Bayi meniarap adalah antara pencapaian penting untuk si kecil. Tetapi bila bayi mula meniarap ya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Bayi meniarap adalah antara pencapaian penting untuk si kecil. Tetapi bila bayi mula meniarap ya?
Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Semoga bermanfaat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Melihat si comel meniarap buat kali pertama boleh mengejutkan ibu bapa. Bahkan bayi juga mungkin mengalami kejutan kecil. Namun lama-kelamaan, teknik meniarap ini boleh menjadi helah kegemaran si kecil.
Dengan kekuatan semakin meningkat pada lengan, belakang dan lehernya, baby mula menemui cara baharu untuk menggerakkan badan, termasuklah meniarap.
Sebagai ibu bapa, anda harus memastikan persekitaran si kecil adalah selamat bagi mengelakkan risiko bahaya yang tidak diingini.
Sesetengah bayi baru lahir akan berguling ke sisi (mengiring) ketika tidur pada hari-hari pertama mereka. Namun keupayaan ni akan menghilang dalam tempoh beberapa bulan pertama.
Tummy time kepada terlentang
Pergerakan bayi meniarap ini biasanya bermula seawal tiga bulan.
Waktu ini si kecil sudah mempunyai kekuatan bahagian atas badan dan otot yang mencukupi untuk mendorong diri ke atas, arah belakang. Selalunya ia merupakan tujahan yang tidak disengajakan.
Pergerakan bebas
Kebanyakan si kecil pada usia empat bulan sudah mahir meniarap.
Manakala menjelang usia enam bulan, bayi sudah dapat menguasai bukan sahaja pergerakan meniarap tetapi untuk kembali ke posisi tummy time.
Bayi meniarap bermula antara usia 2-4 bulan. Pun begitu, jika fasa ini berlaku terlalu awal atau kelihatan pergerakan lain yang tidak terkawal, ia mungkin menandakan cerebral palsy.
Meniarap terlalu awal boleh menjadi petunjuk berkaitan refleks, seperti:
Meniarap memerlukan latihan dan koordinasi, manakala bayi baru lahir masih kurang kawalan kepala dan kemahiran motor lain untuk mengawalnya.
Apabila kekuatan si kecil semakin meningkat, mereka akan mula menunjukkan tanda untuk meniarap seperti:
Sesetengah baby mungkin secara tidak sengaja meniarap dan akan kelihatan terkejut untuk beberapa minggu pertama sebelum dapat membiasakan diri mereka.
Seperti pencapaian perkembangan lain, terdapat variasi usia melibatkan pergerakan meniarap yang pertama akan berlaku.
Walau bagaimanapun, jika menjelang usia 6-7 bulan dan si kecil masih tidak meniarap atau menunjukkan minat untuk duduk, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik.
Pastikan si kecil meluangkan banyak masa untuk melakukan tummy time – ia berfungsi membina kekuatan belakang, leher dan lengan mereka untuk melakukan tujahan meniarap.
Tummy time boleh dimulakan seawal minggu pertama selepas kelahiran. Lakukan dengan membaringkan baby secara meniarap di atas pangkuan untuk beberapa minit semasa tempoh berjaga.
Selepas bulan pertama, tummy time boleh dilakukan antara 15-20 minit setiap hari. Namun pastikan si kecil sentiasa dalam pantauan.
Baca juga:
Jika bayi meragam apabila diletakkan secara terlentang, jadikan sesi tummy time lebih pendek – 1-5 minit tempoh terbaik dan tambahkan masa secara perlahan-lahan.
Tikar aktiviti (activity mat) dengan mainan yang menarik adalah motivasi bagus untuk membantu bayi belajar meniarap. Cuba letakkan beberapa belly bait berdekatan supaya si kecil boleh mencapainya.
Kini anda sudah mengetahui bahawa terdapat perbezaan mengenai tempoh bila si manja mula meniarap – ada yang seawal tiga bulan, manakala kebanyakannya antara usia 4-6 bulan.
American Academy of Pediatrics (AAP) menggariskan tiga senario yang mungkin sesuai untuk menghubungi pakar pediatrik mengenai ketidakupayaan si kecil untuk mula meniarap:
Dalam kes di atas, si kecil masih berada dalam lingkungan normal. Namun, ibu bapa amat disarankan membincangkan isu tersebut dengan pakar pediatrik untuk menolak sebarang kelewatan perkembangan yang mungkin memerlukan campur tangan awal.
Sebaik sahaja si manja sudah membiasakan diri bergolek untuk meniarap dan otot lehernya cukup kuat untuk menampung kepalanya – kedua-duanya merupakan perkembangan motor penting – mereka akan mula belajar duduk tidak lama lagi.
Daripada situ, bayi akan mula merangkak dan kemudiannya mahir berdiri. Tidak lama kemudiannya, mereka akan bersedia untuk memulakan langkah pertama dan berjalan sendiri.
Seperti biasa, sekiranya terdapat sebarang kebimbangan atau pertanyaan, berundinglah dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan si kecil.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen