backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bayi Kuat Berpeluh? Mungkin Ini Puncanya, No. 6 & 7 Parents Perlu Perhatikan Betul-betul!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    Bayi Kuat Berpeluh? Mungkin Ini Puncanya, No. 6 & 7 Parents Perlu Perhatikan Betul-betul!

    Melihat bayi dalam keadaan tidak selesa kerana peluh berlebihan boleh menyebabkan wujud kebimbangan di hati ibu bapa. Tetapi apakah punca bayi kuat berpeluh ini, ya? 

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah peluh berlebihan

    Isu bayi berpeluh secara berlebihan ini boleh disebabkan oleh badan si kecil yang masih tidak matang dan sedang belajar untuk mengawal suhunya sendiri.

    Kadangkala apabila mereka berpeluh ia boleh terjadi pada bahagian tubuh seperti tangan, kaki atau kepala. Ini umumnya dianggap sebagai keadaan normal kerana pada bahagian badan tertentu mempunyai lebih banyak kelenjar peluh.

    Pun begitu tidak dinafikan dalam kes jarang berlaku, berpeluh boleh menandakan masalah kesihatan. 

    Kenapa bayi kuat berpeluh?

    Berikut adalah beberapa sebab bayi mungkin berpeluh:

    1. Menangis 

    Menangis boleh menyebabkan bayi berasa panas dan menyebabkan mereka berpeluh. Kesan ini lebih cenderung terjadi apabila bayi menangis dengan sangat kuat atau untuk tempoh yang lama.

    bayi kuat berpeluh

    2. Terlalu panas punca bayi kuat berpeluh

    Berpeluh adalah tindak balas semula jadi badan apabila terlalu panas. Bayi mungkin berasa terlalu panas dan menyebabkan mereka berpeluh – sama ada di seluruh badan atau hanya bahagian tubuh tertentu seperti kepala.

    Ada kalanya, bahagian yang paling banyak berpeluh mungkin lebih berasa panas. Sebagai contoh, bayi mungkin berpeluh pada bahagian kepala jika mereka memakai topi di bawah sinar matahari.

    Keadaan yang terlalu panas boleh mendatangkan bahaya kepada bayi kerana mereka masih belum mampu mengawal suhu badan berbanding individu dewasa.

    3. Demam 

    Bayi kuat berpeluh apabila mereka demam atau selepas demamnya surut. Demam boleh menjadi petanda bayi mendapat jangkitan. Mengalami demam bukanlah perkara yang membimbangkan, namun jangkitan yang dialami mungkin berbahaya.

    Ubat demam boleh menyembuhkan demam tetapi tidak pada jangkitan. Jadi, amat penting untuk memastikan si kecil mendapat rawatan sewajarnya.

    Baca juga:

    Penyebab bayi kuat berpeluh #4. Hiperhidrosis idiopatik

    Idiopatik ditafsirkan sebagai keadaan atau gejala perubatan yang tidak diketahui puncanya.

    Idiopathic hyperhidrosis adalah masalah peluh berlebihan tanpa disebabkan keadaan perubatan atau sebab lain yang jelas.

    Kebanyakan bayi dengan keadaan ini mempunyai bilangan dan saiz kelenjar peluh yang sama dengan individu tidak berpeluh secara berlebihan.

    Walau bagaimanapun, kelenjar peluh lebih aktif, mungkin disebabkan oleh peningkatan aktiviti sebahagian daripada sistem saraf.

    Palmar hyperhidrosis adalah sejenis peluh berlebihan yang menjejaskan tapak tangan. Ia agak biasa pada bayi dan tidak berbahaya.

    Walau bagaimanapun, sesetengah individu dewasa dengan keadaan ini mungkin memilih untuk menjalani pembedahan bagi melemahkan beberapa laluan saraf ke kelenjar peluh. Ini terutamanya jika peluh membuatkan mereka gelisah atau sukar memegang objek.

    Peluh berlebihan penyebab #5. Apnea tidur

    Apnea tidur adalah apabila seseorang berhenti bernafas semasa tidur. Keadaan ini umumnya lebih cenderung berlaku kepada bayi pramatang – di mana bayi boleh berhenti bernafas selama lebih daripada 20 saat.

    bayi kuat berpeluh

    Beberapa kajian menunjukkan masalah apnea tidur ini lebih kerap terjadi apabila bayi dalam keadaan panas. 

    Jika menyedari si kecil dalam keadaan panas atau berpeluh selepas bangun tidur, mungkin anda boleh menjadikan ruangan tidur mereka lebih sejuk sama ada untuk tidur siang atau pada waktu malam serta mengurangkan lapisan baju mereka.

    6. Masalah perubatan, salah satu punca bayi kuat berpeluh 

    Pelbagai keadaan perubatan boleh menyebabkan bayi berpeluh lebih daripada biasa. Dalam kebanyakan kes, bayi akan turut mengembangkan gejala lain selain berpeluh. Walau bagaimanapun, berpeluh mungkin merupakan petunjuk awal.

    Berikut adalah beberapa keadaan yang boleh menyebabkan peluh berlebihan termasuk:

    7. Keabnormalan kelahiran dan perbezaan genetik

    Banyak gangguan genetik boleh menyebabkan bayi berpeluh lebih daripada biasa. Contohnya, sindrom berpeluh akibat sejuk (cold-induced sweating syndrome) menyukarkan bayi mengawal suhu badan.

    Bayi dalam keadaan ini mungkin berpeluh apabila sejuk. Mereka juga biasanya mempunyai otot muka yang lemah, batang hidung rata dan masalah kesihatan tertentu seperti demam panas serta kadangkala sawan.

    bayi kuat berpeluh

    Sesetengah gangguan genetik lain, seperti sindrom Apert, juga boleh menyebabkan peluh berlebihan. Dalam kebanyakan kes, si kecil akan mengalami pelbagai gejala lain sebagai tambahan.

    Misalnya sindrom Apert, boleh menyebabkan jari tangan dan kaki bercantum, perkembangan tidak normal pada muka dan tengkorak serta dalam beberapa kes masalah jantung.

    Konklusi 

    Situasi bayi kuat berpeluh adalah normal, bahkan dalam kebanyakan keadaan, tiada ada yang perlu dirisaukan.

    Sering kali keadaan ini boleh diatasi dengan mudah seperti menurunkan suhu bilik agar menjadi lebih sejuk atau memakaikan bayi pakaian nipis.

    Apabila bayi membesar dan mampu mengawal suhu badannya, mereka akan kurang berpeluh. Jika bayi mengalami hiperhidrosis dan ia terus menjadi isu apabila mereka semakin membesar, pakar pediatrik boleh merawatnya.

    Pun begitu, walau dalam apa jua keadaan yang dialami si kecil – percayalah pada naluri keibubapaan anda. Jika mempunyai kebimbangan, bawalah bayi untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan