Rawatan Terbaru Ejakulasi Pramatang Guna “Pelekat Ajaib” – Berani Cuba?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/07/2020 . 4 minit bacaan

Bagi lelaki, kekuatan dan ketahanan batin adalah lambang kejantanan. Disebabkan itu, ramai kaum Adam malu untuk mengaku jika mereka ada masalah dalam kehidupan seks bersama isteri.

Lebih-lebih lagi jika mereka sering ‘tewas awal’ semasa ‘projek’ dengan isteri dek kerana masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi.

Persoalannya, adakah terdapat sebarang rawatan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah ini?

Ejakulasi pramatang, kondisi yang membimbangkan lelaki

Sebelum itu, wajar untuk kita tahu serba sedikit terlebih dahulu mengenai kondisi sangat yang membimbangkan lelaki ini.

Buat anda yang belum tahu, ejakulasi pramatang merujuk kepada kecenderungan seseorang lelaki itu untuk mengalami ejakulasi atau terkeluar air mani dengan terlalu cepat atau dalam bahasa yang lebih mudahnya, pancut awal.

Secara umumnya, kondisi pancut awal ini adalah masalah seks yang paling banyak berlaku kepada kaum Adam.

Ia mungkin akan berlaku kepada lelaki dari semua peringkat umur (18 hingga 59 tahun. Apakah simptomnya?

Paling jelas, seseorang lelaki yang mengalami kondisi ini akan mencapai klimaks kurang dari seminit semasa melakukan hubungan intim.

Selain itu, masalah ejakulasi pramatang dikaitkan dengan dua faktor utama, iaitu faktor biologi dan psikologi. Berikut adalah huraiannya:

Faktor biologi

  • Masalah sistem saraf
  • Masalah tiroid
  • Paras hormon tidak seimbang
  • Paras serotonin yang rendah
  • Kondisi sistem ejakulatori yang tidak normal
  • Keradangan atau infeksi pada organ reproduktif, khususnya pada prostat atau uretra
  • Diabetes dan/atau penyakit jantung
  • Pengaruh ubat atau dadah

Faktor psikologi

  • Keresahan mengenai masalah prestasi seksual atau masalah hidup yang lain. Lelaki yang kerap berfikir mengenai apa-apa sahaja masalah dalam hidup akan jadi punca stimulasi berlebihan berlaku pada tubuh badan mereka, sekali gus mendorong kondisi ejakulasi pramatang.
  • Kerisauan terhadap disfungsi erektil. Lelaki yang sering risau bahawa mereka tidak mampu mendapatkan atau mengekalkan ereksi dalam jangka masa yang lama akan tergesa-gesa memberikan rangsangan terhadap zakar sehingga menyebabkan kondisi ejakulasi pramatang.
  • Pengalaman seksual zaman silam yang membabitkan elemen keresahan, kerisauan, keseronokan dan keperluan untuk melakukannya dengan cepat untuk mengelakkan diri dari ditangkap. Ia akan jadi punca lelaki tidak dapat menahan atau memperlahankan rentak ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan setelah berkahwin. Akibatnya, kondisi ini mungkin akan berlaku.

Anda tidak keseorangan!

Jika anda adalah seorang lelaki yang mengalami kondisi ini, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. Malahan itu, ramai lagi kaum Adam yang mengalaminya dan terlalu malu untuk mengakuinya.

Jadi, jangan sesekali berasa kecil diri kerana masalah ini sangat kerap berlaku dan selalunya, ia tidak kekal dan boleh dirawat. Persoalannya, apakah rawatannya?

Rawatan kondisi ejakulasi pramatang

Kini, dikatakan masalah ejakulasi pramatang boleh dirawat dengan menggunakan sejenis pelekat yang dijana kuasa oleh bateri.

Pelekat ini dicipta dengan saiz kira-kira 1 inci persegi bagi memudahkan ia ditampal pada perineum – bahagian di antara anus dan skrotum.

Tujuannya? Ia dikatakan mampu mengurangkan aktiviti otot pelvis yang seterusnya akan jadi punca ejakulasi pramatang.

Seperti yang sudah diterangkan di atas, masalah pancut awal ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu biologi dan psikologi.

Namun, sebab ia berlaku adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri dan mungkin ada sebab lain yang belum diketahui.

Disebabkan itu, rawatan sedia ada seperti selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), yang menggalakkan kehadiran serotonin seperti sertraline dan fluoxetine mungkin tidak begitu berkesan bagi beberapa individu.

Selain ubat-ubatan yang boleh menambah serotonin dan hormon dalam tubuh badan, terdapat juga krim dan spray seperti lidocaine yang boleh membantu mengurangkan tahap sensitiviti pada zakar.

Namun, ia mungkin masih belum cukup untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang menjadi punca kondisi ejakulasi pramatang. Jadi, apakah alternatif yang ada?

Pelekat ajaib untuk lelaki

Pelekat ini dicipta untuk ditampal pada otot bahagian bawah zakar – bulbospongiosus, yang berfungsi mengawal pengeluaran air mani semasa ejakulasi.

Pelekat pakai buang ini perlu digunakan 10 minit sebelum melakukan hubungan kelamin.

Cara ia berfungsi adalah dengan menyalurkan rangsangan elektrik yang ringan ke dalam otot yang diperkatakan.

Secara teorinya, rangsangan elektrik ini akan memastikan otot pada bahagian sekitar zakar kekal berkontraksi selama beberapa minit.

Jadi, ia mungkin dapat membantu menghalang ejakulasi berlaku terlalu cepat. Apa yang menariknya, tahap kekuatan rangsangan ini boleh dikawal melalui aplikasi dari telefon pintar anda.

Namun, ia sudah tentu sahaja memerlukan bukti dan testimoni untuk memastikannya benar-benar berkesan terlebih dahulu sebelum dipasarkan, bukan?

Menurut kajian yang dijalankan pada 2019 oleh International Journal of Impotence Research terhadap 20 lelaki, produk ini dikatakan memang mempunyai keupayaan untuk membuat seseorang lelaki itu tahan lebih lama semasa melakukan hubungan seks.

Menurut kajian itu lagi, penggunaan produk ini akan membuat lelaki memanjangkan tempoh seks sebelum mencapai klimaks atau ejakulasi sebanyak 3.5 kali ganda. Namun, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk memastikannya benar-benar berkesan untuk dijual di dalam pasaran kelak.

ejakulasi pramatang

Alternatif lain yang boleh digunakan

Ada orang yang takut untuk mengambil perubatan atau memakai peralatan semata-mata ingin meningkatkan kemampuan seks mereka. Jadi, apakah alternatif lain yang boleh anda dan pasangan guna semasa melakukan hubungan seks untuk mengelakkan kondisi ejakulasi pramatang?

#1. Teknik berhenti seketika

Kondisi ejakulasi pramatang mungkin boleh dielakkan dengan teknik berhenti seketika semasa sedang melakukan seks dan kemudian mulakan semula setelah rasa klimaks itu telah hilang. Caranya, suami perlu keluarkan zakar seketika atau berdiam diri tanpa sebarang pergerakan ketika sedang melakukan penetrasi ke dalam faraj. Apabila rasa ingin terpancut air mani itu telah hilang, boleh sambung kembali ‘projek’ anda itu, ya?

#2. Teknik kemutan faraj

Mesti ramai daripada kalangan anda pernah mendengarnya tapi tidak mengetahuinya dengan lebih mendalam bukan? Untuk pengetahuan anda, teknik ini dilakukan dengan cara isteri perlu kemutkan faraj mereka dengan sekuat mungkin semasa suami sudah hendak terkeluar air mani. Selepas rasa ingin klimaks itu berhenti, baru sambung semula seperti biasa. Percaya atau tidak, ia mungkin boleh membantu mengelakkan ejakulasi pramatang!

#3. Teknik penggunaan kondom

Kondom sememangnya mampu mengurangkan stimulasi ke atas zakar, lantas menyebabkan mereka mampu tahan lebih lama.

#4. Teknik penggunaan pelincir

Berfungsi agak sama seperti kondom, pelincir penyahpekaan (desensitising lubricant) mengandungi anestetik ringan yang boleh mengebaskan zakar.

Jadi, tiada lagi alasan untuk anda tewas awal!

Konklusi

Kesimpulannya, sudah terdapat banyak rawatan untuk merawat kondisi ejakulasi pramatang. Namun, keberkesanannya adalah berbeza bergantung kepada individu. Sebaiknya, bawa diri anda berjumpa doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik buat anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

    Pernahkah anda terfikir bahawa apa perlu dibuat jika berlaku situasi suami isteri bersetubuh dan terkantoi dengan anak? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Bahagian Faraj? Bahaya! Anda Mungkin Alami Vulvitis, Radang Pada Bibir Kemaluan Wanita

    Penyakit vulvitis merupakan salah satu masalah melanda kaum Hawa. Artikel ini bakal mengupas masalah di bahagian faraj, iaitu vulva dengan lebih mendalam.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    “Saya Positif Hepatitis B, Bolehkah Berkahwin?” Sebelum Teruskan, Baca Ini Dulu!

    Umum sudah tahu bahawa hepatitis b adalah penyakit yang berbahaya. Persoalannya, bolehkah penderita berkahwin? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

    Isteri Ada Masalah Sukar Terangsang Ketika Seks? Mungkin Boleh Cuba Urutan ‘Yoni’ Ini!

    Adakah anda sebagai wanita ada masalah sukar terangsang ketika beraksi di ranjang? Sudah cuba buat urutan yoni? Jika belum, klik artikel ini untuk belajar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    urutan batin lelaki

    Pernah Dengar Urutan Prostat? Katanya Ada Banyak Manfaat, Bukan Sekadar Bagus Untuk Seks Rupanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    tips seks

    Terangsang Bila Pasangan Bisik Nama Anda Ketika Beraksi? Ini Sebabnya Perlu Buat Lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    definisi hubungan seksual

    Kajian Kata Ada Banyak Sebab Individu Bersenggama, Rupa-rupanya Bukan Hanya Sekadar Tuntutan Nafsu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
    hari belia antarabangsa

    Dianggap Lemah & Lesu, Kenapa Ramai Orang Muda Sekarang Perlukan Bantuan Seksual?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan