14 Perkara Tentang Seks Yang TIADA SIAPA Tahu & Ambil Kisah, Sedangkan Penting!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/02/2020 . 4 minit bacaan

Dalam era moden ini, perihal seks adalah sesuatu yang janggal untuk dibualkan. Ia adalah satu perkara yang cuba dielakkan.

Malah, ibu bapa anda juga mungkin tidak akan berbual dengan anda mengenai topik ini. Akhirnya, anda akan lebih mempercayai khabar angin mengenai seks, yang bukan hanya membuatkan anda tertanya-tanya, tetapi mungkin juga menyebabkan anda terlibat dalam masalah.

Artikel ini akan berkongsi 14 perkara yang anda harus ketahui mengenai seks.

14 perkara mengenai seks

seks

1. Seks kali pertama, boleh menyebabkan kehamilan

Kehamilan boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia tidak menunggu kali kedua atau ketiga. Jika anda seorang individu wanita dan subur, anda boleh hamil jika anda tidak menggunakan perlindungan seks.

Terdapat kanak-kanak perempuan yang hamil walaupun sebelum kedatangan haid pertama mereka. Jadi, perlindungan adalah penting.

Pastikan anda menggunakan kontraseptif. Kondom adalah yang terbaik kerana ia dapat melindungi anda daripada penyakit kelamin (STD).

2. Pancut di luar belum tentu selamat

Pasangan anda menyatakan bahawa anda tidak perlu bimbang kerana dia akan menarik keluar zakarnya tepat pada waktu? Jangan terpedaya.

Ia merupakan antara perihal mengenai seks yang sering kali dipercayai, sama ada individu wanita mahupun lelaki.

Walaupun dia berjaya menarik keluar zakarnya sebelum ejakulasi, anda masih berisiko untuk hamil. Ini kerana apabila seorang individu lelaki teruja, badannya akan mengeluarkan cairan pra ejakulasi, yang mengandungi sperma dan jangkitan kelamin yang lain. Paling selamat, sila pakai kondom.

3. Tiada posisi boleh mencegah kehamilan

Mitos menyatakan kehamilan boleh dielakkan jika ia dilakukan pada posisi berdiri atau duduk dalam tab mandi. Kedengaran menyakinkan, bukan?

Tapi, malangnya, sperma adalah satu sel yang mempunyai semangat yang kuat. Ia akan berenang ke atas mencari telur untuk disenyawakan. Ia tidak mengira sama ada anda duduk, berdiri malah melompat sekali pun, anda tetap berisiko untuk hamil jika tiada kontraseptif.

4. Seks oral takkan menghamilkan

Ya, anda menelan sperma dan ia akan masuk ke usus dan dicerna. Namun, anda masih berisiko untuk mendapat penyakit kelamin melalui oral seks. Mencegah adalah yang terbaik, bukan? Sentiasa gunakan kondom apabila berkaitan seks.

5. Cling film tidak boleh menggantikan kondom

Plastik telus yang digunakan untuk membalut makanan atau cling film bukanlah satu idea yang hebat untuk melindungi anda daripada kehamilan. Sebarang plastik tidak boleh digunakan sebagai pengganti kondom. Hanya kondom yang dapat melindungi anda daripada kehamilan dan penyakit kelamin.

6. Testis tidak akan meletup

Jangan pernah tertipu dengan alasan ini. ‘Bola’ yang menyimpan sperma atau dirujuk sebagai testis ini tidak akan meletup walaupun tidak melakukan hubungan seks. Tidak pernah wujud kes individu cedera apabila tidak melakukan seks. Sperma akan dihasilkan setiap hari dan sperma yang tidak digunakan, akan diserap kembali.

7. Hanya sekali pakai

Kondom direka untuk kegunaan pakai buang. Jangan basuh dan memakainya kembali. Geseran boleh melemahkan fungsi perlindungan kondom, yang menyebabkan berlaku kebocoran. Sebaiknya tukar kondom yang baru selepas 30 minit hubungan seks.

8. Saiz tidak penting

Tiada jaminan zakar yang besar akan memberi wanita lebih kepuasan. Zakar yang besar tidak menjadikan ia mudah untuk mengesan G-spot anda. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan anda berasa sakit kerana zakar pasangan anda terlalu besar dan menyakiti serviks anda semasa hubungan seks. Teknik dan posisi adalah lebih penting daripada saiz.

9. Wanita tidak berminat tentang seks?

Ia adalah satu kepercayaan yang dipercayai. Norma kehidupan, malah pendidikan berkaitan seks membuatkan wanita malu, apatah lagi untuk mengutarakan tentang keperluan dan keinginan diri. Ia sekali gus menimbulkan kepercayaan bahawa hanya lelaki berminat tentang seks. Hakikatnya, wanita turut menikmati hubungan seks. Dan, ia adalah satu perkara yang tidak salah.

10. Gay hanya melakukan seks anal

Sama ada anda tulen atau gay, seks anal atau seks dubur ini adalah berkaitan dengan kehendak peribadi. Ada yang menyukainya, ada yang tidak. Kenyataan daripada Third National Survey of Sexual Attitudes and Lifestyles, yang disiarkan pada 2013, menunjukkan hanya 18.5% lelaki dalam kumpulan usia 16 hingga 24 tahun melakukan seks anal pada tahun sebelumnya.

11. Lesbian seks undang risiko STD

Melakukan hubungan seks sejenis, antara wanita dengan wanita lain, tidak bermakna ia selamat. Penyakit kelamin boleh merebak melalui cecair faraj, darah atau perhubungan yang rapat. Cara terbaik dalam menggunakan kondom pada mainan seks yang digunakan.

12. STD mungkin tiada simptom

Anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom dan anda mungkin tidak dapat mengesannya pada pasangan anda, jika wujudnya penyakit kelamin. Dalam kebanyakan kes, simptom penyakit kelamin ini hanya dapat disedari pada ketika ia sudah terlambat. Penyakit kelamin tidak boleh dirawat dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tahap kesihatan anda. Hanya dengan pemeriksaan sahaja dapat memastikannya.

13. STD tidak menjejaskan kehidupan

Kebanyakan penyakit kelamin disembuhkan dengan antibiotik. Bakteria penyebab penyakit kelamin ini mudah dilawan. Jenis penyakit kelamin, yang disebabkan oleh virus HIV, HPV atau herpes, tidak boleh disembuhkan. Tetapi ia boleh dikawal. Melalui ubatan yang betul, individu yang menderita akibat virus penyakit kelamin boleh menjalani kehidupan yang panjang dan lebih bermakna.

14. Melancap tidak menjejaskan alat kelamin

Antara perkara mengenai seks yang sering dipercayai adalah melancap boleh menjejaskan organ seksual anda, yang akhirnya menyebabkan kemandulan. Ia adalah salah kerana melancap adalah seperti melakukan seks, cuma anda tidak mempunyai pasangan.

Masih terdapat banyak mitos tentang seks yang dipercayai di luar sana. Tidak semuanya adalah tepat dan benar. Jadi, jangan mudah percaya dengan apa yang anda dengar dan lihat. Untuk kesihatan anda sendiri, dapatkan maklumat daripada sumber yang dipercayai dan sumber rasmi. Jangan malu untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor apabila anda memerlukan pandangan pakar.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Alamak, anda period tapi mahu buat seks? Tenang, ini petua untuk isteri cuba cara melayan suami ketika haid. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan? Bukan Sebab HIV Sahaja Ya!

    Seks tidak selamat bukan setakat menyebarkan HIV sahaja. Ada kemudaratan lain hubungan senggama bersama banyak pasangan. Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 09/07/2020 . 3 minit bacaan

    Gila Seks Bukan Gelaran Tetapi Penyakit! Ini 5 Kriteria Jika Anda Salah Seorang Daripadanya

    Mempunyai nafsu syahwat adalah normal namun bagaimana jika ia menguasai diri dengan teruk? Ini 5 kriteria orang yang gila seks. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/07/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

    Menurut kajian terkini, didapati bahawa golongan belia sudah kurang buat seks. Jom ikuti artikel ini untuk tahu apa itu jimak dan kenapa ia berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    strok

    Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kelamin melalui mata

    Alamak! Air Mani Termasuk Ke Dalam Mata? Boleh Dapat Penyakit Kelamin Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
    risiko seks oral

    Siapa Kata Seks Oral Tidak Perlu Guna Kondom? Fikirkan Semula Lepas Baca Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    oral seks

    Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan