backup og meta

Wanita Tinggi Risiko Kanser Serviks Jika Aktif Secara Seksual Dari Muda, Benarkah?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 24/12/2021

    Wanita Tinggi Risiko Kanser Serviks Jika Aktif Secara Seksual Dari Muda, Benarkah?

    Risiko kanser serviks meningkat jika wanita mempunyai hubungan seks pada usia awal, ini adalah amaran daripada penyelidik!

    Kenyataan itu keluar selepas satu kajian menunjukkan bahawa risiko besar penyakit ini apabila seseorang wanita itu aktif secara seksual pada usia muda, benarkah? 

    Di England, wanita tidak layak menjalani pemeriksaan NHS sehingga mencapai 25 tahun.

    Namun begitu, sepuluh tahun selepas itu mereka berkemungkinan mengidap HPV.

    Sejenis virus penularan seksual yang menyebabkan kanser serviks.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Risiko kanser serviks – kemerosotan emosi

    Jika di zaman kanak-kanak, hubungan seks atau melancap biasa dilakukan maka mereka telah terbiasa dengan keadaan ini sehingga dewasa.

    Tetapi jika pengalaman seksual awal dicemari oleh episod yang menakutkan, seperti diketahui orang dewasa, eksploitasi, rasa malu, hukuman atau tekanan ke atas perbuatan itu (seperti sumbang mahram atau perkosaan), maka pengalaman seksual awal dapat menyebabkan disfungsi seks pada kemudiannya dalam kehidupan.

    Risiko kehamilan

    seks ketika hamil

    Penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai hubungan seks pada umur 13 tahun lebih cenderung mempunyai pasangan seksual yang ramai.

    Malah mereka turut terlibat dalam persetubuhan yang kerap, mempunyai hubungan seks yang tidak dilindungi dan menggunakan dadah atau alkohol sebelum seks.

    Dalam kajian oleh penyelidik Dr. Jennings Bryant, lebih daripada 66 peratus kanak-kanak lelaki dan 40 peratus kanak-kanak perempuan dilaporkan ingin mencuba beberapa tingkah laku seksual yang mereka lihat di media.

    Perbuatan ini sekali gus meningkatkan risiko penyakit kelamin dan kehamilan yang tidak diingini.

    Dari manakah tingkah laku ini muncul?

    Penyelidikan telah lama diterbitkan bahawa remaja yang menonton filem atau mendengar muzik sambil minum, penggunaan dadah atau keganasan cenderung melibatkan diri dalam tingkah laku negatif. 

    Satu kajian pada 2012 menunjukkan bahawa filem mempengaruhi sikap dan tingkah laku seks remaja.

    Kajian yang diterbitkan dalam Psychological Science mendapati bahawa lebih banyak remaja terdedah kepada kandungan seksual dalam filem, sebelum mereka melakukan hubungan seks dan suka melakukan seks tanpa perlindungan.

    Dalam kajian lain, kanak-kanak lelaki yang terdedah kepada media seksual eksplisit adalah tiga kali lebih mungkin terlibat dalam seks oral dan hubungan seks dua tahun selepas pendedahan daripada kanak-kanak lelaki yang tidak terdedah.

    kanser serviks

    Gadis-gadis muda yang terdedah kepada kandungan seksual dalam media adalah dua kali ganda berkemungkinan untuk melibatkan diri dalam seks oral dan cenderung melakukan hubungan seksual.

    Penyelidikan juga menunjukkan bahawa remaja yang mendengar muzik dengan rujukan seks lebih cenderung melakukan hubungan seks daripada mereka yang kurang terdedah.

    Kenapa remaja lebih cenderung melakukan hubungan seks selepas terdedah kepada kandungan seksual di media?

    Sama seperti kita membaca buku-buku tertentu dan menunjukkan filem pendidikan kepada anak-anak dengan harapan mereka belajar sesuatu daripadanya, ia sama seperti sosial media yang menyediakan pendidikan seks kepada golongan muda.

    Mesej media menormalkan eksperimen seksual awal dan menggambarkan seks sebagai kasual, tanpa perlindungan dan tidak berbangkit, menggalakkan aktiviti seksual sebelum anak-anak bersekolah secara emosi, sosial atau intelek.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 24/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan