Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Minggu ke-40

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Personaliti bayi anda benar-benar baru muncul sekarang. Mereka mungkin sangat sosial, gemar tersenyum kepada semua orang yang mereka temui, atau pemalu, menyembunyikan wajah mereka apabila didekati orang yang tidak dikenali. Bayi anda mungkin menilai keadaan dengan berhati-hati sebelum menerima orang lain. Mereka mungkin juga bertukar mood dengan mendadak.

Mereka akan menunjukkan gerak isyarat untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin melambai selamat tinggal apabila mereka melihat anda menuju ke pintu.

Pada minggu terakhir bulan yang kesembilan, bayi anda mampu untuk:

  • “Bermain bola” (menggolekkan bola kembali kepada anda);
  • Minum sendiri dari cawan;
  • Mengambil objek kecil dengan kemas dengan hujung ibu jari dan jari telunjuk (simpan semua objek berbahaya daripada jangkauan bayi);
  • Berdiri sendiri seketika;
  • Berdiri sendiri dengan baik;
  • Mengatakan “dada” atau “mama” tanpa membezakannya
  • Mengatakan satu perkataan selain “mama” atau “dada”;
  • Bertindak balas kepada arahan satu langkah dengan gerak isyarat ( “Berikan kepada saya” dengan tangan meminta);

Sokongan untuk bayi anda

Belajar permainan baru daripada senarai di bawah:

  • Sembunyi dan mengagah;
  • Tepuk tangan;
  • Menyanyi dan menari;
  • Mata, hidung, mulut;
  • Permainan lain.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?

Pemeriksaan fizikal, bilangan dan jenis teknik penilaian yang digunakan dan prosedur yang dilakukan juga akan berbeza mengikut keperluan individu bayi. Tetapi, secara umum, anda boleh menjangkakan perkara berikut pada rutin pemeriksaan:

  • Panduan mengenai apa yang dijangkakan pada bulan depan berhubung dengan topik-topik seperti makan, tidur, perkembangan, dan keselamatan kanak-kanak.
  • Soalan yang anda ingin tanya jika doktor belum lagi menjawab: apa makanan baru boleh diperkenalkan kepada bayi sekarang? Bilakah limau, ikan, daging, putih telur boleh diperkenalkan, jika belum lagi? Bila bayi anda perlu bercerai susu, sama ada dari botol atau penyusuan badan.

Apa yang perlu saya tahu?

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu tahu:

Ketiadaan gigi

Nikmati senyuman tak bergigi mereka selagi boleh. Ramai bayi sembilan bulan yang menamatkan tahun pertama mereka tanpa sebatang gigi. Walaupun bayi biasanya mempunyai gigi pertama di bulan ketujuh, perbezaan waktu mungkin dua bulan hingga dua belas bulan. Tumbuh gigi lewat biasanya keadaan yang diwarisi, dan ia tidak membawa sebarang kesan kepada perkembangan bayi anda. Gigi kedua mungkin akan tumbuh lewat juga. Ketiadaan gigi tidak perlu dirisaukan, apabila bayi beralih kepada makanan lebih pejal, gusi semakin terbiasa mengunyah.

Ketiadaan rambut

Sepertimana ketiadaan gigi, ketiadaan rambut pada usia ini bukanlah tidak normal atau kekal. Botak tidak bermakna bahawa bayi anda kurang berambut atau menjadi botak apabila mereka membesar. Rambut bayi anda akan tumbuh kelak.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Terdapat banyak kerisauan pada minggu terakhir bulan yang kesembilan:

Mudahkan waktu makan 

Jadikan masa makan waktu yang baik. Anda perlu membenarkan bayi anda untuk menyatakan pilihan makanan tertentu dan apa yang mereka tidak suka. Jangan memaksa mereka menghabiskan atau atau mencuba segala-galanya. Anda perlu memberi makan kepada bayi anda di kerusi tinggi, jauh dari gangguan seperti TV atau haiwan peliharaan. Beri perhatian kepada mereka dan jadikan waktu makan menyeronokkan. Selain itu, anda boleh berbual tentang makanan yang mereka makan dan baki bilangan makanan dalam pinggan mereka. Ini boleh membantu bayi memahami objek dan perkembangan bahasa.

Bayi anda boleh menikmati apa yang dimakan ahli keluarga yang lain, selagi mana anda tolong memotongkan atau melenyekkan makanan itu ke dalam bentuk kepingan kecil dan selamat yang tidak menyebabkan alahan atau masalah lain pada bayi. Selain itu, elakkan memberi mereka makanan yang terlalu panas kerana boleh membakar mulut mereka. Bayi boleh berkembang untuk menyukai segala macam rasa, dan si manja anda mungkin akan menjadi sangat berminat dalam makanan yang anda makan hanya kerana anda yang memakan makanan tersebut.

Apabila anda membuat keputusan untuk makan di luar, anda perlu  memilih restoran dengan makanan bayi. Banyak restoran yang sesuai untuk keluarga, dengan penyediaan kerusi tinggi dan juga mainan. Jika anda fikir bayi anda akan menjadi sensitif kepada persekitaran yang bising, pilih kedai makan yang sesuai.

Tahniah! Anda telah berjaya melalui minggu 40. Kami tidak sabar menunggu perkembangan bayi anda pada minggu 41.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Tarikh Reviu: 13/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 26/07/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

ibu hamil

Ibu Hamil Mengidam Makan Paru Dan Hati Lembu? Nanti Dulu! Ada Risiko Pada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
main handphone

Main Telefon Bimbit Lebih 4 Jam Sehari? Jangan Abaikan Sakit Pada Pergelangan Tangan Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
yoga untuk lelaki

Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
sakit ketika bersama

Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 mins read

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

10, 15 Atau 20 Minit? Ini Rupanya Berapa Lama Suami Isteri Kena Buat ‘Sentuhan Oral’

Seks oral adalah satu kebiasaan buat pasangan suami isteri. Persoalannya, apakah waktu ideal hisap zakar dan jilat faraj? Klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/07/2020 . 3 mins read

Bila Baby Mula Menendang? Ini 5 Cara Mudah Kira Tendangan Bayi Dalam Perut

Ibu hamil perlu tahu cara kira dan rekod kadar tendangan bayi bagi memastikan keadaan dan perkembangan mereka terjaga. Ketahui cara mudah pengiraannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/07/2020 . 3 mins read

Pakai Tampon Ketika Haid? Anda Boleh Terkena Penyakit Toksik, Punca Ramai Gadis Maut!

Walaupun jarang berlaku, tetapi penyakit toksik boleh membawa maut jika tidak peka akan simptomnya. Artikel ini boleh membantu anda mengetahuinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 06/07/2020 . 3 mins read

Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

Penggunaan sanitizer boleh menggantikan air dan sabun bagi membasmi virus korona baharu. Namun, adakah produk baharu yang dikeluarkan selamat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 06/07/2020 . 3 mins read