Kafein boleh mencegah atau melambatkan penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan kecelaruan hiperaktiviti yang lain.
Keseluruhannya, minuman tenaga dipercayai boleh meningkatkan tenaga, stamina, prestasi sukan, dan membantu menurunkan berat badan. Kini, ia dijual hampir di seluruh kedai runcit berdekatan.
Kesan sampingan minuman tenaga
Selain daripada minuman tenaga tidak mengandungi kandungan khasiat, ia juga boleh menyebabkan ketagihan jika diambil berlebihan. Australian Poison Center telah menyenaraikan beberapa kesan sampingan daripada pengambilan minuman tenaga yang berlebihan seperti jantung berdegup, termor, kegelisahan, sakit dada, masalah pernafasan dan sebagainya. Kajian menunjukkan golongan yang meminum minuman bertenaga adalah cenderung kepada perilaku berbahaya, penyalahgunaan dadah, amalan seks bebas, pergaduhan, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan suka mengambil risiko. Penggunaan alkohol dan nikotin merupakan sesuatu yang digemari oleh pengguna minuman tenaga.
Tambahan pula, kandungan gula yang tinggi di dalam minuman tenaga boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Ia termasuklah monosaccharides menyerupai glukosa, fruktos, sukros dan laktos yang boleh mengakibatkan obesiti kepada kanak-kanak, seterusnya menyebabkan kencing manis. Pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan gigi kepada kanak-kanak. Meskipun pengeluar dan syarikat minuman selalunya mengiklankan dan mendakwa bahawa pengambilan minuman tenaga adalah selamat, dan pengambilan yang berlebihan boleh membawa kemudaratan kepada tubuh badan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen