- Merokok: Ini adalah penyebab utama emfisema. Semakin banyak dan lama anda menggunakan tembakau, semakin tinggi risiko emfisema.
- Penuaan: Ramai orang berumur 40 tahun dan ke atas berkemungkinan mengalami kecederaan pada paru-paru yang menyebabkan emfisema.
- Terdedah kepada asap atau habuk industri dan kimia juga meningkatkan risiko emfisema.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Emfisema didiagnosis?
Doktor anda mungkin ingin tahu sejarah perubatan anda; atau jika anda pernah merokok; atau jika anda tinggal atau bekerja di persekitaran yang tercemar.
Ujian-ujian diagnosis yang lain ialah:
- Ujian pengimejan seperti imbasan CT (computerized tomography) dan x-ray untuk melihat paru-paru anda;
- Ujian darah untuk memeriksa saluran darah di dalam paru-paru;
- Oksimetri nadi untuk mengukur oksigen dalam darah;
- Ujian fungsi paru-paru, yang digelar spirometri, yang menggunakan sejenis alat dinamakan spirometer untuk mengukur udara di dalam paru-paru yang dihirup dan dihembus keluar;
- Ujian gas darah arteri untuk mengukur kadar oksigen dan karbon dioksida dalam darah;
- Elektrokardiogram (ECG) untuk memeriksa penyakit jantung.
Bagaimana pesakit Emfisema dirawat?
Tiada penyempuh bagi emfisema. Walaubagaimanapun, beberapa rawatan berikut boleh membantu mengelakkan simptomnya menjadi semakin teruk:
- Jika anda merokok, sila berhenti dengan serta merta.
- Ubat-ubatan seperti bronkodilator, steroid atau antibiotik boleh dipreskrip oleh doktor untuk mengurangkan batuk, sesak nafas dan mengelakkan jangkitan bakteria.
- Terapi: rehabilitasi pulmonari, terapi nutrisi atau suplemen oksigen akan memperbaik maslaah pernafasan dan membantu anda menguruskan berat badan anda kerana anda mungkin mengalami perubatan berat badan mendadak kesan dari emfisema.
- Pembedahan: lung volume reduction surgery (LVRS) ialah satu prosedur dimana doctor akan membuang tisu-tisu yang cedera di dalam paru-paru untuk membantunya bekerja dengan lebih efektif dan menghilangkan sesak nafas. Pemindahan paru-paru mungkin diperlukan jika keadaan anda lebih serius.
- Anda mungkin diminta mengambil vaksin influenza dan pneumokokal untuk melindungi daripada jangkitan respiratori.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Emfisema?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi emfisema:
- Elakkan merokok: cuba untuk menjauhkan diri dari merokok dengan melakukan aktiviti lain. Ini tidak hanya akan melindungi diri anda dari emfisema tetapi juga meningkatkan tahap kesihatan anda keseluruhannya.
- Elakkan pencemar udara seperti asap dari kilang kimia.
- Lakukan senaman setiap hari dan ambil diet yang seimbang untuk meningkatkan kesihatan dan kapasiti paru-paru anda.
- Elakkan diri anda dari jangkitan. Anda boleh menggunakan ubat-ubatan yang dipreskrip oleh doktor dan menggunakan pakaian pelindung jika anda perlu berhubung dengan mereka yang demam.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen