Wahai lelaki, ini adalah kesilapan seks yang selalu dilakukan oleh kalian tanpa sedar.
Tahukah anda, 80% wanita tidak akan mampu mencapai orgasma jika hanya bersandarkan kepada penetrasi zakar ke dalam faraj semata-mata?
Oleh itu, sila betulkan kesilapan ini dan mula melakukan foreplay menggunakan alat permainan seks untuk memastikan pasangan sudah terangsang sebelum hidangan utama bermula!
Menurut Pakar Psikologi, Lonnie Barbach, si suami perlu membantu isteri dengan merangsang tubuh badan mereka pada faraj dan payudara khususnya sebelum memasukkan alat kemaluan kalian. Ini akan membantu mereka mencapai orgasma dengan lebih mudah kelak.
#5. Menyangka seks cuma bergantung kepada prestasinya semata-mata
Hakikatnya, kehangatan seks mungkin boleh terjejas sekiranya kaum Adam hanya merisaukan tentang kebolehan ereksi dan ejakulasi mereka semata-mata.
Ini kerana ia akan membuat fokus seorang lelaki itu tertumpu kepada dirinya seorang lantas melupakan kemahuan atau keperluan pasangannya.
Ini adalah tidak wajar dilakukan. Sekiranya suami mengalami masalah kemampuan seks, sila beritahu pasangan anda agar jalan penyelesaian dapat difikirkan berdua.
Mungkin dengan bersikap terbuka, isteri anda akan dapat memahami? Jadi, jangan sesekali menyangka anda seorang adalah watak penting dalam projek malam hari kalian ini. Dapatkan pandangan dan bantuan dari pasangan anda juga!
#6. Hanya merangsang faraj dan bukannya klitoris
Wahai kaum Adam, ketahuilah bahawa anatomi tubuh badan seorang wanita dengan lelaki adalah berbeza. Jikalau anda boleh turn on dengan mudah hanya dengan rangsangan zakar, tapi ia tidak sama untuk wanita.
Ini kerana rangsangan pada faraj mereka sahaja adalah tidak mencukupi. Oleh itu, suami perlu belajar untuk merangsang bahagian g-spot isteri terutamanya pada klitoris.
Ketahuilah bahawa sentuhan pada bahagian luar faraj sahaja tidak akan merangsang wanita secara total. Maka, tumpukanlah pada klitorisnya juga.
Encik suami, sila elakkan kesilapan seks ini!

Sekarang, kita semua sudah tahu kesilapan seks yang biasa dilakukan oleh lelaki. Maka, ambil iktibar dan sila elakkan daripada melakukan sebarang kesilapan seks lelaki biasa lakukan seperti yang dinyatakan ini.
Dengan ini, sudah tentu hubungan intim kalian juga mampu menjadi lebih hangat bukan? Kesannya, kalian akan mendapat kehidupan seks yang lebih sihat dan sejahtera!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen