Kajian tentang kesan menghabiskan masa di jalan raya
Kaji selidik pada tahun 2012 yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine mendapati bahawa memandu 20 batu atau lebih berulang-ulang kali untuk bekerja setiap hari menyebabkan tekanan darah dan paras gula dalam darah yang lebih tinggi, serta tahap obesiti yang lebih tinggi.
Fikirkan sahaja secara logik, lebih banyak masa anda habiskan untuk duduk, semakin sedikit masa yang anda gunakan untuk bersenam, selain kemungkinan besar anda mengambil makanan yang tidak berkhasiat sewaktu kebosanan dalam kesesakan lalu lintas.
Satu artikel lain dalam jurnal yang sama juga menyatakan impak menghabiskan masa di jalan raya kepada kehidupan sosial – semakin banyak anda memandu, semakin kecil kemungkinan anda memiliki masa bersosial. Penyelidik Sweden juga mengaitkan masa perjalanan 45 minit atau lebih kepada kenaikan 40% kemungkinan berlakunya perceraian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen