backup og meta

Tips Pakar untuk Mencegah Penyakit Musim Hujan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 02/11/2018

    Tips Pakar untuk Mencegah Penyakit Musim Hujan

    Apabila musim hujan (monsun) semakin hampir, anda tahu bahawa perjalanan bersama dengan angin dan hujan adalah jangkitan virus. Penyakit monsun yang biasa adalah malaria, sakit tekak, demam, sejuk dan cirit-birit. Berikut adalah beberapa petua pakar untuk membantu anda menikmati musim hujan bebas daripada penyakit tersebut.

    Pastikan air minuman bersih

    Semasa musim monsun, sumber air boleh tercemar dengan mudah menyebabkan penyakit bawaan air seperti jaundis, gastroenteritis dan cirit-birit. Untuk selamat, anda hanya perlu minum air yang direbus atau air yang bertapis (purifier).

    Tidak berkongsi tuala tangan

    Untuk mengelakkan jangkitan bakteria, anda perlu menggunakan tuala tangan berasingan.

    Bawa sapu tangan bersama

    Letakkan sapu tangan pada mulut atau hidung apabila anda batuk atau bersin. Ia bertujuan untuk mengelakkan penyebaran penyakit jika anda sudah sakit.

    Elakkan gigitan nyamuk

    Nyamuk dengan virus malaria cenderung mengigit pada waktu malam. Adalah dinasihatkan untuk menggunakan penghalau (repellents) dan jaring supaya anda tidak digigit.

    Dapatkan rawatan perubatan awal

    Sekiranya anda tidak dapat melegakan simptom yang dialami, ini bermakna anda telah mendapat virus. Berjumpa doktor secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi.

    Perhatikan makanan anda

    Makanan yang baru disediakan adalah yang paling selamat. Juga, cuba yang terbaik untuk mengelakkan makan di luar.

    Jauhi/Elakkan kawasan yang sesak

    Penyebaran virus lebih cenderung berlaku di tempat-tempat yang sesak. Jika anda ingin ke teater atau pameran, jadualkannya semula apabila monsun berakhir.

    Beli pembersih tangan (hand sanitizers)

    Adalah penting untuk memastikan tangan anda bersih supaya anda tidak dijangkiti. Gunakannya secara kerap.

    Sekiranya anda mempunyai anak, berikut adalah beberapa petua untuk melindungi anak anda:

    i. Ketip kuku mereka

    Kuku panjang adalah tempat yang sempurna untuk kotoran dan virus. Pastikan anda ketip kuku anak anda dengan pendek untuk mengelakkan pembiakan kuman.

    ii. Pastikan anak anda berada di dalam rumah apabila hujan

    Hujan boleh mengandungi bahan berbahaya, bakteria dan virus. Jangan biarkan anak anda keluar ketika hujan.

    iii. Pastikan kebersihan yang baik

    Kanak-kanak mungkin tidak suka mencuci tangan mereka. Sebagai ibu bapa, anda boleh menunjukkan kepada anak-anak anda bagaimana untuk membasuh tangan mereka dengan betul, dan juga memberi ganjaran untuk memotivasi mereka.

    Jangkitan virus mungkin tidak menjadi masalah besar bagi orang dewasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak kecil lebih terdedah, dengan itu memerlukan penjagaan khas semasa musim monsun.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 02/11/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan