Hormon tumbesaran, juga dikenali sebagai somatotropin, dirembeskan dari kalenjar pituitari anterior. Rembesan hormon ini dirangsang oleh rembesan faktor daripada hipotalamus. Ia mempunyai peranan utama dalam mengawal pertumbuhan, terutamanya pada zaman kanak-kanak dan dalam tempoh perinatal. Rembesan hormon pertumbuhan dari pituitari meningkat sebagai tindak balas kepada pembedahan dan trauma, mungkin bergantung dengan tahap kecederaan.
Ia dihasilkan daripada molekul prekursor proopiomelanocortin. Peningkatan konsentrasi β-endorphin dalam darah selepas pembedahan mencerminkan peningkatan rembesan hormon pituitari. Hormon ini tidak mempunyai sebarang kesan metabolik.
Pengeluaran prolaktin akan meningkat semasa mengandung dan merangsang rembesan susu dari payudara. Tetapi rembesan prolaktin juga meningkat sebagai sebahagian daripada tindak balas tekanan terhadap pembedahan dan juga semasa bersenam.
Insulin dihasilkan dan dirembes oleh sel-sel β daripada pankreas. Insulin dilepaskan selepas pengambilan makanan apabila kadar glukosa darah dan kepekatan asid amino meningkat. Kepekatan insulin boleh berkurangan selepas menggunakan anestesia dan semasa pembedahan,
Glukagon dihasilkan dalam sel-sel α daripada pankreas. Ia menggalakkan proses glikogenolisis (pemecahan glikogen kepada glukosa) dalam hati. Walaupun tahap glukagon meningkat secara sementara selepas pembedahan besar, ia tidak mempunyai kesan besar kepada tindak balas hiperglisemia (peningkatan gula dalam darah).
Thyroxine (T4) dan tri-iodothyronine (T3) disebarkan dalam darah dari kelenjar tiroid di bawah pengaruh hormon stimulasi tiroid (TSH). Hormon tiroid merangsang penggunaan oksigen dalam kebanyakan tisu aktif badan (pengecualian penting: otak, limpa dan bahagian anterior kelenjar pituitari.). dalam jangka panjang, untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan.
Tahap hormon T3 bebas dan total hormon tiroid menurun selepas pembedahan dan kembali normal selepas beberapa hari. Kepekatan TSH menurun pada 2 jam pertama dan kemudian kembali ke tahap pra operasi.
Di sebalik perubahan hormon yang berlaku sewaktu pembedahan ini, penggunaan anestesia atau ubat bius akan menghalang tindak balas tekanan sewaktu pembedahan dan memastikan tiada kesan tidak dikehendaki selepas pembedahan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen