home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Zakar Terlalu Besar? Bertenang, Lakukan 4 Cara Ini Agar Dapat Enjoy Seks!!!

Zakar Terlalu Besar? Bertenang, Lakukan 4 Cara Ini Agar Dapat Enjoy Seks!!!

Johan adalah seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang berjaya dalam kerjaya dan memiliki raut wajah yang agak tampan. Namun, dia masih belum bersedia mendirikan rumah tangga kerana terdapat satu kebimbangan yang sering menghantui fikirannya kerana dia mempunyai zakar yang besar!

Walaupun ia kedengaran seperti sesuatu yang seharusnya dibanggakan oleh mana-mana lelaki, dia risau jika itu akan menyebabkannya tidak mampu menjalani kehidupan seks yang normal apabila berkahwin kelak. Mengikut logik akal, kebimbangannya ini ada sebabnya juga bukan?

Rasanya, bukan Johan seorang sahaja yang mengalami masalah ini. Akan tetapi, ia tidak sepatutnya menjadi satu kerisauan sehingga anda jadi takut untuk berkahwin. Sebenarnya, ada cara lelaki dengan zakar besar boleh menikmati seks! Jom sama-sama kita ikuti artikel kalau ingin tahu caranya.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Apa saiz zakar yang normal?

kesilapan seks lelaki

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu mengenai saiz alat kemaluan lelaki yang normal terlebih dahulu.

Ini adalah fakta yang menarik untuk anda. Tahukah anda bahawa saiz alat kemaluan lelaki yang normal adalah 5.2 inci panjang dan 4.6 inci diameter apabila mengalami ereksi ? Ini adalah menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2015 terhadap kira-kira 15,000 lelaki.

Akan tetapi, kita perlu tahu bahawa manusia terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik lantas membezakan fizikal kita secara lahiriahnya. Jadi, ukuran ini sebenarnya tidak boleh digunakan sebagai penanda saiz alat kemaluan yang normal atau tidak.

Sebenarnya, anda sendiri boleh menentukan sama ada saiz alat kemaluan anda terlalu besar, normal atau terlalu kecil. Pun begitu, tiada apa yang perlu anda risaukan dengan saiz kerana walau apapun saiz zakar anda, pasti ada cara untuk menikmati seks bersama pasangan.

Bagaimana lelaki dengan zakar besar boleh menikmati seks?

zakar

Menurut Dr Jennifer Landa, pakar kesihatan seksual yang berpangkalan di BodyLogicMD, Orlanda Florida, lelaki yang mempunyai alat kemaluan yang besar juga boleh menikmati seks yang sihat dan sejahtera. Berikut merupakan rahsianya:

#1. Lebihkan masa untuk adegan ringan-ringan

Perbuatan seperti berpeluk, bercium, bersentuhan atau seks oral akan membuat pasangan wanita anda lebih terangsang sekali gus ‘membasahkan’ faraj mereka.

Dengan ini, penetrasi akan lebih mudah dilakukan kelak meskipun saiz alat kemaluan anda terlalu besar. Jadi, ajak pasangan anda untuk bermanja-manja sebelum hidangan utama.

#2. Gunakan alat pelincir ketika bersenggama

Seperti mana yang kita semua tahu, zakar yang terlalu besar akan menyebabkan kesukaran ketika proses penetrasi walaupun faraj pasangan anda sudah basah sepenuhnya.

Jadi, penggunaan alat pelincir sangat membantu. Anda boleh gunakan alat pelincir yang diperbuat dari bahan alami seperti minyak kelapa untuk mendapatkan aura yang semula jadi.

#3. Pastikan saiz kondom sesuai dengan zakar

Lelaki yang mempunyai alat kemaluan bersaiz besar perlu tahu saiz kondom anda. Anda sudah pasti tidak mahu zakar anda berasa ‘tercekik’ akibat saiz kondom yang terlalu ketat bukan?

Jadi, sila pilih saiz kondom yang sesuai agar ia tidak mudah koyak atau bocor ketika proses penetrasi anda dan pasangan sedang giat berlangsung ya!

#4. Lakukan posisi seks yang tidak memberi tekanan

Apa maksudnya? Sebagai lelaki dengan saiz alat kemaluan yang besar, anda dan pasangan perlu melakukan posisi seks yang tidak memberi tekanan kepada wanita. Apa yang boleh dibuat adalah biarkan pasangan wanita anda yang mengawal proses penetrasi. Antara posisi yang sesuai untuk dilakukan adalah:

  • Woman on top
  • Reverse cowgirl

Pun begitu, ia tidak bermakna anda dan pasangan tidak boleh melakukan posisi lain seperti missionary, spooning, doggy style dan lain-lain.

Cuma, anda mungkin perlu lebih ‘lembut’ dalam melakukan penetrasi agar pasangan anda tidak terlalu tertekan dengan tusukan padu dari alat kemaluan anda yang bersaiz besar.

Jangan bimbang, kalian masih boleh buat seks!

Dalam erti kata lain, Johan dan lelaki lain yang mempunyai zakar bersaiz besar tidak perlu terlalu bimbang dengannya sehingga menangguhkan niat anda untuk berkahwin dan melakukan hubungan seks.

Sebaliknya, anda perlu bersyukur dengan apa yang anda ada. Cuma, jangan terlalu berbangga sehingga terlupa untuk berlembut dengan pasangan ketika berasmara pula nanti.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.health.com/sexual-health/partner-has-big-penis

https://www.refinery29.com/en-us/big-penis-sex-positions

https://www.thesun.co.uk/news/11992474/best-penis-size-woman-orgasm-revealed-8-tips-bigger/

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 25/02/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x