Betul Ke Guna Pil Perancang Sudah Ketinggalan Dan Satu Kaedah Lama?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/02/2020 . 3 minit bacaan

Menurut laman web Daily Mail, 9 daripada 10 wanita yang ingin menggunakan kaedah kontrasepsi diberikan pil perancang oleh doktor mereka. Persoalannya di sini, adakah pil pencegah kehamilan merupakan alternatif terbaik berbanding dengan metod lain? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

Kaedah lama

Kaedah lama tidak bermaksud ia tidak efektif. Pil perancang telah digunakan sejak bertahun lamanya dan sering menjadi pilihan pasangan untuk merancang kehamilan. Namun di luar sana, terdapat pelbagai jenis teknik pencegah kehamilan yang dapat diberikan kepada mereka yang menginginkannya yang mungkin lebih berkesan atau senang dalam konteks penggunaannya. Mengikut statistik penggunaan kontrasepsi dalam kalangan wanita di UK, 59% daripada mereka tidak berpuas hati dengan apa yang diberikan kepada mereka pada waktu tersebut. Ini berikutan kesan sampingan ubat yang terpaksa ditanggung oleh pengguna dalam mencapai kesan yang diingini seperti mual, kenaikan berat badan dan masalah kesihatan mental.

Kaedah yang lebih baru yang dipanggil sebagai long-acting reversible contraceptives (LARCs) seperti suntikan progesterone dan implan kontrasepsi, dapat memberikan kesan yang lebih efektif dan tidak perlu diambil setiap hari. Ini dapat meningkatkan kepatuhan pengguna terhadap kaedah tersebut dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan penggunaan pil. Kadar keberkesanan pil boleh turun sehingga 91% disebabkan oleh ketidakpatuhan penggunaan dan kesan sampingan seperti muntah dah cirit-birit yang mampu menurunkan keberkesanan ubat tersebut. 

Kemahuan pengguna

Jika dilihat pada konsep pemberian pilihan kontrasepsi, pengguna perlu diberikan pendidikan secukupnya berkaitan pencegahan kehamilan dan kesan sampingannya sebelum mereka boleh membuat pilihan. Ini kerana, pemilihan ini akan menentukan tahap kepatuhan pengguna, seterusnya keberkesanan pil perancang tersebut. Pil perancang telah diperkenalkan 60 tahun yang lalu dan sehingga kini ia merupakan kaedah yang paling tinggi digunakan dalam kalangan wanita di United Kingdom (UK). Adakah ia disebabkan oleh pilihan pesakit itu sendiri ataupun adakah mereka tidak diberikan peluang untuk memilih? 

Terdapat beberapa faktor risiko dan keadaan kesihatan yang boleh mendedahkan pesakit kepada risiko kesan sampingan yang serius. Dalam golongan ini, mereka kebiasaannya tidak akan dipreskribkan dengan pil perancang. Antaranya adalah:

  • Berusia 35 tahun dan keatas serta merokok melebihi 15 puntung sehari
  • Banyak faktor risiko untuk mendapat penyakit jantung seperti usia lanjut, merokok, kencing manis dan hipertensi.
  • Hipertensi (tekanan darah sistolik ≥ 160 mmHg atau diastolik ≥ 100 mmHg)
  • Sejarah angin ahmar
  • Sejarah penyakit jantung
  • Venous thromboembolism
  • Penyakit injap jantung yang kompleks (hipertensi pulmonari, atrial fibrilasi, jangkitan kuman pada jantung)
  • Kanser payudara
  • Penyakit hati yang serius
  • Kanser hati
  • Migrain
  • Kencing manis untuk tempoh masa 20 tahun dan ke atas atau kencing manis bersama masalah mata, buah pinggang dan saraf.

Sebahagian wanita dapat bertahan dengan kesan sampingan sedia ada, namun buat sebahagian lagi, kaedah lain perlu diberikan. Pil perancang boleh menyebabkan kelesuan dan sakit pada bahagian payudara kerana kesan pil tersebut bersifat sistemik (mempengaruhi sistem lain). Disebabkan itulah kebanyakan wanita agak gembira dengan kaedah kontrasepsi implan yang kebiasaannya mensasarkan kesan setempat dan kebiasaannya tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius. Namun, apakah faktor yang menghalang mereka daripada memilih kaedah ini? 

Harga

Harga memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis kontrasepsi. Kebanyakan pil perancang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah berbanding dengan kaedah suntikan atau implan. Doktor perlu menyesuaikan kemahuan pengguna dengan kadar kemampuan mereka untuk mendapatkan bekalan ubat atau penukaran implan pada masa akan datang supaya kesan farmakologikal itu dapat dikekalkan. 

Sebilangan wanita di UK (38%) yang berumur di antara 35 ke 49 tahun tidak menggunakan kaedah kontrasepsi pil, sebaliknya menggunakan teknik kontrasepsi ritma seperti mengira waktu subur dan waktu tidak subur. Ini berikutan ketidakmampuan untuk memberikan komitmen kewangan terhadap kaedah implan yang kian mahal. Mereka juga tidak mahu menanggung kesan sampingan dan komitmen harian untuk mengambil pil perancang.

Konklusi

Walaupun terdapat pelbagai jenis kaedah untuk mencegah kehamilan, pilihan anda merupakan faktor penting yang akan menentukan jenis kaedah kontrasepsi yang akan anda gunakan. Tanyalah kepada doktor anda berkenaan dengan pilihan kontrasepsi yang ada dan pastikan anda faham berkenaan dengannya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ambil Perhatian! Susah Nak Telan Makanan Mungkin Petanda Kanser Esofagus

    Masalah susah menelan tidak boleh dipandang ringan. Bergantung kepada simptom dan faktor risiko, ia mungkin petanda awal anda mempunyai kanser esofagus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

    Pil perancang kehamilan dikatakan mempunyai kesan sampingan termasuklah meningkatkan saiz payudara. Betul ke ni? Jom klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

    Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    Cara Mudah Rancang Keluarga- Tampal Perancang Patch, Tapi Bukan Semua Wanita Boleh Pakai Tau!

    Kebanyakan pengguna perancang keluarga akan memilih kaedah yang selesa, mampu dibeli dan berkesan dalam mencegah kehamilan serta penyakit kelamin.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    suntikan depo

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    puting payudara

    Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang

    Sedang Merancang Keluarga? Ini Cara Ambil Pil Perancang, Bukan Boleh Main Makan Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan