backup og meta

Panaskan Aksi Di Ranjang Dengan Posisi 'Cowgirl', Encik Suami Pasti Nak Lagi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 11/10/2022

    Panaskan Aksi Di Ranjang Dengan Posisi 'Cowgirl', Encik Suami Pasti Nak Lagi!

    Ramai orang menggambarkan posisi cowgirl  atau henjut suami sebagai memuaskan, selain memberi ‘kuasa’ kepada pasangan yang berada di atas.

    Posisi seks ini cukup popular dalam kalangan wanita, mungkin kerana memudahkan mereka untuk klimaks!

    Kedudukan ini juga mungkin lebih dikenali sebagai posisi cowgirl. Tetapi, ia turut digelar sebagai kedudukan cowboy, rider, or cowperson untuk individu daripada kesemua orientasi seksual.

    Ingin rancakkan lagi hubungan intim di ranjang? Jom baca kupasan ini dengan lebih lanjut!

    Kedudukan henjut suami, bagaimanakah caranya?

    Sudah tentu, posisi cowgirl memerlukan 2 orang (pasangan). Ia secara umum digambarkan oleh pakar sebagai kedudukan untuk 2 orang, melibatkan 2 jantina berbeza iaitu lelaki dan wanita.

    Namun, dengan aksesori seks yang betul, kedudukan ini boleh dilakukan oleh pasangan daripada orientasi seksual yang lain.

    Posisi ini bakal memerlukan encik suami untuk berbaring dengan kaki yang lurus, sementara anda henjut suami dalam keadaan lutut menghala atas, dengan kaki di sisi pasangan.

    Cowgirl, reverse cowgirl, dan horizontal cowgirl, apakah perbezaannya?

    henjut suami

    Reverse cowgirl dan horizontal cowgirl adalah variasi daripada kedudukan seks cowgirl yang ‘tradisional’.

    Dalam posisi reverse cowgirl, wanita di atas henjut suami sambil menghadap kaki mereka sendiri.

    Menurut Ian Kerner, Ph.D, ia harus dilakukan dengan perlahan kerana sudut dalam posisi ini adalah sedikit tidak natural.

    Pun begitu, kedudukan ini memberi encik suami peluang untuk lebih bersyahwat apabila pemandangan ‘dihiasi’ dengan punggung pasangan mereka.

    Menurut Pendidik Seksualiti yang disahkan, August McLaughlin, jika posisi henjut suami yang tradisional terlalu dalam atau menyakitkan untuk anda, cubalah reverse cowgirl dengan lutut pasangan anda disandarkan.

    Kedudukan ini dapat membantu kerana memberikan anda sesuatu untuk dipegang.

    Untuk posisi horizontal cowgirl, ia dilakukan dengan encik suami berbaring dengan kaki lurus, manakala anda yang di atas memeluknya, seperti dalam posisi cowgirl yang biasa.

    Perbezaannya adalah, pasangan yang berada di atas kemudian perlahan-lahan menurunkan diri mereka sehingga pasangan berada pada paras dada ke dada.

    Mitos tentang posisi henjut suami @ cowgirl

    #1 Lebih ‘nikmat’ untuk golongan lelaki

    Dalam 1 kajian, para penyelidik mendapati bahawa 75% wanita tidak dapat menikmati orgasme dengan hanya melakukan hubungan seksual, dan 83% selalunya memerlukan rangsangan kelentit untuk klimaks.

    Kelentit adalah tisu sensitif yang dapat dirangsang ketika seseorang wanita sedang terangsang.

    Terdapat beberapa cara untuk menyesuaikan kedudukan cowgirl untuk mewujudkan geseran kelentit, lantas memudahkan isteri untuk mencapai klimaks!

    Salah satu cara adalah dengan meminta pasangan untuk merangsang kelentit semasa berada dalam kedudukan ini.

    Isteri yang berada di atas juga boleh bergerak ke depan sehingga kelentitnya menyentuh pelvis pasangan mereka.

    Cara mudah yang lain adalah dengan menggunakan alat permainan seks seperti vibrators atau cincin zakar.

    #2 Orang di atas perlu lebih ‘bekerja keras’

    Semasa dalam posisi cowgirl, encik suami tidak semestinya perlu berdiam diri dan kekal pasif.

    Anda juga boleh mengangkat pinggul atau paha isteri di atas untuk menyokongnya. Dengan ‘bantuan’ ini, isteri di atas juga tidak akan cepat letih!

    Kaedah lain yang boleh dicuba, encik suami memainkan peranan yang lebih aktif dengan membiarkan isteri bersandar pada lengan, kemudian menujah pasangan mengikut keselesaan.

    Cara posisi cowgirl dengan selamat!

    henjut suami

    Kedudukan ini memerlukan tumpuan untuk menjadikan pengalaman itu selamat dan menyeronokkan.

    Di sini, komunikasi memainkan peranan penting! Anda dan pasangan perlu berkomunikasi antara satu sama lain tentang perkara yang mereka selesa sambil memerhatikan risiko kecederaan.

    Seks bersifat psychological, menurut Jurulatih Seks yang disahkan, Layla Martin.

    Berada di atas meletakkan isteri dalam posisi lebih ‘terdedah’, jadi ia mungkin menakutkan bagi sesetengah orang.

    Justeru, cukup penting untuk berkomunikasi dengan pasangan anda jika hendak mencuba kedudukan seks yang baharu.

    Risiko-risiko yang perlu dipertimbangkan!

    Dalam posisi henjut suami ini, ada kemungkinan zakar tergelincir dan terlanggar pelvis atau punggung pasangan, lantas menyebabkan risiko kecederaan!

    Malah, risikonya adalah lebih tinggi jika kalian bersenggama dengan kedudukan reverse cowgirl.

    1 kajian di Brazil mendapati, kira-kira separuh daripada jumlah kes penile fractures mengalami kecederaan tersebut ketika berada dalam posisi cowgirl.

    Perlu anda tahu, zakar tidak mempunyai tulang! Tetapi ketika ereksi, ia mempunyai 2 silinder tisu ereksi yang dipenuhi darah.

    Sekiranya zakar yang sedang menegak dibengkokkan dengan kuat, lapisan luar silinder ini berupaya terkoyak!

    Apabila terkoyak, bunyi ‘pop’ atau retak yang disertai dengan bengkak-bengkak, lebam, perubahan warna, dan rasa sakit boleh berlaku.

    Untuk mengelakkan kecederaan ini menimpa, encik suami boleh memegang pinggul pasangan mereka untuk bantu mengawal penetrasi.

    Isteri yang berada di atas juga boleh fokus pada pergerakan grinding atau rocking, berbanding henjut suami ke atas dan ke bawah.

    Peringatan… Jika posisi ini baharu bagi anda dan pasangan, jangan tergopoh-gapah dan berkomunikasilah untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan rasa nikmat di ranjang, okey?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 11/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan