Rasa Anda Mungkin Mengandung? Ini Tanda Yang Boleh Dikenalpasti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Selain tanda tanda hamil seperti loya dan muntah, apakah lagi tanda pasti hamil yang boleh dikenal pasti? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Wujudkah tanda tanda hamil?

Memiliki zuriat atau cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama pasangan yang anda kahwini pastinya merupakan satu keinginan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Namun, adakah anda benar-benar mengandung?

Adakah kemestian setiap individu wanita hamil mengalami simptom atau tanda-tanda hamil pada minggu pertama kehamilan di trimester pertama?

Jawapannya adalah tidak.  Bukan semua wanita yang mengandung dalam tempoh pranatal akan mengalami simptom awal kehamilan. Ada juga sesetengahnya yang akan merasai tanda-tanda hamil sedikit lewat.

Jadi apakah tanda-tanda hamil yang mungkin boleh membantu anda untuk mengetahui bahawa ia adalah petunjuk awal kehamilan?

Kenal pasti tanda tanda hamil

Antara tanda-tanda hamil yang perlu anda ketahui:

  1. Haid

tanda pasti hamil

Haid yang terlewat sering menjadi tanda pertama atau tanda tanda awal kehamilan yang lebih jelas. Jika kedatangan haid anda melewati tempoh seminggu atau lebih dari jangkaan yang sepatutnya, anda berkemungkinan besar mengandung.

Jumlah pendarahan yang kecil mungkin normal.Pendarahan ringan berlaku kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada lapisan rahim.

Ia dinamakan pendarahan implantasi, dan lazimnya berlaku kira-kira dua minggu selepas konsepsi. Tetapi simptom ini boleh menjadi sesuatu yang mengelirukan jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

  1. Payudara

Merupakan antara simptom tanda-tanda hamil yang boleh anda sedari apabila anda mula berasa tidak selesa pada payudara anda. Payudara anda mungkin akan menjadi bengkak, dan anda akan merasakan ia terlalu sensitif dengan sentuhan dan boleh menyebabkan anda berasa sakit.

Antara perubahan pada payudara yang boleh menjadi tanda awal mengandung adalah seperti bengkak, kesakitan, sensitif, pejal dan bahagian sekitar areola (puting) menjadi lebih gelap.

Ketidakselesaan ini kebiasaannya akan berkurangan beberapa minggu selepas badan akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang berlaku.

  1. Kencing

Jika anda mula menyedari bahawa anda kerap ke tandas untuk kencing, ia mungkin berita gembira buat anda. Kekerapan membuang air kencing yang kerap boleh menjadi gejala kehamilan.

Ia berlaku disebabkan tekanan daripada rahim yang membesar dan menekan pundi kencing anda serta perubahan hormon yang meningkatkan peredaran darah ke pelvis.

Tetapi seandainya kekerapan untuk kencing ini disertai dengan rasa sakit, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, kerana ia boleh menjadi simptom jangkitan saluran kencing (UTI).

  1. Perubahan

Anda mungkin menggemari bauan sejenis minyak wangi, atau anda mungkin sukakan sejenis makanan.

Tetapi secara mendadak, anda tidak boleh langsung makan makanan yang anda sukakan itu dan minyak wangi kegemaran menjadi satu bauan yang busuk dan menyengitkan bagi anda.

Jangan risau, ia mungkin antara tanda-tanda hamil. Perubahan pada deria, terutamanya pada trimester pertama adalah sesuatu yang normal kepada individu wanita mengandung.

  1. Loya

mengandung-kenali-tanda-tanda-hamil

Boleh disertai dengan muntah atau pun tidak. Simptom ini sering dikaitkan dengan morning sickness, yang secara hakikatnya tidak hanya berlaku pada waktu pagi.

Malah, terdapat juga individu wanita hamil yang mengalami morning sickness lebih daripada sekali dalam sehari dan ia mungkin berlanjutan sehingga dua hingga tiga bulan. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita akan mengalami loya.

  1. Lelehan faraj

Jika faraj anda mengeluarkan lelehan yang lebih pekat berbanding kebiasaan, ia mungkin petanda anda berbadan dua.

Kebanyakan individu wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat.

Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina.

  1. Keletihan

Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara tanda-tanda hamil anda.

Ibu hamil akan mengalami simptom seperti berasa ingin demam dan kelesuan disebabkan tahap hormon anda sedang meningkat ketika ini. Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah.

Jadi, anda disarankan untuk banyak berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupnya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.

  1. Kekejangan

Sebaik sahaja selepas proses konsepsi berakhir, telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim. Pada waktu ini, anda mungkin akan mengalami kekejangan pada bahagian perut.

Ia dirasakan sama seperti simptom kedatangan haid yang biasa anda lalui. Malah, seringkali simptom ini disalah tafsirkan sebagai permulaan kedatangan haid.

Kekejangan ini biasanya tidaklah begitu serius dan akan berkurangan seiring masa. Tetapi jika kekejangan ini semakin menyakitkan dan kronik, atau disertai dengan simptom lain, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Sindrom carpal tunnel semasa hamil adalah normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita mengandung. Buat 7 perkara ini untuk kurangkan simptomnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perkembangan bayi

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
cara makan pil perancang

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
hamil

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
najis hijau

Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan