backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Urut Batin Sebelum Kahwin, Ini 8 Pro Dan Kontra Buat Kaum Lelaki!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/04/2022

    Urut Batin Sebelum Kahwin, Ini 8 Pro Dan Kontra Buat Kaum Lelaki!

    Adakah anda perasan jika lelaki sangat gemar untuk urut zakar mereka apabila mahu berkahwin? Katanya, ia mampu memberikan kepuasan yang maksimum di kamar tidur.

    Benarkah? Sebenarnya, urut batin untuk lelaki itu bukan sahaja biasa dilakukan sebelum kahwin, malah selepas kahwin juga agar senjata mereka tidak mudah tewas.

    Jika anda ingin tahu apa manfaat serta mudarat mengurut zakar, maka artikel ini tepat untuk anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Apa maksud urut batin untuk lelaki?

    Untuk pengetahuan anda semua, amalan mengurut zakar ini sudah dilakukan dari zaman dahulu lagi dalam usaha untuk menyemarakkan lagi hubungan intim dengan pasangan.

    Sebenarnya, urutan yang turut dikenali dengan nama jelqing dalam istilah saintifik ini dilakukan dengan cara mengurut alat sulit lelaki pada bahagian batang dan buah zakar.

    Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meningkatkan kebesaran, kepanjangan dan ketahanan senjata orang lelaki ini, sekali gus memberikan kepuasan seksual yang maksimum.

    urut zakar

    Metode urutan zakar biasa dilakukan oleh lelaki bersama dengan tukang urut batin yang bertauliah kerana ia agak sukar dibuat secara sendiri ataupun dengan pasangan yang tiada ilmu.

    Persoalannya, apakah antara manfaat serta mudarat urut batin untuk lelaki? Ini jawapan kami.

    Manfaat urut zakar untuk lelaki!

    Tidak hairan jika lelaki kerap urut zakar mereka kerana ia punya banyak manfaat seperti berikut:

    #1. Membantu merawat masalah ereksi

    Lelaki yang tidak mampu untuk memulakan atau mengekalkan ereksi tinggi risiko mengalami kondisi disfungsi ereksi atau mati pucuk. Urutan mungkin boleh merawatnya.

    Pun begitu, ia tidak wajar untuk dijadikan sandaran rawatan yang utama ya. Anda mungkin masih perlu mengambil ubatan dan rawatan klinikal daripada doktor atau pakar.

    #2. Membantu merawat masalah ejakulasi

    Masalah ejakulasi seperti ejakulasi dengan rasa sakit atau pramatang sudah tentu akan beri kesan yang buruk kepada aktiviti seksual di kamar tidur bersama dengan pasangan.

    Dengan urut batin untuk lelaki juga, maka ejakulasi air mani daripada alat sulit mungkin akan jadi lebih lancar dan kuat sekali gus memudahkan usaha anda untuk cuba hamil.

    urut zakar

    #3. Membantu merawat masalah prostat

    Selain prestasi seksual, urutan zakar juga boleh bawa manfaat terhadap kelenjar prostat lelaki. Jika anda belum tahu, kelenjar ini juga penting untuk kesihatan seksual lelaki.

    Antara masalah yang dipercayai mampu untuk sembuh melalui urutan ini adalah prostatitis, infeksi prostat dan bengkak prostat namun ia tidak membantu dalam merawat kanser prostat.

    #4. Membantu merawat masalah salur dan air kencing

    Bukan itu sahaja, urutan zakar lelaki juga mampu untuk membantu merawat masalah salur dan air kencing. Ia juga secara tidak langsung boleh beri kesan kepada aktiviti seksual.

    Wujud banyak masalah yang biasa terjadi dalam sistem perkumuhan termasuk jangkitan bakteria, kencing kotor, kencing tersumbat ataupun pundi kencing terlalu lemah (OAB).

    Manfaat urut zakar #5. Tahan lebih lama

    Tiada manfaat urut batin untuk lelaki yang lebih penting berbanding tahan lebih lama di ranjang. Namun, ia mungkin hanya satu bentuk ikhtiar yang perlu untuk diselaraskan dengan cara jaga makan, gaya hidup serta tahap kesihatan diri lelaki itu sendiri.

    Mudarat urut zakar untuk lelaki!

    Apa yang agak membimbangkan, urut batin untuk lelaki ini juga turut hadir bersama beberapa kesan sampingan berbahaya apabila ia dilakukan dengan cara yang tidak betul.

    Ini kerana ramai juga daripada individu atau premis yang menawarkan khidmat urut zakar ini tidak berdaftar atau bertauliah dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    urut zakar

    Apabila salah cara, maka mungkin akan berlaku kesan sampingan akibat urutan seperti berikut:

    • Kerosakan kekal pada zakar – Urutan dengan cara sentuhan, geseran, gosokan atau hentakan yang salah boleh jadi punca kerosakan kekal pada zakar. Adakah anda mahu kondisi mati pucuk itu berlaku hanya kerana mengurut zakar dengan mereka yang mahu kaut keuntungan?
    • Jangkitan penyakit kelamin – Anda juga berdepan risiko jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes, trikomoniasis, gonorea, HIV/AIDS dan lain-lain angkara faktor kebersihan dan keselamatan seksual yang dipandang sangat remeh
    • Tindakan pengamal undang-undang – Anda turut berdepan risiko tindakan pengamal undang-undang di Malaysia. Di negara kita, pemberi dan penerima urutan zakar yang tidak sah mungkin boleh dikenakan hukuman kompaun serta penjara

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan