Jerawat dalam telinga adalah keadaan yang jarang untuk terjadi. Tetapi memecahkan akne bukan kaedah terbaik untuk menghilangkannya. Ikuti cara rawatan di rumah ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Jerawat dalam telinga adalah keadaan yang jarang untuk terjadi. Tetapi memecahkan akne bukan kaedah terbaik untuk menghilangkannya. Ikuti cara rawatan di rumah ini.
Akne atau jerawat secara umumnya dianggap sebagai isu yang sering dialami individu remaja. Pun begitu ia juga boleh terjadi pada semua peringkat usia.
Akne boleh terbentuk di mana-mana bahagian tubuh. Namun ia sering wujud pada kawasan yang mempunyai kelenjar minyak paling banyak.
Ini terutamanya pada bahagian wajah dan belakang badan.
Jangan terkejut jika muncul jerawat dalam telinga. Ia bukanlah satu kebiasaan untuk terjadi tetapi ia boleh berlaku.
Anda tidak perlu bimbang, ada cara rawatan yang boleh membantu menyelesaikannya.
Sebelum kita mengetahui cara rawatan yang boleh dilakukan, jom fahami terlebih dahulu bagaimana masalah tersebut boleh terjadi.
Pada bahagian luar dan saluran telinga luar terdapat sel kulit, sel rambut dan kelenjar yang menghasilkan minyak.
Itu semua adalah ‘ramuan’ untuk membentuk jerawat.
Akne muncul apabila pori tersumbat dengan sel-sel kulit mati dan sebum – yang merupakan minyak semula jadi, berfungsi melindungi kulit dan membantu mengekalkan kelembapan.
Bakteria juga boleh menyebabkan akne.
Maka sebarang bakteria atau kekotoran di dalam telinga boleh mengakibatkan jerawat.
Antara penyebab lain jerawat dalam telinga adalah:
Jadi apakah cara rawatan terbaik untuk masalah akne ini? Pecahkan sahaja?
Nanti dulu.
Sebenarnya, kaedah terbaik adalah untuk mengelakkan daripada memecahkan jerawat dalam telinga.
Ini terutamanya jika ia terbentuk pada saluran telinga.
Tindakan memecahkannya boleh menyebabkan nanah dan bakteria tertolak masuk ke dalam liang yang lebih dalam.
Keadaan tersebut sekali gus akan mengakibatkan gejala tambahan, seperti radang dan jangkitan.
Telinga adalah bahagian yang sensitif dan jika jerawat yang dipecahkan dijangkiti, ia boleh menyebabkan masalah lebih teruk.
Selain itu kerosakan kulit dan parut juga boleh terjadi.
Sekiranya masalah akne tersebut menjejaskan aktiviti harian, ia perlu dikeluarkan oleh doktor bagi menghindarkan sebarang komplikasi.
Terdapat beberapa kaedah rawatan sesuai dicuba pada kawasan telinga yang sensitif.
Mampatan panas atau pad pemanas boleh mengurangkan keradangan dan kerengsaan. Ia dapat melembutkan akne untuk membawa nanah ke permukaan.
Sekiranya jerawat kering dengan cara rawatan ini, anda perlu membersihkan bahagian tersebut menggunakan sabun ringan.
Pembersih dengan witch hazel boleh membantu mencegah jangkitan.
Selain itu, terdapat juga ubat yang boleh dibeli di farmasi atau preskripsi daripada doktor yang dapat merawat jerawat dalam telinga ini, antaranya:
Untuk jerawat yang teruk, doktor biasanya akan mengesyorkan ubat topikal atau sistematik yang diperbuat daripada vitamin A.
Krim Tretinoin adalah salah satu yang paling biasa digunakan.
Isotretinoin juga boleh digunakan, namun kebiasaannya untuk masalah akne yang paling teruk.
Jerawat dalam telinga dapat dicegah dengan mengamalkan penjagaan kebersihan telinga yang baik.
Ini termasuklah:
Sekiranya akne tidak bertindak balas terhadap kaedah yang dilakukan, pakar dermatologi boleh membantu untuk menentukan cara rawatan dan pencegahan terbaik.
Mereka akan mengenal pasti tahap jerawat yang terbentuk dan mengesyorkan ubat-ubatan atau kaedah rawatan di rumah untuk mencegah timbulnya masalah.
Walau apa pun, individu yang memulakan kaedah rawatan baharu, perlu bersabar kerana ia akan memerlukan masa untuk dapat melihat keberkesanannya.
Walaupun kebanyakan bintik dalam telinga adalah jerawat, tapi wujud keadaan lain yang boleh menyebabkan benjolan sama seakan akne.
Oleh sebab kita tidak boleh melihat ke dalam telinga sendiri, maka wujud risiko benjolan di dalam dan di sekitar telinga disebabkan masalah kesihatan lain, seperti:
Merupakan benjolan kecil di bawah kecil yang tampak seperti tidak membesar atau tumbesaran yang sangat perlahan
Luka kecil dekat telinga boleh menyebabkan tisu keloid muncul.
Tisu parut berwarna gelap ini boleh berkembang jauh lebih besar daripada luka asal.
Pertumbuhan kulit yang tidak berbahaya.
Ia tampak seperti kawasan kulit yang tinggi dan berwarna kecoklatan.
Keadaan kulit jarang berlaku. Ia menyerupai benjolan jerawat dengan bahagian tepi yang meninggi.
Biasanya boleh terjadi kepada individu yang memakai cermin mata.
Hampir sama dengan jerawat, tetapi lebih mendalam pada kulit dan boleh mengakibatkan kesakitan serta keradangan.
Walaupun jarang berlaku, kemungkinan benjolan di telinga merupakan pertumbuhan tumor.
Jika tidak pasti mengenai benjolan dalam telinga, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan diagnosis dan cara rawatan yang tepat.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen