Jangan Main Sarung Saja! Ini Cara Betul Guna Kondom, Baru Enjoy Masa Beraksi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Kondom adalah cara untuk mencegah kehamilan. Tetapi kalau salah pakai, ia tidak berkesan. Haa…ini cara pakai kondom yang patut anda tahu. Jangan tersilap!

Kondom bantu mencegah kehamilan

Penggunaan kondom 1 kaedah terbaik yang berfungsi sebagai pelindungan diri. Ia adalah salah satu bentuk kawalan kelahiran yang paling mudah dan biasa digunakan. 

Kondom juga cara paling popular bagi mencegah jangkitan penyakit kelamin (STD).

Menggunakan kondom dengan betul setiap kali anda melakukan hubungan seks adalah 1 cara untuk mengurangkan risiko kehamilan dan penyakit STD.

Malahan, melalui cara pakai kondom yang betul dan konsisten, anda boleh mencapai sehingga 98% keberkesanan untuk mencegah kehamilan. 

2 jenis kondom

Umumnya terdapat 2 jenis kondom:

Sudah tentu kondom yang popular dan mudah didapati adalah kondom untuk lelaki. Ia perlu diletakkan pada zakar yang tegang sebelum aksi bersetubuh bermula.

Anda mungkin tidak pernah melihat atau langsung tidak pernah tahu tentang kewujudannya, tetapi kondom wanita sememangnya ada.

Bagi cara penggunaannya pula, ia perlu diletakkan di dalam saluran faraj dan boleh dimasukkan beberapa jam sebelum bersama pasangan.

Di sini, anda boleh mengetahui cara penggunaan kondom wanita yang betul. Tetapi bagaimana pula cara pakai kondom lelaki?

Tip cara pakai kondom lelaki yang betul

Untuk memastikan langkah pencegahan kehamilan berkesan, anda perlu memakai kondom saat zakar mengalami ereksi. 

Tetapi pastikan zakar anda tidak menyentuh kawasan kemaluan pasangan – vulva, faraj, anal, punggung atau bahagaian paha atas jika anda belum memakai alat pencegah kehamilan ini.

Atau anda mungkin berdepan dengan kemungkinan berlakunya kehamilan mengejut, sedangkan kalian berdua masih belum bersedia untuk menimang zuriat.

Berikut 7 langkah cara pakai kondom yang betul bagi mencegah kehamilan.

mencegah kehamilan

  1. Kondom mampu bertahan lama. Tetapi sebelum menggunakannya, pastikan anda menyemak tarikh luput yang dicetak pada pembungkus atau kotak. Pastikan anda mengoyakkan pembalut kondom dengan berhati-hati agar alat ini tidak terjejas. Elak menggunakan gigi atau gunting.
  2. Pastikan kondom tersedia untuk digulungkan dengan cara yang betul. Gelung kondom patut berada di luar dan kelihatan seperti topi kecil. Anda boleh lepaskan gulungnya sedikit bagi memastikan ia berada pada kedudukan luar-dalam yang betul. Jika sudah pakai dalam keadaan terbalik, tanggalkan dan gunakan yang baru. Jangan guna semula!
  3. Pegang bahagian hujung kondom dan letakkan pada kepala zakar. Tinggalkan sedikit ruang pada bahagian atas sebagai tempat mengumpulkan air mani.
  4. Untuk cara pakai kondom yang betul, buka gulungan kondom ke bawah batang zakar hingga ke pangkal. Jika perlu titikkan beberapa titis pelincir, sama ada berasaskan air atau silikon pada bahagian hujung kondom sebelum membuka gulungan. Boleh juga tambah pelincir pada bahagian luar kondom selepas memakainya pada zakar. Penggunaan pelincir menjadikan aktiviti seks lebih baik dan mencegah kondom daripada terkoyak.
  5. Nikmati seks anda dengan pelbagai posisi kegemaran kalian!
  6. Selepas ejakulasi, pegang tepi bahagian kondom dan tarik zakar daripada faraj pasangan. Anda perlu menarik zakar keluar sebelum ia menjadi lembut dan tidak tegang. Ini kerana ia berisiko menjadikan kondom longgar dan air mani boleh keluar.
  7. Tarik kondom dengan berhati-hati. Pastikan anda berada jauh daripada pasangan agar tidak berlaku pertumpahan air mani. Buangkan kondom di dalam tong sampah. Jangan buang di dalam tandas atau boleh berlaku penyumbatan!

cara-pakai-kondom-lelaki-dengan-betul

Cara pakai kondom betul – jangan guna semula

Walaupun anda tahu cara pemakaian kondom yang betul, tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda mengguna semula kondom yang telah digunakan.

Gunakan kondom yang baharu setiap kali anda ingin bersama pasangan. Bahkan jika ingin bertukar aksi seks, daripada seks anal kepada seks faraj, pastikan anda menukar kondom.

Malahan jika kondom itu masih baru tetapi sudah melepasi tarikh luputnya, jangan berani mengambil risiko untuk memakainya.

Ini kerana ia meningkatkan kemungkinan untuk berlaku kehamilan.

Jika zakar hilang ereksi atau menjadi kurang tegang semasa memakai kondom, ia adalah 1 perkara biasa.

Seandainya anda melalui situasi tersebut, tanggalkan kondom tersebut. Apabila zakar kembali tegang, gunakan kondom baharu.

Berlatih… 

Kalau anda tidak pernah menggunakan kondom sebelum ini, pastikan anda berlatih cara pakai kondom terlebih dahulu sebelum melakukan seks sebenar.

Anda boleh berlatih meletakkan kondom pada zakar, pisang mahupun timun atau sebarang bentuk yang hampir sama dengan zakar. 

Malahan mainan seks seperti vibrator juga boleh digunakan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selamat Ke Guna Pelincir Semula Jadi Bila Bersetubuh? Nak Tahu, Baca Ini Dulu

Nak guna baby oil sebagai pelincir seks ketika melakukan hubungan intim? Apa kata anda baca artikel ini dahulu, ada pelincir semula jadi bahaya digunakan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

Mengapa hubungan seksual yang diinginkan perlu mendapatkan persetujuan bersama pasangan anda? Apakah kesan aktiviti seks paksa jika ia diteruskan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Ini Kesan Suami Terlalu Cepat Terlepas Ketika Bersetubuh! Boleh Juga Jejaskan Kesuburan?

Ramai lelaki alami isu pancutan air mani pramatang namun malu, takut atau ego untuk mengakuinya. Hati-hati, ejakulasi pramatang boleh jejaskan kesuburan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

keluar air mani

Tahan Air Mani Daripada Keluar, Ada Kesan Ke Pada Kaum Adam? Ini Yang Anda MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
hubungan kelamin

Ingatkan Seks Hanya Bagi Manfaat, Rupanya Ada Kesan Sampingan Juga! No 4 Tu Kena Hati-hati!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/06/2020 . 3 minit bacaan
penyebab ereksi

Penis Naik Susah Nak Turun, Adakah Tanda Penyakit? Buat 5 Perkara Ini Jika Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 16/06/2020 . 3 minit bacaan
fungsi-bulu-kemaluan

Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/06/2020 . 3 minit bacaan