backup og meta

Dehidrasi Dan Apa yang Anda Perlu Tahu

Dehidrasi Dan Apa yang Anda Perlu Tahu

Apakah sebenarnya punca dehidrasi ya?

Setiap hari, tanpa disedari kebanyakan daripada kita mengalami dehidrasi. Fikirkan mengenainya, sepanjang hari kerja ada masa anda mula berasa sangat mengantuk?

Jadi, kesan pertama dehidrasi adalah keletihan terutamanya semasa musim panas. Berikut beberapa bantuan untuk dehidrasi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apakah punca dehidrasi?

Ramai orang berfikir bahawa tidak meminum air yang secukupnya adalah sebab dehidrasi.

Namun, minum air yang tidak mencukupi hanyalah sebahagian daripada punca seseorang boleh dehidrasi.

Tubuh kita terdiri daripada 70% air. Setiap hari kita sering kehilangan sebahagian daripada air itu melalui pembuangan air kecil, pergerakan usus, peluh, dan air mata.

Masalahnya muncul apabila tidak mengambil/menggantikan air yang hilang, dan menyebabkan peratusan air menurun.

Ohio State University Wexner Medical Center mendedahkan bahawa apabila kehilangan air, kita juga kehilangan garam dan elektrolit dalam sistem yang diperlukan untuk tubuh kita. Gabungan kehilangan garam dan air menyebabkan dehidrasi.

Baca juga:

Punca dehidrasi: Fahami simptomnya

Bagi dewasa, terdapat banyak simptom seperti:

  • Mulut kering/dahaga
  • Urin gelap atau kurang kerap membuang air kecil (mungkin satu atau dua kali sehari)
  • Mengantuk antara kesan akibat dehidrasi
  • Sembelit
  • Air mata sedikit apabila menangis
  • Kulit kering
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Kekejangan otot (terutamanya ketika bersenam)

Bagi kanak-kanak:

  • Kurang membuang air kecil atau lampin tidak basah selama 6-8 jam (kekurangan urin selama 12 jam pada kanak-kanak yang lebih berusia)
  • Air mata yang sedikit apabila menangis
  • Mata kelihatan tenggelam
  • Tempat yang lembut di kepala bayi (ubun-ubun) kelihatan tenggelam
  • Kurang aktif
  • Keletihan atau pening pada kanak-kanak yang lebih berusia

Apakah yang perlu lakukan jika mengalami dehidrasi?

Rehydrate! Dehidrasi ringan boleh dirawat di rumah dengan meminum lebih banyak air.

Minum air atau minuman sukan (minuman sukan boleh membekalkan elektrolit, garam yang hilang melalui peluh dan kehilangan air yang lain).

Menurut Institut Perubatan, Lelaki disarankan untuk minum 13 gelas air sehari (kira-kira 3 liter) dan wanita harus minum kira-kira 9 gelas sehari (kira-kira 2.2 liter).

Ramai daripada kita telah mengetahui peraturan 8 × 8: minum lapan, 8 oz. gelas air sehari untuk kekal terhidrasi.

Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak disokong oleh bukti saintifik.

Tetapi ia hampir dengan jumlah air yang dicadangkan yang perlu kita minum dan mudah untuk diingat. Disebabkan itu ia kekal, tetapi kita harus minum lebih banyak air daripada 8 × 8.

Punca Dehidrasi

Bilakah anda perlu mendapatkan perubatan untuk dehidrasi?

Dalam kes yang teruk, dapatkan rawatan perubatan untuk dehidrasi.

Tanda-tanda dehidrasi teruk adalah seperti berikut:

  • Dahaga melampau
  • Kurang berpeluh apabila aktif
  • Mata tenggelam
  • Kulit merekah atau kering
  • Bernafas laju
  • Demam
  • Mulut, kulit, dan membran mukus (hidung, mulut, tekak, kelopak mata, telinga) terlampau kering
  • Tekanan darah rendah
  • Degupan jantung laju
  • Delirium atau tidak sedarkan diri (dalam kes yang teruk)
  • Walau bagaimanapun, dehidrasi mudah mendorong kepada masalah besar seperti perubahan mood, gangguan ingatan, sakit kepala, dan sembelit. Berhati-hati dengan perubahan ini juga.

Bagaimanakah mengelakkan risiko punca dehidrasi di peringkat awal?

Sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi, minum segelas air.

Gelas seterusnya adalah sebelum setiap hidangan.

Sediakan juga sebotol air di meja kerja (atau di dalam beg). Ini akan membantu anda terhidrasi.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dehydration. https://www.sja.org.uk/get-advice/first-aid-advice/effects-of-heat-and-cold/dehydration/#. Accessed on Sept 4, 2023
  2. What to Do About Dehydration (for Parents). https://kidshealth.org/en/parents/dehydration-sheet.html. Accessed on Sept 4, 2023
  3. Dehydration. https://www.globalfirstaidcentre.org/dehydration/. Accessed on Sept 4, 2023
  4. Dehydration. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/9013-dehydration. Accessed on Sept 4, 2023
  5. Dehydration. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dehydration/symptoms-causes/syc-20354086. Accessed on Sept 4, 2023

Versi Terbaru

05/09/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bantuan Kecemasan Jika Anda Terkena Sengatan Lebah, Ikut Langkah Ini!

Ikut 5 Cara Pertolongan Cemas Ini Jika Kulit Melecur Kena Ekzos!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan