backup og meta

Pasangan Suka Main Belakang? AWAS, Ia Juga Boleh Buat Wanita Mengandung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/07/2023

    Pasangan Suka Main Belakang? AWAS, Ia Juga Boleh Buat Wanita Mengandung!

    Pernahkah anda terfikir sebelum ini, bolehkah wanita hamil jika melakukan seks dubur?

    Menurut 1 kajian, ada sesetengah wanita yang gemarkan seks anal, namun ada juga yang tidak menggemarinya disebabkan rasa sakit atau tidak selesa ketika melakukannya. 

    Ada yang lebih gemar melakukan seks anal atau seks dubur bagi mengelakkan kehamilan.

    Secara teknikalnya, seseorang wanita tidak akan hamil jika melakukan seks anal.

    Namun, ada beberapa perkara atau keadaan yang mungkin jarang sekali berlaku, tetapi boleh menyebabkan wanita hamil tanpa sengaja.

    Selain itu juga, anda mesti mengetahui risiko jika melakukan seks dubur ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Bolehkah seks dubur menyebabkan wanita hamil?

    wanita hamil

    Air mani mengandungi berjuta-juta sperma yang hanya menunggu masa untuk berjumpa dan bersenyawa dengan ovum atau telur wanita.

    Seseorang wanita pula dianggap subur apabila ovarinya melepaskan telur-telur matang ke dalam tiub fallopio.

    Sperma lelaki mestilah berada di dalam faraj agar ia boleh bergerak menuju ke serviks yang terletak pada bukaan rahim.

    Sperma akan terus memasuki tiub fallopio yang mana terletaknya ovum atau telur wanita. Di sana, sperma akan mencuba untuk memasuki telur wanita.

    Tidak terdapat sebarang hubungan atau laluan antara dubur dengan organ pembiakan wanita.

    Jika sperma dilepaskan melalui dubur, ia masih tidak dapat pergi ke tiub fallopio untuk disenyawakan bersama telur.

    Oleh itu, tiada sebarang persenyawaan boleh berlaku antara sperma dan juga telur jika seseorang itu melakukan seks dubur.

    Keadaan lain yang boleh menyebabkan wanita hamil

    wanita hamil

    Namun, jika sperma berada berdekatan dengan faraj, ada kemungkinan untuk sperma tersebut memasuki saluran faraj walaupun tanpa penetrasi zakar.

    Jika ia berlaku, ada kemungkinan untuk wanita hamil.

    Persenyawaan antara sperma dan juga telur hanya memerlukan 1 sperma sahaja.

    Jika ejakulasi baru sahaja berlaku, maka sperma yang berada di luar badan masih akan hidup atau masih mempunyai jangka hayat tertentu dan mampu bergerak. 

    Menurut 1 kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal, setiap 1 daripada 200 wanita hamil tanpa sebarang penggunaan teknologi atau melibatkan penetrasi zakar ke dalam faraj. 

    Oleh itu, ia menunjukkan adanya kemungkinan sperma boleh memasuki faraj melalui cara atau kaedah lain.

    Ini seperti ejakulasi air mani lelaki berdekatan bukaan faraj, fingering dengan jari yang mempunyai air mani atau penggunaan sex toy yang mempunyai sperma.

    Namun, perlu juga diingatkan, bagi membolehkan wanita hamil tidak hanya memerlukan sperma untuk memasuki faraj, tetapi seseorang wanita itu juga perlulah berada pada waktu subur mereka.

    Waktu subur ini biasanya berlaku dalam tempoh 3 ke 7 hari bagi setiap pusingan haid.

    Bagaimana dengan air mazi?

    Sperma diketahui biasanya berada di dalam air mani.

    Namun, ada kajian yang menunjukkan bahawa ia juga mungkin boleh berada di dalam air mazi dengan jumlah yang sedikit.

    Kehadiran sperma dalam air mazi biasanya berlaku ketika adanya sedikit pengeluaran air mani semasa melakukan hubungan seks, tetapi sebelum ejekulasi berlaku.

    Oleh itu, walaupun anda dan pasangan mungkin melakukan kaedah pancut luar, air mazi yang keluar daripada zakar lelaki sewaktu melakukan hubungan seksual masih lagi berpotensi untuk menyebabkan hamil.

    Risiko melakukan seks dubur tanpa perlindungan

    wanita hamil

    Tahukah anda, penyakit, jangkitan atau kecederaan lebih mudah berlaku jika anda melakukan hubungan seks dubur berbanding seks melalui faraj?

    Oleh sebab itu, adanya saranan untuk sentiasa memakai alat perlindungan seperti kondom ketika melakukan hubungan seks dubur.

    Seks anal atau seks dubur ini dianggap sebagai satu aktiviti seksual yang berisiko tinggi.

    Jangkitan seksual tidak hanya boleh menular melalui seks faraj sahaja, tetapi ia turut boleh menjangkiti individu yang melakukan seks anal.

    Tambahan lagi, ramai individu sebenarnya tidak menyedari mereka boleh mendapat jangkitan seksual disebabkan oleh simptomnya yang tidak muncul dengan segera atau sejurus selepas mereka melakukannya

    Antara sebab mengapa seks dubur mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi berbanding seks faraj adalah disebabkan dinding rektum yang agak nipis, kering, dan mudah koyak berbanding keadaan dinding faraj.

    Dinding rektum atau dubur mudah untuk koyak dan berdarah. Apabila ia mengalami koyakan, maka lebih mudah bagi virus, bakteria dan juga parasit untuk memasuki aliran darah. 

    Walaupun mungkin kedua-dua pasangan tidak mempunyai sebarang penyakit atau jangkitan seksual, kehadiran najis dalam dubur boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing.

    Kesimpulan

    Seperti yang dijelaskan di atas, seks dubur atau seks anal sememangnya tidak menyebabkan seseorang wanita itu hamil.

    Jika seseorang wanita itu hamil sekalipun, ia bukanlah disebabkan oleh seks melalui dubur.

    Tetapi ia disebabkan oleh beberapa keadaan lain seperti melakukan ejakulasi berdekatan dengan faraj atau melalui kemasukan sex toy ke dalam faraj.

    Namun, walaupun seks dubur tidak menyebabkan kehamilan, ia mungkin merisikokan seseorang itu untuk mendapat jangkitan kelamin.

    Oleh itu, seks anal boleh disimpulkan sebagai satu aktiviti yang berisiko tinggi berbanding seks melalui faraj. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan