boleh terbentuk di mana-mana kawasan pada anggota badan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Ikuti kupasan ini untuk mengetahui punca dan simptom bisul yang terbentuk di tubuh badan dengan lebih lanjut, jom baca!
Bisul tiada mata adalah benjolan yang memedihkan dan bernanah pada kulit.
Punca bisul selalunya berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang dikenali sebagai bakteria staphylococcal.
Bagi jenis bisul tanpa mata pula, ia adalah bisul yang tidak mempunyai titik berwarna putih di tengahnya.
Untuk makluman pembaca, bisul juga mampu menjejaskan banyak bahagian badan seperti muka, leher, ketiak, punggung dan paha.
Anda mungkin mempunyai lebih daripada 1 bisul tiada mata pada satu masa dan kebiasaannya, ia bukan keadaan yang serius dan boleh dirawat.
Terdapat beberapa faktor seseorang biasanya terkena bisul, seperti:
Sekiranya anda mengalami bisul, juga disebut furuncles, anda mungkin mengenali benjolan berwarna pink di payudara.
Kebiasaannya, bisul adalah benjolan yang bengkak di bawah kulit.
Ia mungkin sedikit menyakitkan apabila disentuh, atau saat bergeseran dengan pakaian atau coli.
Bisul tanpa mata juga biasanya akan membesar apabila nanah masuk ke dalam lesion.
Secara umumnya, ia boleh dirawat dengan mudah tetapi bisul payudara yang besar mungkin perlu dibedah oleh doktor.
Antara simptom bisul di payudara termasuk:
Bisul di bawah lengan selalunya berlaku apabila folikel rambut dijangkiti. Ini mungkin disebabkan oleh faktor:
Paha, lebih-lebih lagi pada bahagian dalam adalah tempat yang biasa untuk bisul terbentuk kerana kawasan ini sering bergeseran dan berpeluh terutama dalam cuaca panas seperti di Malaysia.
Ini mendorong pertumbuhan bakteria di dalam folikel. Tetapi, beberapa keadaan menjadikan anda lebih mudah terdedah, sebagai contoh:
Ciri-ciri bisul tiada mata pada faraj merupakan benjolan bernanah dan meradang yang terbentuk di bawah kulit faraj.
Benjolan ini sering tumbuh di bahagian luar faraj, di sekitar kawasan kemaluan, malah di labia.
Sama seperti di anggota tubuh lain, bisul faraj boleh terbentuk apabila folikel rambut terjejas lantas menyebabkan jangkitan.
Ia boleh bermula dengan benjolan kecil yang berwarna merah serta berkembang menjadi bengkak dan menyakitkan dalam masa beberapa hari dengan berisi nanah putih atau kuning.
Bisul, kebiasaannya tidak perlu dikhuatiri kerana sebilangan besarnya akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh 1 atau 2 minggu.
Pun begitu, bagi kes yang parah, khidmat dan rawatan daripada doktor mungkin diperlukan.
Apa pun, ingat ya, jangan sesekali memicit, mencucuk atau memotong bisul tiada mata anda kerana ia hanya akan membuatkan masalah ini menjadi semakin parah!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen