Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/05/2020

Bulan Ramadan dan Syawal merupakan saat yang mencabar buat penghidap kedua-dua jenis diabetes.

Walau bagaimanapun, risiko kemasukan ke hospital disebabkan oleh masalah kesihatan lebih jelas pada mereka yang didiagnosis dengan kencing manis jenis 1.

Oleh sebab badan tidak berupaya menghasilkan insulin untuk memenuhi keperluan fisiologi tubuh, perkara tersebut memberikan impak kepada kegiatan harian bagi kedua-dua bulan tersebut.

Sebagai contoh, mereka yang menghidap kencing manis jenis 1 tidak digalakkan untuk berpuasa tanpa pengawasan oleh doktor perubatan. 

Ia berikutan mereka berisiko untuk mengalami komplikasi kesihatan jika pelan pemakanan harian tidak dirancang dengan sebaiknya.

Perkara ini termasuklah penggunaan ubat insulin yang menjadi tunjang kepada keadaan gula dalam darah terkawal bagi pesakit diabetes jenis 1.

Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan komplikasi yang jauh lebih serius sehingga boleh mengancam nyawa.

Artikel ini akan memfokuskan khususnya kepada mereka yang didiagnosis dengan masalah diabetes jenis 1 bagi mempersiapkan diri menghadapi bulan Syawal.

Teruskan membaca.

Risiko DKA meningkat jika tidak berwaspada

jenis diabetes

Lebih daripada 1.7 bilion umat Islam di seluruh dunia berpuasa pada bulan Ramadan dan beraya pada bulan Syawal.

Pelbagai jenis juadah disediakan bagi menikmati waktu berbuka puasa, sementara sewaktu Syawal pula akan dihiasi dengan kuih muih beraneka jenis dan rasa.

Individu yang mengalami diabetes bergelut dengan masalah pemakanan.

Ia bukanlah satu perkara yang mudah dikawal terutamanya di Malaysia yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan.

Apa yang lebih menakutkan bagi populasi tersebut adalah kebanyakan makanan yang disediakan mengandungi jumlah gula dan nutrisi makro karbohidrat yang tinggi.

Tanpa kawalan pengambilan kalori dan penggunaan insulin, mereka berisiko untuk mendapat pelbagai jenis komplikasi termasuklah diabetic ketoacidosis (DKA).

Menurut satu kajian di 3 buah hospital yang terletak di United Arab Emirates (UAE), majoriti pesakit diabetes yang dimasukkan ke dalam hospital sepanjang bulan Ramadan dan Syawal adalah pesakit dengan jenis diabetes 1.

Pada bulan Ramadan, sejumlah 20 pesakit dimasukkan ke dalam hospital, semuanya pesakit diabetes jenis 1.

Sejumlah 28 pesakit dimasukkan pada bulan Syawal, 4 daripadanya adalah pesakit diabetes jenis 2.

Melalui rekod ini, kita boleh buat andaian bahawa pesakit kencing manis jenis 1 lebih berisiko untuk dimasukkan ke dalam hospital akibat komplikasi diabetes.

Apa yang lebih mengejutkan adalah jumlah kemasukan tersebut jauh lebih tinggi daripada purata jumlah bagi 6 bulan sebelum Ramadan.

Oleh sebab risiko sebeginilah keringanan diberikan kepada mereka yang menghidap diabetes untuk tidak berpuasa.

Panduan pemakanan bagi pesakit jenis diabetes 1 semasa bulan Syawal

jenis diabetes

Kebanyakan kes diabetes jenis 1 didiagnosis semasa kanak-kanak.

Perkara ini agak mencabar jika dilihat pada sudut klinikal memandangkan golongan ini masih sedang membesar.

Jika dilihat secara teorinya, bulan Syawal sama seperti bulan Islam (kecuali Ramadan) yang lain dari konteks rutin waktu makan.

Apa yang membezakan adalah sambutan perayaan bagi meraikan kejayaan umat Islam menempuh 30 hari berpuasa.

Perkara ini, walaupun dilihat sebagai satu perubahan kecil boleh memberikan impak yang besar kepada penghidap kencing manis jenis 1.

Rumah terbuka, kuih raya dan minuman manis, semuanya merupakan trademark kepada suasana perayaan.

Ini bermakna, perjuangan memerangi hawa nafsu masih belum selesai!

Pesakit diabetes perlu kembali kepada asas pengambilan kalori makanan dan mereka perlu memahami sedikit sebanyak kenapa pengambilan kalori berlebihan menyebabkan berlakunya komplikasi.

Makanan yang berteraskan sumber yang sihat (walaupun sukar ditemui pada bulan ini) perlu menjadi pegangan.

Oleh sebab fokus utama adalah pada nutrisi makro karbohidrat, pesakit perlu sedar berapa jumlah makanan berasaskan sumber tersebut yang boleh diambil.

Ia bukanlah perkara asing memandangkan teknik pengiraan karbohidrat digunakan secara meluas dalam rawatan kencing manis jenis 1.

Memandangkan majoriti pesakit diabetes jenis 1 adalah kanak-kanak, jadual bergambar bersama nilai karbohidrat boleh membantu mereka memberikan anggaran yang lebih tepat.

Perkara ini penting memandangkan jika nilai yang dianggar lebih rendah/tinggi daripada apa yang diambil, mereka berisiko untuk mendapat masalah hipo/hiperglisemia.

Dilema pesakit diabetes jenis 1 terhadap kawalan gula dalam darah

syawal

Jika makan terlalu banyak boleh dapat hiperglisemia, kalau terlalu sedikit, boleh hipoglisemia.

Demikianlah corak kerisauan yang berlaku dalam kalangan pesakit yang menghidap kencing manis jenis 1.

Oleh sebab badan mereka tidak mampu menghasilkan insulin, mereka perlu menyuntik insulin bagi memanfaatkan sumber tenaga yang dicerna.

Mereka perlu menggunakan sehabis baik waktu makan bagi memenuhi kehendak badan sebelum insulin disuntik masuk.

Jadual makan tetap dan pengambilan jumlah karbohidrat yang sama setiap hari boleh membantu menghindarkan komplikasi diabetes.

Jika perlu, mengikut saranan pakar, snek berkhasiat boleh diberikan antara dua hidangan makan besar.

Tiada peraturan am yang boleh digunakan secara rambang apabila ia berkaitan dengan pemakanan bagi pesakit kencing manis jenis 1.

Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti aktiviti fizikal bagi menentukan keperluan harian bagi nutrisi makro karbohidrat.

Baca juga:

Konklusi

Penting bagi pesakit kencing manis jenis 1 untuk rujuk kepada doktor masing-masing sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini.

Jika dilihat pada konteks pemakanan, penulis setuju, pesakit diabetes tidak boleh menikmati makanan pada bulan Syawal seperti individu lain.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda tidak boleh menikmati kemeriahan suasana Aidilfitri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis Dan Darah Tinggi?

Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Betul Ke Anak Yang Dilahirkan Ibu Obes Memiliki IQ Lebih Rendah? Tapi Kenapa?

Selain kesan negatif terhadap kualiti hidup, ibu gemuk atau obesiti juga dapat mempengaruhi kecekapan psikomotor anak di dalam kandungan. Baca artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Risiko Kencing Manis Tinggi Dalam Kalangan Orang Asia

Tahukah anda bahawa orang Asia mempunyai BMI yang berlainan dengan orang Eropah memandangkan risiko untuk mendapat kencing manis berbeza? Baca artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Artikel lain untuk anda

contoh menu makanan untuk diabetes

Orang Kencing Manis Banyak Pantang-Larang, Tapi Makanan Apa Yang Boleh Diambil? Ini Dia!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 04/06/2020
kesan penyakit psoriasis

AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/04/2020
memberus gigi

Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/03/2020
makan pakai tangan

Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/02/2020