Loya atau mual merupakan sensasi yang tidak menyenangkan dan menyelesakan dalam perut (perut tidak selesa), apatah lagi jika diikuti dengan rasa hendak muntah. Rasa loya dan muntah selalunya datang sekali. Jika anda kerap rasa loya, pasti anda ingin tahu cara hilangkan loya, bukan?
Kenapa tiba tiba rasa loya? Kenapa boleh muntah?
Jom teruskan pembacaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Apa anda perlu buat jika rasa loya dan muntah?
Buat pengetahuan anda, loya bukanlah sejenis penyakit, malah bukan juga gejala yang tidak spesifik.
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab loya, termasuklah:
- Penyakit bergerak
- Jangkitan perut
- Migrain
- Bau tertentu
- Keracunan makanan
- Penyakit pinggang
- Kesakitan yang amat kuat
- Awal kehamilan
- Masalah penghadaman
- Virus tertentu
- Toksin kimia
- Tekanan emosi (ketakutan)
Jika mengalami loya dan ingin muntah, tidak kiralah berapa usia anda ataupun puncanya, anda perlu melakukan perkara seperti di bawah:
- Minum banyak air kosong
- Ambil ubat penghidratan oral seperti Pedialyte jika muntah dan cirit-birit lebih daripada 24 jam
- Muntah yang berkait dengan rawatan kanser boleh dirawat dengan jenis terapi ubat lain. Anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan sebarang rawatan
Bila anda perlu berjumpa doktor?
Mengapa saya rasa loya selepas makan?
- Punca lazim ialah alahan, stres dan kehamilan
- Jika rasa loya melebihi 2 hari dan tidak sembuh-sembuh, jumpa doktor secepat mungkin
- Untuk mengurangkan rasa loya, cuba minum air sejuk dan banyakkan berehat
Anda perlu mendapatkan penjagaan segera atau bilik kecemasan jika:
- Anda tidak boleh makan atau minum selama 12 jam atau anak anda tidak boleh menyimpan cecair selama lapan jam
- Anda mempunyai tanda-tanda atau simptom dehidrasi– terlalu dahaga, mulut kering, kerap kencing, air kencing berwarna gelap dan lemah, pening kepala atau pitam semasa berdiri
- Muntah anda mengandungi darah, menyerupai serbuk kopi atau berwarna hijau
Apakah cara hilangkan loya yang terbaik?
Ingatlah tip mudah di bawah untuk cara hilangkan loya atau cara hilangkan muntah angin:
- Asingkan makanan besar kepada bahagian kecil
- Makan perlahan-lahan
- Elakkan makanan yang sukar dihadam
- Elakkan makanan panas atau suam jika anda berasa loya dengan baunya
- Naikkan kepala anda kira-kira 12 inci di atas kaki selepas makan
- Minum air selepas makan berbanding minum semasa sedang makan
[embed-health-tool-bmr]