
Ubat tahan lama atau ubat kuat adalah ubat yang diambil oleh seseorang individu yang mengalami masalah ereksi atau mati pucuk bagi membantunya kembali mendapatkan ereksi ketika sedang melakukan hubungan seks. Terdapat beberapa pilihan rawatan bagi merawat mati pucuk, dan doktor akan memberikan ubat yang bersesuaian mengikut keperluan pesakit tersebut.
Bagaimana ubat tahan lama berfungsi?
Ubat tahan lama bertindak dengan melancarkan proses pengaliran darah ke bahagian kemaluan lelaki agar seseorang individu tersebut mampu berereksi dan mengekalkan ereksi sepanjang berhubungan. Sebarang masalah atau penyakit yang menghalang atau mengganggu sistem saraf atau sistem saluran darah akan menggagalkan proses ereksi seseorang individu.
Ubat tahan lama boleh membantu menyelesaikan masalah mati pucuk untuk beberapa tempoh masa: antara ubat tahan lama dan rawatan bagi tujuan menguatkan zakar adalah:
- Ubat makan (phosphodiesterase inhibitor)
- Ubat krim sapuan
- Suntikan ubat
- Pelet intrauretral
- Alat vakum zakar
- Prostesis zakar
Bagi rawatan pertama mati pucuk, penghidapnya biasa diberikan dengan ubat makan atau phosphodiesterase inhibitor. Ubat ini membantu meningkatkan aliran darah ke bahagian zakar dan ubat-ubat ini dimakan sebelum merancang untuk melakukan hubungan seksual.
Antara jenis ubat yang tergolong dalam kategori ubat ini adalah:
- Sildenafil (Viagra)
- Tadalafil (Cialis)
- Vardenafil (Levitra)
- Avanafil (Spedra)
Berapa lama ubat tahan lama Viagra mengekalkan ereksi?
Stamina lelaki selalu disebut-sebut sebagai kunci utama yang boleh memberikan kenikmatan seksual. Namun malangnya, satu daripada tiga lelaki dilaporkan mempunyai masalah sehingga tidak boleh bertahan lama di atas ranjang. Disebabkan itu, ramai juga yang memilih mengambil ubat sebelum beraksi untuk menjamin ketahanan seksual sehingga babak terakhir. Jika anda sebahagian daripada mereka, adakah anda juga tertanya-tanya berapa lama kesan ubat Viagra dapat bertahan?
Secara umum, ubat tahan lama Viagra berfungsi dengan mengendurkan pembuluh darah pada zakar di samping melancarkan aliran darah segar daripada jantung menuju zakar. Semakin deras aliran darah ke zakar, semakin kuat dan besar ereksi yang diperoleh. Kesan ubat ini biasanya mulai kelihatan dalam 30-60 minit setelah diambil.
Sementara kesan ubat ini untuk mengekalkan ereksi sebenarnya bergantung kepada penggunanya. Namun secara amnya, lelaki yang mengambil Viagra dapat mengekalkan ereksi sehingga 4-5 jam setelah penggunaannya di samping dengan dipandu oleh rangsangan seksual.
Bergantung juga kepada tahap metabolisma tubuh, lelaki yang mengambil Viagra mungkin dapat mengalami ereksi beberapa kali dalam tempoh waktu tersebut. Tetapi, tak semua lelaki dapat merasakan kesan yang sama. Kebanyakan lelaki melaporkan bahawa kesan pil biru ini biasanya mula menghilang dalam 2-3 jam setelah dos pertama.
Yang perlu difahami, Viagra sebenarnya tidak menjamin seorang lelaki akan mengalami ereksi dalam waktu lama. Pada dasarnya ubat ini hanya digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah menuju zakar. Rangsangan seksual daripada sentuhan mengghairahkan juga penting agar hubungan seks terasa lebih nikmat.
Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan ubat tahan lama Viagra
Terdapat banyak faktor penting yang dapat mempengaruhi berapa lama ubat ini dapat mengekalkan ereksi. Antaranya termasuklah:
- Dos
Seberapa banyak dos ubat yang anda ambil akan mempengaruhi berapa lama kesan ubat tersebut pada tubuh anda. Viagra 25 miligram (mg) umumnya memiliki kesan yang jauh lebih rendah berbanding Viagra 100 mg. Namun, pengambilan Viagra dengan dos yang lebih tinggi tidak disarankan. Dalam banyak kes, pengambilan dos tinggi tidak selamat kerana boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang tidak diingini seperti masalah jantung.
- Usia
Seiring dengan pertambahan usia, metabolisma tubuh untuk menyingkirkan ubat akan melambat. Ini bererti kesan Viagra mungkin dapat bertahan lebih lama pada orang yang berusia. Ubat ini mungkin boleh bertahan lebih lama pada lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.
- Keadaan kesihatan
Keadaan kesihatan anda secara keseluruhannya boleh memengaruhi berapa lama Viagra boleh bertahan dan keberkesanannya kepada anda. Beberapa penyakit seperti diabetes, gangguan hati dan ginjal, multiple sclerosis (MS), aterosklerosis, dan penyakit kronik lainnya mungkin boleh mempengaruhi keberkesanan ubat ini.
- Keadaan psikologi
Merasa cemas, gugup, tekanan perasaan, atau stres semuanya boleh mempengaruhi bagaimana tubuh anda memberi tindak balas kepada rangsangan seksual.
Jadi, jika anda sendiri berasa tertekan, stres, atau tidak selesa sewaktu berhubungan seks maka keberkesanan ubat ini tidak akan mencapai tahap optimum.
- Makanan dan minuman yang diambil
Pengambilan nutrien dapat mempengaruhi keberkesanan ubat ini. Jika sebelumnya anda banyak makan makanan tinggi lemak, ubat ini mungkin akan lebih susah untuk diproses oleh badan. Selain itu, alkohol juga mungkin menurunkan aliran darah kepada zakar, sehingga membuatkan ubat ini kurang berkesan atau kurang bertahan lama.
- Ubat-ubatan tertentu
Beberapa ubat, terutamanya antibiotik seperti erythromycin (Ery-Tab), clarithromycin(Biaxin), dan ciprofloxacin (Cipro), boleh bertindak balas dengan Viagra dan mempengaruhi keberkesanan ubat tersebut.
Jadi, sebelum memutuskan untuk mengambil ubat tahan lama tersebut, pastikan anda membaca panduan pengambilan yang tertera pada label ubat dengan teliti. Semak senarai ubat yang mungkin bertindak balas dengan Viagra agar keberkesanan ubat ini tidak terkesan.
Ubat tahan lama asli dan tiruan
Walau bagaimanapun, adalah perlu bagi seseorang individu yang ingin menggunakan ubat tahan lama untuk merawat mati pucuk, agar berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sepatutnya dan mendapat ubat tahan lama yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, ubat tahan lama juga boleh didapati di kaunter-kaunter farmasi dengan menunjukkan preskripsi daripada doktor.
Memandangkan isu seksual adalah antara isu tabu yang jarang diperkatakan secara terbuka, ramai individu yang mengalami masalah mati pucuk mengambil jalan dengan mendapatkan ubat tahan lama secara belian atas talian. Keadaan ini telah menyebabkan terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap ubat tahan lama yang akhirnya menyebabkan banjiran produk-produk ubat tahan lama yang tidak berdaftar dan tiruan. Kemudahan media sosial telah membuka ruang yang lebih luas kepada kedua-dua peniaga dan pembeli untuk mendapatkan ubat tahan lama dengan harga yang lebih murah, kepelbagaian jenis ubat dan tanpa berasa malu. Ditambah lagi dengan dakwaan testimoni yang tidak berasas tanpa pembuktian secara saintifik dan klinikal berkenaan keberkesanan produk ubat tahan lama telah mempengaruhi lebih banyak pembeli tanpa mengira kelompok umur.
Selain itu, melalui pemantauan Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF), pengeluar dan penjual telah membuat taktik baharu berkenaan pengeluaran dan penghasilan ubat tahan lama ini. Mereka menukarkan ubat tahan lama kepada produk berbentuk makanan seperti gula-gula, kopi pracampur dan minuman kesihatan. Cara ini bertujuan untuk mengelakkan keperluan ubat tahan lama untuk didaftarkan sebagai produk ubat-ubatan atau farmaseutikal. Bahan-bahan aktif ubat tahan lama ini dipercayai diseludup dari negara luar dan dicampur dalam produk keluaran tempatan melalui penghasilan daripada kilang-kilang haram di dalam negara. Namun , terdapat juga produk-produk yang telah diseludup masuk dari negara lain dengan pembungkusan asal.
Kesan penggunaan ubat tahan lama
Pengambilan sebarang ubat tahan lama tanpa nasihat dan pengawasan doktor hanya akan mendedahkan individu yang mengambilnya dengan risiko kesan sampingan berbahaya. Semakin tinggi dos ubat tahan lama yang diambil, semakin tinggi risiko seseorang untuk mendapat kesan sampingan produk tersebut. Antara kesan sampingan pengambilan ubat tahan lama adalah tekanan darah rendah yang boleh membuatkan seseorang individu untuk berasa seperti hendak pitam. Selain itu, produk ubat tahan lama juga boleh menyebabkan kerosakan hati, kegagalan buah pinggang dan gangguan mental. Sekiranya individu ada mengambil ubat berkaitan masalah jantung yang mengandungi nitrat, kesan pertembungan dengan bahan nitrat daripada ubatan lain boleh mencetuskan masalah kardiovaskular yang lebih teruk sehingga boleh menyebabkan kejadian mati secara mengejut.
Selain itu, pengguna ubat tahan lama yang terlarang berkemungkinan akan mempunyai masalah penghadaman, cirit birit, ruam selain jangkitan pada saluran kencing. Pengguna juga akan mempunyai masalah hidung tersumbat selain masalah pada saluran pernafasan. Penglihatan juga akan terjejas dengan menjadi lebih kabur atau sensitif terhadap sebarang sumber cahaya.
Senarai ubat tahan lama yang mengandungi bahan terlarang
- Africa Black Ant – Sildenafil
- Astirex Kapsul – Sildenafil
- Bazooka Capsule – Sildenafil
- Bio Rehmannia Plus 400mg Capsule- Tadalafil
- Black Night Liquid – Sildenafil
- Blue Moon Capsule – Tadalafil
- Bull’s Genital Capsule – Sildenafil
- Caligula Kapsul – Sildenafil
- California Pure Candy B+ Complex Superfood –Fountain of Youth – Tadalafil
- Cobra X Kapsul – Sildenafil
- Emperor Huang Saint Medicine 800mg Capsule – Sildenafil
- Epimedi Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
- Etumax Eurycoma Active Plus – Sildenafil
- Extremen – Tadalafil / Hydroxythiohomosildenafil
- Extrewomen – Tadalafil / Hydroxythiohomosildenafil
- G-Bucks Kapsul/Ti. 054316531 – Sildenafil
- Goji Plus Capsule – Sildenafil analog
- Han Palace Capsule – Acetildenafil (Sidenafil Analogue)
- Hard Ten Days Capsule – Sildenafil
- Honeymoon – Sildenafil
- Hot Pens Kapsul – Sildenafil Citrate
- Hwang Di Shen Dan Capsule- Sildenafil Citrate
- Ibnu Sinna- Sildenafil & Tadalafil
- Jak-Ban – Sildenafil
- Jamu Amat Kwat – Sildenafil
- Jamu Gali-Gali – Sildenafil
- Jamu Tongkat Sakti – Sildenafil & Dipyrone
- Jinglida- Aminotadalafil
- Kopi Rempah Cap Luwak Cobra- Sildenafil & Paracetamol
- Kuat Tahan Lama Serbuk- Sildenafil Citrate
- Lak Gao 69 Capsule – Sildenafil Citrate
- Lavaria Capsule- Sildenafil Citrate
- Lion Gold APA Kapsul- Sildenafil Citrate
- LiLong Tablet – Sildenafil
- Long Hwa Tibet Tianxiong 100mg – Sildenafil
- Maca Gold – Sildenafil Citrate
- Majun Mutiara- Dexamethasone
- Manovel Tablet – Tadalafil
- Mantap Bro 1500mgSachet – Tadalafil
- Maxman IV Capsule 3800mg – Sildenafil
- Mentalk Candy – Aminotadalafil
- Men’s King 6800mg Tablet – Sildenafil
- ML Spring Return Capsule – Sildenafil analog
- ML Viraken Capsule – Sildenafil analog
- Neo Tasama Kapsul – Sildenafil citrate
- N-Hanz – Homosildenafil
- Obat Kuat dan Tahan Lama Khusus untuk Pria Dewasa Tablet – Sildenafil citrate
- Obat Kuat Tahan Lama Gali-Gali Asli – Sildenafil
- Obat Kuat Tahan Lama Pusaka Madu Ekstra Strong- Sildenafil & Paracetamol
- Okura Capsule – Sildenafil Citrate
- One Night 8 Times – Sildenafil
- On Man Pembangkit Tenaga Perkasa – Sildenafil
- Otot Madu Capsule – Sildenafil Citrate
- Oyster Plus Cap – Tadalafil
- Performa Epimedium – Tadalafil
- Power 1 Walnut Tablet – Glibenclamide & Sildenafil
- Power V Gold Tongkat + Ginseng – Sildenafil
- Primalex Capsule – Sildenafil analog
- Pronoton Capsule – Sildenafil
- Qian Jin Tri-Improve Capsule For Men – Methoxsalen
- Qmax Capsule 350mg – Acetildenafil (Sildenafil analogue)
- Raja Kuat Kapsul Sildenafil Citrate
- Rama Stamin Capsule- Sildenafil Citrate
- Ramuan Asy-Syifa – Sildenafil, Paracetamol
- Red Ant Cream Tablet – Sildenafil
- Sanomale Capsule – Tadalafil
- Santi Bovine Penis Erecting Cap – Sildenafil
- Sari Madu Capsule – Sildenafil Citrate
- Serbuk Super Ramuan Tiongkok Kuno Chang San – Sildenafil
- Shuyga – Sildenafil & Paracetamol
- Singha – Obat Kuat & Tahan Lama – Sildenafil
- Spartan Capsule – Sildenafil analog
- Sta-lions – Sildenafil
- Stanson Capsule – Tadalafil & Sildenafil Citrate
- Sunny Zang Wang Xiong Ying Dan Pil – Sildenafil Citrate
- Sunny Zang Wang Xiong Ying Kapsul – Sildenafil Citrate
- Super Jitu 5x Lebih Dahsyat Capsule – Sildenafil
- Tanduk Rusa Kuat Lelaki Kapsul – Sildenafil Citrate
- Teraza Capsule – Sildenafil Citrate
- Tien Sun Pu Sen Jew Nang – Sildenafil & Tadalafil
- Topmen Capsule – Sildenafil
- Top One Capsule – Sildenafil Citrate
- Trebest Plus Capsule – Acetildenafil (Sildenafil analog)
- Tribulus Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
- Tripoten Capsule – Tadalafil
- Urat Dewa – Sildenafil
- Urat Madu Kapsul – Sildenafil Citrate
- Urat Perkasa Kapsul – Sildenafil Citrate
- Urat Kuda – Sildenafil & Paracetamol
- Urat Madu Black- Sildenafil & Paracetamol
- Vegrow Cap – Sildenafil analog
- Venergy Capsule 300mg – Sildenafil analog
- Vitality Hotton Candy – Aminotadalafil
- Viagra X – Sildenafil
- Vimax Capsule – Sildenafil
- VNG400 – Sildenafil analog
- Xiangganglilongshengwe Tablet – Sildenafil
- Xianggang Tianlong Shengwu 2000mg – Sildenafil
- Xing Shi Jiu Cairan Obat Dalam – Sildenafil Citrate
- XP Tongkat Ali Supreme Capsule – Tadalafil
- X-Stive Men 400M 400mg Capsule – Sildenafil
- Zhong Hua Niu Bian – Asildinafil, Tadalafil, Glibenclamide & Sibutramine
- Zumex Capsule – Tadalafil
Apa yang boleh dilakukan oleh pengguna?
- Berjumpa doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan rawatan mati pucuk dan dapatkan ubat tahan lama daripada premis atau peniaga yang sah dan berdaftar. Elakkan membeli produk ubat tahan lama daripada peniaga pasar malam, peniaga atas talian atau di kedai-kedai jamu.
- Beli ubat tahan lama dengan bungkusan asalnya. Elakkan daripada membeli bungkusan yang telah terbuka atau pembungkusan yang tidak sempurna.
- Elakkan membeli produk yang dijual melebihi daripada harga pasaran.
- Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terjumpa ubat tahan lama yang tidak berdaftar dijual secara berleluasa di mana-mana premis yang tidak berlesen. Laporan boleh dilakukan melalui laman web http://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam di alamat http://moh.spab.gov.my
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
Tarikh Reviu: Januari 16, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 1, 2019