backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

5 Punca Bintik Merah Di Kemaluan Lelaki! Jaga-jaga, Ada Yang Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    5 Punca Bintik Merah Di Kemaluan Lelaki! Jaga-jaga, Ada Yang Bahaya!

    Kaum Adam sudah tentu akan mula rasa panik dan takut apabila berlaku kondisi kemerahan pada zakar terutama jika ia terjadi tanpa tahu apa punca bintik merah di kemaluan lelaki yang sebenar.

    Sama juga dengan bahagian kulit tubuh badan lain, zakar lelaki juga boleh berubah warna daripada asal kepada merah disebabkan oleh beberapa punca yang anda mungkin tidak sedar.

    Persoalannya, bagaimana kemerahan pada zakar boleh terjadi? Jom terus baca artikel ini!

    Apa punca bintik merah di kemaluan lelaki?

    Apabila zakar lelaki mulai memerah dan meruam, itu petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada alat sulit sama ada ia disebabkan oleh tabiat buruk atau kondisi kesihatan.

    Pun begitu, tidak semua punca perubahan pada kulit alat kelamin lelaki ini adalah disebabkan oleh masalah yang serius. Disebabkan itu, sila segera jumpa doktor untuk lebih kepastian.

    Berikut adalah antara punca bintik merah di kemaluan lelaki yang biasa berlaku pada individu:

    #1. Tabiat onani

    punca bintik merah di kemaluan lelaki

    Mungkin akan ada pendapat yang kata onani itu bagus ekoran kepercayaan ia mampu untuk mengurangkan risiko kanser prostat atau depresi, namun ketahuilah ada lebih banyak buruk daripada baiknya.

    Sekiranya tabiat ini dilakukan dengan kerap, contohnya 5 ke 6 kali sehari selama banyak minggu, maka tidak hairan jika alat sulit lelaki itu mudah untuk merengsa dan meradang.

    Menurut Pakar Urologi, Dr Seth Cohen dari NYU Langone Health di Amerika, iritasi akibat onani itu adalah antara punca bintik merah di kemaluan lelaki terjadi, sehingga ada yang menjadi ruam, mengering dan melecet.

    Maka dengan itu, anda mungkin perlu fikir banyak kali sebelum melakukan tabiat ini kerana kesihatan alat sulit adalah jauh lebih penting berbanding kepuasan nafsu syahwat.

    Punca bintik merah di kemaluan lelaki #2. Tinea cruris

    Untuk pengetahuan anda semua, kondisi yang turut dikenali dengan nama jock itch ini adalah akibat infeksi kulat angkara penggunaan pakaian dalam yang basah atau lembap.

    Pakaian dalam yang basah atau lembap gara-gara air atau peluh ini mungkin akan menyediakan habitat untuk kulat seperti Trichophyton rubrum dan Epidermophyton floccosum. 

    Akibatnya, kulit zakar lelaki atau kawasan celah kelangkang, paha, perut dan lain-lain akan mula memerah, meruam, mengelupas serta mengakibatkan rasa sakit pada permukaan.

    Terdapat juga faktor risiko lain yang akan meningkatkan risiko penyakit ini yakni obesiti, diabetes, gangguan kelenjar peluh (hiperhidrosis) atau penggunaan ubat steroid topikal.

    punca bintik merah di kemaluan lelaki

    Punca zakar merah #3. Dermatitis

    Dermatitis jenis kontak adalah sejenis kondisi yang boleh jadi punca masalah pada kulit selepas terdedah kepada lingkungan alergen penyebab alergi atau iritan penyebab iritasi.

    Apabila anasir-anasir ini bertemu dengan kulit mereka yang lemah sistem imunisasi, maka akan berlaku kerengsaan, keradangan, kegatalan dan kemerahan angkara dermatitis.

    Tidak hanya pada kulit tubuh badan, kemerahan pada kemaluan lelaki juga mungkin boleh terjadi akibat penggunaan produk seperti sabun, losyen, kondom atau bahan tidak sesuai.

    Sama seperti dermatitis yang terjadi pada kulit anggota badan lain, kondisi ini boleh dirawat dan dielak dengan menghindar dari terdedah kepada zat pemicu alergen dan iritan.

    Punca zakar lelaki merah #4. Balanitis

    Balanitis adalah sejenis penyakit yang mungkin akan jadi punca kepala zakar lelaki itu membesar dan membengkak akibat kulup zakar mengalami masalah kulit agak serius.

    Cenderung berlaku kepada mereka yang tidak bersunat, ia adalah disebabkan oleh infeksi kuman atau bakteria yang hidup di dalam kulup akibat tidak jaga kebersihan alat kelamin.

    Selain itu juga, balanitis ini turut diakibatkan oleh penggunaan sabun, losen atau sebarang alat pencuci serta pewangi yang boleh membuat kulit zakar mengalami kekeringan.

    Untuk mengelakkan kondisi ini daripada terus terjadi, anda mungkin akan ada dua pilihan yang mudah sama ada untuk menjaga dan mencuci alat sulit dengan baik atau berkhatan.

    punca bintik merah di kemaluan lelaki

    #5. Infeksi yis, punca bintik merah di kemaluan lelaki

    Selain kulat, kuman dan bakteria, ada satu lagi penyebab infeksi pada zakar lelaki yang lain yakni yis. Candida albicans adalah jenis yis yang boleh menyerang alat kelamin lelaki.

    Apabila diserang kondisi yang dikenali dengan nama kandidiasis ini, maka akan berlaku kemerahan pada zakar lelaki disertai dengan rasa gatal, sakit atau bau yang kurang enak.

    Sama seperti jangkitan pada alat sulit yang lain, kondisi ini turut disebabkan oleh kekurangan dalam aspek penjagaan alat kelamin terutamanya pada bahagian kulup yang tertutup.

    Dalam pada itu, hubungan seksual yang tidak sihat bersama pasangan sudah sedia terjangkiti infeksi ini juga merupakan antara faktor risiko berlakunya infeksi yis kepada anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan