backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Isteri Basah Teruk Ketika Bersetubuh? WAH! Ini Petanda Cik Abang 'Pakar' Di Ranjang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    Isteri Basah Teruk Ketika Bersetubuh? WAH! Ini Petanda Cik Abang 'Pakar' Di Ranjang

    Kalau terlalu kering pun salah, terlampau basah juga salah? Ya, memang sukar untuk memenuhi kemahuan dan keperluan di saat menikmati seks kerana wujud beberapa punca air banyak ketika bersama! Teruskan baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Seks yang ‘kering’ bikin individu hilang minat!

    Seks adalah aktiviti rutin yang sangat penting buat pasangan suami isteri terutama jika melibatkan kemasukan zakar ke dalam faraj. Tanpanya, kehidupan di kamar tidur akan jadi hambar.

    Bagi memudahkan si suami memasukkan alat sulit ke dalam alat kelamin si isteri, ia mesti dalam keadaan yang basah dan banyak air agar proses kemasukan itu akan jadi lebih lancar.

    Untuk pengetahuan anda semua, air yang dimaksudkan di atas adalah air mani atau air mazi yang akan keluar tatkala anda dan pasangan menikmati keghairahan di dalam hubungan seks.

    punca air banyak ketika bersama

    Ya, projek asmara yang terlalu kering itu tidak ideal untuk kalian namun jika terlampau basah juga tidak bagus! Persoalannya, apa punca air banyak ketika bersama? Adakah ia perkara normal?

    Ini beberapa punca air banyak ketika bersama!

    Sebenarnya, perkara ini akan lebih fokus kepada isteri kerana mereka memegang kunci sama ada hubungan seks yang bakal dijalani itu lebih ‘kering’ atau ‘basah’. Suami, anda wajib ambil tahu!

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Berikut adalah beberapa punca air banyak ketika bersama yang kita semua mungkin kurang sedar:

    #1. Terlebih buat adegan foreplay

    Seperti mana yang kita semua mungkin sedia maklum, adegan ringan-ringan atau foreplay setiap kali sebelum seks itu sangat penting bagi menyediakan tubuh badan untuk aksi hangat kelak.

    Umpama senaman atau regangan sebelum bersukan, ini bakal memudahkan suami memasukkan zakar ke dalam faraj angkara air yang telah keluar dengan banyak selepas terima rangsangan.

    Pun begitu, terlebih buat adegan ini mungkin akan buat faraj isteri jadi terlampau basah sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam fikiran pasangan. Adakah ia perkara yang normal dan bagus?

    Kenapa air banyak ketika bersama #2. Tahap hidrasi

    Pakar menyarankan untuk anda minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar dapat mencapai tahap hidrasi yang baik. Ia juga bakal memberi kesan pada individu khusus wanita.

    Ini kerana cecair yang terlalu banyak di dalam tubuh badan mungkin bakal mempengaruhi kadar air yang keluar dari badan mereka sama ada ketika buang air kecil atau di saat hubungan seks.

    punca air banyak ketika bersama

    Kenapa air banyak ketika bersama #3. Tahap aktiviti

    Badan yang aktif dan cergas bakal memberi kesan yang positif pada tubuh dan dalam masa yang sama membuat sistem perkumuhan serta pembiakan berada dalam kondisi bagus.

    Kesannya, ini turut boleh jadi sebab kenapa air yang keluar itu lebih banyak walau rangsangan dan sentuhan yang dilakukan itu minimum. Mungkin ini juga rahsia untuk mudah capai klimaks.

    #4. Kekerapan seks yang agak tinggi

    Kekerapan hubungan seks yang tinggi juga bakal main peranan penting kerana ia mungkin boleh jadi punca air yang keluar itu lebih banyak kerana tubuh badan sudah terbiasa dengan rangsangan serta sentuhan dari pasangan masing-masing.

    Punca air banyak ketika bersama #5. Faktor usia

    Apabila sudah masuk usia tua, semua wanita akan menopaus dan salah satu daripada tandanya adalah faraj yang kering. Maka, aktiviti seksual bersama suami ketika ini juga akan jadi lebih bermasalah.

    punca air banyak ketika bersama

    Disebabkan itu pula, anda wajar menjalani dan menikmati seks di usia muda sebelum tiba fasa itu!

    Adakah perkara ini normal & bagus untuk kalian?

    Sebenarnya, suami tidak perlu rasa pelik, takut atau khuatir jika air isteri banyak ketika bersama kerana ini adalah perkara normal dan dalam masa yang sama bagus untuk aktiviti di ranjang.

    Alasannya, proses untuk memasukkan zakar ke dalam faraj akan jadi lebih mudah sekali gus akan meminimumkan kesukaran dan kesakitan yang biasa berlaku. Keuntungan adalah pada kalian.

    “Sekiranya sang suami itu turn off dengan faraj isteri yang terlampau basah, maka itu menunjukkan bahawa mereka kurang faham bagaimana tubuh badan wanita berfungsi dan memerlukan lebih banyak didikan dan bacaan tentang pendidikan aspek seksual!“, jelas Pakar Seksologi, Caitlin V. Neal.

    Konklusinya, ada beberapa punca air banyak ketika bersama yang kita semua perlu tahu namun ia tidak perlu dirisaukan kerana ini adalah perkara normal malah bagus untuk seks lebih sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan