Fenomena Hujan Asid, BAHAYANYA Terhadap Kesihatan & Persekitaran Kita!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 06/02/2020

“Aman! jangan main air hujan, nanti demam macam mana?”, kata seorang ibu kepada anaknya yang sedang seronok bermain di luar rumah bersama temannya. Pesanan seperti ini sudah pasti kita selalu dengar waktu kecil-kecil dahulu apabila hujan turun dengan lebatnya dan kita ingin bermain bersama kawan-kawan seusia di luar rumah. Mungkin ibu kita berpesan sebegitu sebab tidak mahu kita jatuh sakit. Ia sudah menjadi tugas seorang ibu yang mithali.

Namun, pernahkah anda terfikir jika berlaku fenomena hujan asid di Malaysia? Semestinya para ibu akan menjadi lebih khuatir dan bimbang terhadap tahap kesihatan anaknya dan akan melarang keras si kecilnya itu dari bermain di luar rumah bersama teman-teman seusianya. Untuk tahu lebih lanjut mengenai fenomena ini dan bahayanya terhadap kesihatan kita, jom sama-sama kita ikuti artikel ini!

Apakah itu hujan asid?

Sebelum pergi dengan lebih dalam lagi, seharusnya kita tahu mengenai fenomena ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, hujan asid adalah satu fenomena di mana air hujan yang turun ke bumi adalah berasid. Ia disebabkan oleh penggabungan air dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Satu fenomena yang menakutkan, bukan?

Dengan kemajuan teknologi kini, penggunaan tenaga elektrik dan pengangkutan jalan raya telah menyebabkan bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang lebih banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan minyak petrol oleh loji tenaga serta ekzos kenderaan telah membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara!

Fenomena ini seterusnya akan menyebarkan asid sulfurik dan asid nitrik melalui angin lantas menyebabkan pencemaran udara. Akibatnya, hujan yang turun akan bergabung dengan kandungan asid di udara lalu melahirkan fenomena hujan asid.

Selepas turun ke bumi, ia akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Fenomena ini kemudiannya akan menyebabkan tumbuhan dan hidupan mati, batuan dan bangunan menjadi tidak kuat serta lebih menakutkan, mengganggu tahap kesihatan manusia.

hujan

Pernahkah fenomena ini berlaku di Malaysia?

Buat anda yang tertanya-tanya, ini dia jawapannya.

Sehingga penghujung dekad 70-an, fenomena hujan asid hanya pernah berlaku di benua Eropah dan Amerika Utara. Namun, faktor urbanisasi dan industrialisasi yang sedang giat meningkat di benua Asia Tenggara khususnya Malaysia, telah mengakibatkan fenomena ini berlaku di negara kita.

Untuk pengetahuan anda, kawasan yang paling terjejas teruk dengan fenomena ini adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah, ekoran pembangunan yang agak pesat di kawasan ini. Pada tahun 1985 hingga 1988, pernah berlaku fenomena hujan asid yang agak teruk di kawasan Petaling Jaya dan Senai.

Pada sekitar tahun 1985 hingga 1992, min pH bagi negara kita berkitar di antara 5.0 hingga 5.7, dan ia akan menjadi lebih teruk di kawasan perindustrian seperti Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Johor Bahru. 

Bahaya hujan asid terhadap kesihatan

Jika hujan biasa pun sudah berbahaya kepada kesihatan kita, apatah lagi hujan asid, bukan?

Hakikatnya, hujan asid tampak, rasa dan bau seakan hujan yang biasa. Jadi, fenomena ini mungkin agak sukar dibezakan dan dikenalpasti. Untuk pengetahuan anda, terkena air hujan asid mungkin akan mengakibatkan kesan terhadap kesihatan yang agak serupa seperti hujan biasa seperti demam dan selesema.

Ya, ia mungkin kelihatan seperti simptom biasa yang kurang berbahaya. Namun, anda juga perlu tahu bahawa kesan fenomena ini adalah bersifat jangka masa panjang. Ini akibat daripada kehadiran pencemaran sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida (NOx) yang akan mengakibatkan masalah kesihatan kepada manusia.

Kedua-dua gas beracun ini yang berlegar di ruang udara akan memasuki paru-paru manusia melalui sistem pernafasan. Kesannya, ia mungkin akan mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan yang melibatkan sistem pernafasan, seperti:

Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa hujan asid ini mungkin tidak akan memberi kesan kepada kulit anda jika terkenanya. Tahap pH asid yang wujud ketika fenomena ini berlaku tidaklah terlalu berasid sehingga mampu membakar atau menghakis kulit manusia.

Cukup sekadar anda tahu bahawa pencemaran udara yang disebabkan fenomena ini adalah dalang kepada kondisi-kondisi yang diceritakan di atas ini. Jadi, jika hujan asid berlaku di sekitar kawasan anda, cuba hadkan masa anda di luar rumah untuk mengurangkan risiko. 

hujan

Bahaya fenomena ini kepada alam sekitar

Jadi, kita sudah tahu bahaya fenomena ini terhadap kesihatan. Persoalannya, bagaimana pula ia akan memberikan kesan kepada alam sekitar kita?

Pertama sekali, ia akan memberi efek kepada kualiti air dan udara, yang seterusnya akan memberi kesan kepada keseimbangan persekitaran. Ini ekoran daripada hujan asid yang jatuh secara terus pada pokok, tanaman dan hidupan sekali gus menjejaskannya.  

Selain itu, fenomena ini juga akan merosakkan sumber mineral pada tanah seperti aluminium yang terdapat pada pasir dengan mengurangkan kadar pH sekali gus menjadikan pasir menjadi lebih berasid. Ini selanjutnya akan merosakkan pokok, tanaman dan hidupan.

Bukan itu sahaja, hujan asid juga akan menjejaskan kualiti air yang terdapat di tasik, sungai dan laut sekali gus menganggu keseimbangan ekosistem akuatik. Akibatnya, aktiviti perairan seperti memancing atau menangkap hasil laut akan terjejas.

Bukan sahaja pada ekosistem air, fenomena ini juga akan memberi efek kepada objek tidak bernyawa seperti bangunan, tugu, monumen atau pengangkutan yang terdapat di atas jalan raya. Bahan kimia yang bersifat asidik dalam hujan asid ini akan memberi kesan pada cat atau struktur objek yang dinyatakan, sekali gus menjatuhkan nilainya. Kita semua sudah pasti tidak mahu ini terjadi di negara kita, bukan?

Dalam erti kata yang lain, fenomena ini bukan sahaja akan mendatangkan bahaya terhadap kesihatan manusia. Malahan, ia juga akan mengganggu setiap ekosistem di bumi ini. Jadi, sila lebih berhati-hati dengan fenomena ini sekiranya ia berulang di negara kita.

Konklusi

Kesimpulannya, fenomena hujan asid ini pernah berlaku di negara kita suatu ketika dahulu. Dengan pembangunan pesat yang kita sedang hadapi kini, tidak mustahil ia akan kembali lagi. Oleh itu, bersama-samalah kita meningkatkan kesedaran mengenai fenomena ini dan sentiasa bersedia sekiranya sejarah lama ini kembali menghantui kita kelak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Belum Habis COVID-19, Kini Muncul Pula Hantavirus! Ini 8 Cara Elak Jangkitan

    Dalam kegawatan kita dilanda wabak COVID-19, seorang lelaki di wilayah Yunnan, China maut akibat jangkitan hantavirus, virus lazim bagi haiwan perosak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Bagi mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus menular, sebuah Klinik Penyakit Pernafasan (Respiratory Clinic) telah dibuka di Kuching, Sarawak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 25/03/2020

    Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dengan Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

    Demam adalah simptom paling lazim dialami oleh mereka yang dijangkiti oleh virus novel korona. Apa bezanya dengan demam yang dialami ketika selesema biasa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/02/2020

    Angkara Sembunyi Maklumat Perjalanan Di Saringan COVID-19, Lelaki Malaysia Terima Hukuman!

    Pelbagai usaha dilakukan mengekang coronavirus, tapi masih ada individu tidak bertanggungjawab sanggup sembunyi sejarah perjalanan semasa saringan COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 31/01/2020

    Artikel lain untuk anda

    ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020
    kepentingan vaksin

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 24/04/2020
    simptom asma

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    asma

    Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/04/2020