5 Posisi Berasmara TERBAIK Untuk Pasangan Yang Berbadan Chubby!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

“Berat badan aku sahaja sudah lebih 100 kg, isteri aku pula hampir 80 kg, risau pula katil runtuh masa malam pertama nanti. Sekejap, apa pula posisi seks yang aku dan isteri boleh buat?”, fikir Aizat dalam hati. Sebagai orang yang berbadan gemuk, kegusaran seperti ini mungkin sesekali akan berlegar dan bermain di minda.  

Usah khuatir. Ada beberapa posisi seks orang gemuk boleh amalkan ketika menikmati hubungan intim yang hangat dan sensasi. Ingin tahu apakah posisi tersebut? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Gemuk, satu kondisi yang membimbangkan!

gemuk

Sebelum pergi lebih lanjut kepada posisi seks yang sesuai dilakukan oleh orang yang gemuk, apa kata kita pergi lebih lanjut mengenai kondisi gemuk terlebih dahulu.

Adakah anda seorang yang gemuk? Persoalan ini sudah pasti akan selalu bermain di fikiran anda bukan? Sebenarnya, kegemukan itu adalah diukur melalui berat badan dan bentuk badan seseorang itu. Bagaimana untuk mengukur kegemukan? Adakah hanya dengan cara melihat?

Salah, cara yang paling tepat untuk tahu adakah anda gemuk atau tidak adalah melalui pengiraan BMI. Berikut adalah kalkulator pengiraan BMI yang kami telah sediakan secara percuma dan terbukti berkesan: https://hellodoktor.com/ms/alatan-ukur-kesihatan/kalkulator-bmi/

Jadi, sudah tahu BMI anda? Jika sudah tahu dan terbukti anda adalah individu yang gemuk, terlebih berat atau lebih membimbangkan lagi, obesiti, anda mungkin sudah boleh mula merancang diet untuk dilakukan agar anda mampu mencapai kembali berat badan yang normal dan sihat.

Posisi seks orang gemuk yang terbaik!

posisi seks

#1. Modified missionary

Menurut pakar seks, Jacqui Olliver, pasangan yang berbadan gempal juga boleh melakukan posisi seks klasik ketika berhubungan intim iaitu missionary dengan sedikit pengubahsuaian.

Caranya, suami perlu berbaring meniarap di atas isteri seperti sedang melakukan tekan tubi dengan membengkokkan lutut dan siku untuk menampung berat badannya.

Pembengkokan sendi-sendi ini adalah bergantung kepada tahap kebesaran perut anda dan pasangan. Jika lebih besar, maka suami perlu lebih membengkokkan lutut dan siku.

Posisi ini akan memudahkan suami melakukan penetrasi dan mendayung sambil isteri menikmatinya tanpa perlu menggerakkan tubuh badan. Mudah sahaja bukan?

posisi seks

#2. Doggy style on hind leg

Menurut pengajar posisi seks, Rita Delgado, anda dan pasangan juga boleh merealisasikan impian untuk melakukan posisi ini. Caranya, isteri perlu menonggeng dengan lutut dibengkokkan serta tangan menampung berat badannya.

Posisi yang senang dilakukan ini juga akan memudahkan suami memasukkan zakar ke dalam faraj dari arah belakang. Sudah tentu ia akan memudahkan orang yang berbadan gemuk bukan? 

Ia juga mampu untuk membuat isteri chubby anda lebih terangsang. Ini kerana ia membenarkan zakar suami tepat mengenai kawasan G-spot sekali gus merangsang stimulasi pada dinding depan faraj.

Jika ia masih sukar dilakukan, suami mungkin boleh mengambil inisiatif dengan berdiri di lantai sambil isteri berada di atas katil!

gemuk

#3. Splitting queen

Dr Megan Stubbs yang merupakan pakar seksologi mengatakan bahawa salah satu daripada keperluan untuk menikmati seks yang bahagia adalah kedua-dua pasangan perlu berasa selesa.

Beliau turut mencadangkan penggunaan bantal bagi pasangan yang berbadan gempal!

Posisi ini sangat sesuai kerana suami dan isteri tidak perlu berusaha terlalu keras bagi membolehkan proses penetrasi berjalan dengan lebih lancar.

Caranya, isteri hanya perlu mengangkang seluasnya seperti huruf V sambil suami berbaring di atas dan mula mendayungkan zakar ke dalam faraj isteri.

Jika anda dan pasangan masih mengalami kesukaran untuk melakukannya, gunakan bantal dan letakkan ia di bawah pinggang dan paha isteri bagi mengurangkan tekanan.

gemuk

#4. Reverse cowgirl

Chrystal Bougon, pengasas Curvy Girl Inc menegaskan bahawa posisi seks ini mempunyai banyak manfaat di samping sesuai untuk dilakukan oleh pasangan yang bertubuh gempal.

Ini kerana perut suami dan isteri yang gendut itu tidak akan mengganggu kedua-dua pasangan. Posisi yang unik dan menarik ini membolehkan isteri mengawal sendiri rentak dayungan sesuai dengan kemahuannya.

Untuk memastikan anda tidak memberi tekanan kepada suami, sila gunakan tangan anda untuk menampung berat badan anda ketika sedang menunggang suami ya?

Suami pula hanya perlu berbaring menelentang sambil menonton aksi daripada isteri anda daripada belakang. Lebih menguntungkan, posisi seks ini juga memboleh suami bermain dengan payudara isteri untuk membuatnya lebih terangsang!

#5. Posisi seks orang gemuk di atas buaian

Menurut Bougon lagi, anda tidak boleh hanya tertumpu kepada hubungan intim di atas katil sahaja. Apa kata gunakan peralatan seks seperti buaian seks (sex sling)?

Caranya, mudah sahaja. Isteri hanya perlu berada dalam buaian tersebut seperti seorang puteri raja dan hanya menunggu sahaja suami memasukkan zakar sambil berdiri.

Dengan posisi ini, kedua-dua anda dan pasangan tidak akan tertekan dengan berat badan masing-masing. Cuma, pastikan tali untuk menyokong buaian itu kuat untuk menyokong kalian berdua!

Jangan risau, banyak posisi seks orang gemuk boleh buat!

Kesimpulannya, usah khuatir dengan bentuk tubuh badan anda pada malam pertama anda dan pasangan. Ini kerana terdapat banyak posisi seks yang mudah dilakukan dan dinikmati.

Jadi, Aizat tidak perlu risau tentang katil, ia tidak akan roboh. Cuma, apa kata Aizat dan individu yang berbadan chubby ini cuba turunkan berat badan agar seimbang BMI? Sudah tentu lebih tampan dan sihat!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Tarikh Reviu: Oktober 31, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Mac 20, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut