home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Opsss Tereksiden Pula! Baru Bersalin Terus Lekat, Ini Jarak Kehamilan Selamat Perlu Tahu

Opsss Tereksiden Pula! Baru Bersalin Terus Lekat, Ini Jarak Kehamilan Selamat Perlu Tahu

Kita selalu mendengar wanita mengandung selepas bersalin tanpa dirancang, bukan? Adakah ia selamat atau mungkin memberi kesan kepada ibu hamil? Jom ketahui jarak kehamilan yang selamat.

Kembali mengandung selepas bersalin

Hamil semula mungkin bukan perkara yang anda fikirkan sekarang. Tetapi kembali mengandung selepas bersalin dalam tempoh yang singkat mungkin boleh mendatangkan risiko kepada anda dan juga bayi.

Hamil dalam masa setahun selepas bersalin mungkin meningkatkan risiko untuk bayi mengalami masalah kesihatan.

Maka penting untuk setiap pasangan merancang kehamilan seterusnya jika mahukan anak yang ramai ataupun cegah kehamilan jika tidak mahu hamil lagi.

Seandainya anda mungkin memikirkan untuk memiliki anak yang lain, jarak kehamilan bukan sahaja memberikan kesan kepada ibu hamil bahkan juga bayi yang bakal dilahirkan.

Pentingnya untuk merancang

Mengetahui bilangan anak yang ingin anda dan pasangan miliki boleh membantu untuk merancang keluarga mahupun menggunakan kaedah kontraseptif yang bersesuaian.

Jika sudah berfamili, perancangan keluarga adalah perkara yang penting. Mempunyai anak lagi mungkin akan mengubah gaya kehidupan anda sekeluarga.

Persoalan paling penting, adakah anda dan pasangan bersedia untuk menjaga seorang bayi sekali lagi?

Bagaimana pula dengan penerimaan anak yang sedia ada mengenai kehadiran seorang bayi?

Adakah mereka juga mahukan kewujudan seorang adik atau tidak?

Tempoh kehamilan adalah perkara yang tidak boleh dipandang enteng.

Mungkin anda dan pasangan tidak mahu jarak usia antara anak terlalu jauh. Walau bagaimanapun, ada kajian menunjukkan jarak kehamilan boleh mendatangkan kesan kepada ibu dan juga bayi.

jarak-kehamilan-selamat

Risiko jarak kehamilan terlalu dekat

Penyelidikan menyatakan untuk kembali mengandung selepas bersalin dalam tempoh 6 bulan, mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko seperti:

  • Kelahiran bayi pramatang
  • Keseluruhan atau sebahagian plasenta mungkin akan luruh daripada dinding dalaman rahim sebelum bersalin (plasenta abruption)
  • Lahir dengan berat yang rendah
  • Gangguan kongenital
  • Ibu hamil mungkin akan menghidap anemia

Dalam kajian lain mencadangkan jarak mengandung yang dekat mungkin akan meningkatkan risiko autisme pada kelahiran anak seterusnya.

Risikonya lebih tinggi jika kembali mengandung dalam tempoh kurang 12 bulan selepas bersalin.

Mengandung kembali dalam jarak singkat mungkin tidak memberikan ibu masa yang secukupnya untuk pulih sepenuhnya daripada proses kehamilan terdahulu.

Sebagai contoh, mengandung dan menyusukan bayi dalam masa yang sama, mengurangkan keperluan nutrien ibu, khususnya folat.

Jika anda hamil kembali sebelum badan dapat menggantikan semula kehilangan nutrien terdahulu, ia boleh menjejaskan kesihatan anda atau bayi.

Ini perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Masalah keradangan pada saluran alat kelamin ketika kehamilan terdahulu dan tidak pulih sepenuhnya pada kehamilan baharu, mungkin akan berlaku dan memberikan kesan kepada ibu hamil.

Jarak panjang juga berbahaya?

Terdapat juga kajian menunjukkan jangka masa yang terlalu panjang antara kehamilan boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu dan juga bayi.

Antara risiko yang mungkin wujud seperti preeklampsia.

Walau bagaimanapun, masih tidak jelas mengapa tempoh masa kembali mengandung yang panjang mungkin menyebabkan masalah kesihatan.

Kehamilan dapat meningkatkan keupayaan rahim dalam menggalakkan pertumbuhan dan sokongan janin. Namun dari masa ke masa, manfaat fisiologi mungkin berkurangan.

Tempoh terbaik mengandung selepas bersalin

Untuk mengurangkan sebarang risiko komplikasi kehamilan dan masalah berkaitan kesihatan lain, penyelidikan mencadangkan jarak terbaik untuk kembali hamil adalah selepas 18 hingga 24 bulan dan kurang daripada 5 tahun.

Dalam isu ketidaksuburan, wanita berusia 35 tahun dan ke atas mungkin perlu mempertimbangkan tempoh selepas 12 bulan sebelum hamil sekali lagi.

Harus diingatkan, risiko dan cadangan berikut tidak sesuai kepada pasangan yang pernah mengalami keguguran kandungan.

Ini kerana jika anda, sebagai wanita berasa sihat dan bersedia untuk kembali hamil, tiada tempoh menunggu yang perlu diikuti.

mengandung-selepas-bersalin

Bersediakah untuk mengandung selepas bersalin?

Sememangnya, keputusan untuk memiliki anak yang lain adalah perkara dan hak peribadi. Jika anda sedang merancang untuk mengandung sekali lagi, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan meliputi manfaat dan risiko kesihatan.

Tiada waktu yang tepat untuk menentukan bila masa sesuai untuk anda menambah bilangan ahli keluarga. Adakalanya walaupun menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan, anda mungkin berisiko untuk hamil.

Anda dan pasangan mungkin boleh berbincang dengan doktor untuk mengetahui tahap ketersediaan anda berdua sebelum merancang kehamilan baharu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 27/10/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung