backup og meta

Kebaikan Anak Bermain di Luar Rumah

Kebaikan Anak Bermain di Luar Rumah

Dianggarkan, kanak-kanak masa kini hanya meluangkan masa 30 minit sahaja dalam sehari bermain di luar rumah. Selebihnya, lebih tujuh jam daripada waktu mereka setiap hari tertumpu kepada skrin televisyen ataupun gajet. Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai kanak-kanak sekarang mengalami masalah obesiti dan ADHD. Tanpa berpeluh, berlari, memanjat, melompat dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sinonim untuk perkembangan mereka, kanak-kanak ini akan berubah bentuk tubuh dan mudah rasa tertekan kerana tidak berhubung dengan dunia luar. Jadi, mari kita lihat apakah manfaat atau kebaikan bermain di luar kepada kanak-kanak.

Melegakan stres

Kajian dari dua orang pakar psikologi persekitaran di Universiti Cornell menemukan bahawa membesar dengan dikelilingi alam sekitar adalah faktor signifikasi kepada kesihatan emosi dan mental kanak-kanak. Dengan bermain di luar, anak anda dapat menikmati kehijauan alam, sekali gus menghilangkan tekanan mereka apabila asyik terperap di dalam rumah. Jangan ingat kanak-kanak tidak mengalami stres, Mama!

Mendapat sumber vitamin D utama

Perkara paling penting membenarkan anak bermain di luar adalah supaya mereka terdedah kepada matahari. Sinaran matahari adalah sumber terbaik untuk vitamin D. Jadi, dengan membawa anak anda bermain di luar, dia akan mendapat sumber utama vitamin D. Kajian daripada American Academy of Pediatrics menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak masa kini tidak mendapat vitamin D yang mencukupi. Kekurangan vitamin penting ini akan menyebabkan masalah pada tulang kanak-kanak, masalah diabetes dan penyakit jantung.

Menajamkan daya penglihatan

Menurut kajian dalam Optometry and Vision Science, kanak-kanak yang bermain di luar mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang sering menghabiskan masa di ruangan tertutup atau dalam rumah. Pakar berpendapat hal ini mungkin kerana faktor sinaran cahaya luar yang lebih terang kepada kanak-kanak.

Meningkatkan kekuatan sistem imun tubuh

Salah satu sebab mengapa ibu bapa tidak mahu anak bermain di luar adalah kerana kekotoran yang ada di luar rumah. Namun, sebenarnya, kanak-kanak perlu terdedah kepada kekotoran dan kuman bagi membantu sistem imun tubuh mereka berkembang dengan baik.

Mengelakkan masalah obesiti

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang bermain di luar adalah aktif dari segi fizikal, bermakna ia bukan sahaja baik untuk mengelakkan mereka obesiti semasa kecil, bahkan juga boleh memperbaiki tahap kolesterol, tekanan darah, dan kepadatan tulang.

Mengurangkan simptom ADHD

Menurut satu kajian, dengan meluangkan masa bermain di kawasan hijau akan dapat mengurangkan simptom penyakit ADHD, iaitu bersikap leka dan impulsif. Dengan meluangkan masa bermain di luar, kanak-kanak akan banyak bergerak dan meningkatkan tahap tumpuan mereka.

Mengembangkan kemahiran sosial

Tahukah anda, bermain di luar rumah dapat membantu mengembangkan kemahiran sosial anak anda? Contohnya, jika anda membawa mereka ke taman permainan, anda akan lihat bagaimana anak anda belajar berkawan dengan rakan sebayanya, belajar berkongsi mainan dan berkerjasama, serta belajar bertolak-ansur.

Oleh itu, kembalikanlah alam kanak-kanak seperti mana yang ibu bapa anda lakukan dahulu. Bawa anak anda ke luar rumah dan bermain!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 reasons children need to play outside

https://www.nct.org.uk/parenting/why-outdoor-play-important

Versi Terbaru

03/05/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan