backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Malu Aset Kecil, Ini 4 Cara Untuk Besarkan Payudara Tanpa Pembedahan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/12/2023

    Malu Aset Kecil, Ini 4 Cara Untuk Besarkan Payudara Tanpa Pembedahan!

    Saiz buah dada bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang bersaiz kecil, sederhana mahupun besar. Jika anda sedang mencari cara besarkan payudara, artikel ini boleh membantu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Saiz Buah Dada Berbeza

    Ada yang mengatakan saiz bukanlah sesuatu yang penting. Sesetengah individu wanita lebih selesa dengan payudara atau buah dada yang bersaiz kecil mahupun sederhana.

    Namun, cita rasa antara individu adalah berbeza, jadi terdapat juga individu wanita yang mahu memiliki payudara bersaiz besar. Bagaimana cara besarkan payudara? Pembedahan?

    Atau terdapat kaedah semula jadi yang boleh dilakukan? Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik ini, ikuti perkongsian yang berikut.

    Faktor Mempengaruhi Saiz Payudara

    Payudara dianggap sebagai salah satu aset terbesar bagi seorang wanita. Payudara yang anjal dan penuh menjadikan badan seseorang individu lebih menarik. Ia menjadi antara sebab mengapa majoriti wanita mahukan payudara penuh. 

    Bentuk dan saiz buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita. Ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Tetapi adakah anda tahu faktor apakah yang mempengaruhi saiz payudara anda?

    1. Berat badan

    Secara umumnya, payudara terdiri daripada tisu lemak. Oleh itu, saiz buah dada mungkin akan berubah apabila seseorang individu itu mengalami peningkatan berat badan ataupun penurunan berat badan.

    1. Genetik

    Saiz dan bentuk payudara yang unik juga boleh terhasil daripada gen yang diwarisi daripada kedua ibu bapa anda.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor atau hubung kait lain seperti diet pemakanan dan persekitaran yang berkemungkinan cenderung untuk mengubah corak genetik anda. 

    1. Hormon

    Hormon yang terkandung dalam badan anda adalah penentu kepada saiz buah dada anda. Kebanyakan wanita mengalami perubahan ketika mengalami tempoh akil baligh.

    Ini disebabkan oleh pengeluaran hormon yang dipanggil estrogen. Sebarang ketidakseimbangan hormon dalam badan berkemungkinan akan mengakibatkan perkembangan payudara yang tidak sihat.

    Cara Besarkan Payudara

    Anda sudah mengetahui faktor yang memainkan peranan utama dalam perkembangan payudara anda. Jika anda sedang mencari cara besarkan payudara, tetapi tidak mahu melakukannya dengan cara pembedahan, teruskan membaca perkongsian ini.

    1. Urutan dan minyak

    cara besarkan payudara

    • Minyak pati serai 

    Minyak pati serai ini mengandungi monoterpene yang dipanggil nerol. Nerol didapati menunjukkan aktiviti estrogenik pada kepekatan yang tinggi. Oleh itu, dipercayai minyak pati serai ini dapat digunakan sebagai cara besarkan payudara tanpa pembedahan.

    • Minyak zaitun

    Minyak zaitun merupakan sumber nutrien yang kaya dan dipercayai dapat membantu meningkatkan peredaran darah. Ia mengandungi phytoestrogen yang meniru aktiviti estrogenik dalam badan anda dan ia boleh digunakan sebagai salah satu cara semula jadi besarkan payudara anda. 

    • Minyak pati ros

    Kaya dengan kandungan monoterpenoid yang dipanggil geraniol. Bahan geraniol dalam minyak pati ros ini berfungsi sama seperti nerol, di mana ia turut menunjukkan aktiviti estrogenik pada kepekatan tinggi.

    Oleh itu, minyak pati ini turut dianggap sebagai kaedah berkesan untuk merangsang pertumbuhan tisu payudara anda sekali gus merupakan satu cara besarkan payudara yang selamat tanpa pembedahan.

    Walaupun tidak ada sebarang kajian saintifik untuk membuktikan keberkesanan mengenai penggunaan minyak sebagai cara membesarkan payudara, tetapi tidak salah untuk mencubanya, bukan?

    2. Vitamin

    Pengambilan vitamin adalah satu lagi pendekatan cara besarkan payudara yang selamat. Vitamin A, B3, C dan E adalah cukup popular untuk fungsi keupayaannya yang dapat membantu membesarkan saiz buah dada bersama manfaat kesihatan lain yang turut ditawarkan. 

    Vitamin A berfungsi untuk membantu dalam proses pengeluaran kolagen yang membantu menganjalkan payudara, vitamin B3 pula dapat membantu dalam meningkatkan peredaran darah dalam badan anda, secara tidak langsung ia menggalakkan pembesaran payudara. 

    Manakala vitamin C membantu menghasilkan kolagen, memastikan sel payudara kekal terhidrasi dan dalam masa yang sama membantu mengimbangi hormon-hormon badan anda yang boleh mempengaruhi saiz payudara anda. 

    Vitamin E dapat membantu dalam mengawal selia paras kolesterol anda, yang akhirnya memberikan kesan dalam peningkatan saiz payudara anda. 

    Tetapi, amatlah disarankan untuk anda mengambil makanan yang kaya dengan vitamin dalam diet pemakanan sebagai pilihan utama anda berbanding pengambilan supleman tambahan. 

    3. Diet pemakanan

    cara besarkan payudara

    Pengambilan makanan yang betul turut dapat dijadikan sebagai cara besarkan payudara yang baik. Sesetengah makanan dipercayai dapat membantu untuk merangsang estrogen dan pertumbuhan payudara. 

    Antara makanan yang boleh diamalkan adalah seperti buah-buahan seperti betik, epal, kurma, delima dan ceri. Manakala bagi sayuran pula seperti lobak, taugeh, terung, bawang putih dan timun. Kekacang seperti walnut, pistachio dan buah berangan. Buah zaitun dan avokado juga merupakan antara pilihan makanan yang baik.

    4. Senaman dada

    Selain pemakanan, senaman juga merupakan cara yang paling selamat besarkan payudara tanpa pembedahan. Gabungan diet pemakanan yang sihat bersama latihan senaman dada yang baik, pastinya dapat membantu anda mendapatkan payudara yang anda ingini.

    Senaman dada biasanya melibatkan bahagian lengan serta bahu, dan ini membantu dalam peregangan dan toning di sekitar payudara anda.

    Selain membantu untuk meningkatkan saiz payudara anda, latihan seperti push-up, chair lift, wall press, dan chest press juga dapat menjadikan anda lebih sihat dan cergas. 

    Penjagaan kesihatan secara keseluruhan, bukan payudara sahaja

    Untuk mendapatkan payudara yang lebih besar atau mengikut saiz yang anda inginkan, anda masih tetap perlu memberikan perhatian terhadap tahap kesihatan diri anda secara keseluruhan.

    Jaga aspek pemakanan, senaman serta pastikan anda turut memberikan badan anda rehat yang mencukupi. Jangan nanti kerana inginkan saiz payudara yang lebih besar, tahap kesihatan anda diabaikan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan