Dalam Seminggu, Berapa Kali Anda Perlu Berjimak? Sekali Seminggu Normal Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/04/2020 . 4 minit bacaan

“Berapa kali seks untuk seminggu perlu buat ya?”. Persoalan sebegini pasti akan wujud dalam fikiran mana-mana pasangan suami isteri.

Adakah sekali seminggu sudah memadai? Adakah perlu kurang atau lebih daripada jumlah itu? Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya!

Kepentingan seks terhadap pasangan suami isteri

Dalam kehidupan berumah tangga, tiada apa yang lebih penting daripada perasaan cinta, rindu, bahagia dan kasih sayang. Persoalannya, bagaimana untuk mengecapi semua ini? Mudah sahaja, sudah tentulah dengan kehidupan seks yang sihat dan sejahtera.

Setiap pasangan perlu melakukan hubungan intim bagi memenuhi keperluan dan kemahuan seksual masing-masing. Dalam pada itu, aktiviti inilah yang akan merapatkan lagi perhubungan di antara suami dan isteri. Tanpanya, tiada ertinya pertalian anda berdua.

Cuba bayangkan kehidupan anda dan pasangan di bawah satu bumbung, di dalam satu bilik, dan di atas satu katil, namun tiada apa yang anda berdua lakukan kecuali tidur. Ya, ia satu kerugian yang kemudian akan menjejaskan keharmonian hidup dalam rumah tangga.

Jadi, usah bertangguh dan beralasan lagi. Sila berbincang bersama pasangan tentang aktiviti seks anda berdua ya? 

Namun, adakah kalian tahu berapa kali seks untuk seminggu yang suami isteri perlu buat? Jika tidak, teruskan membaca!

Berapa kali seks untuk seminggu yang normal buat suami isteri?

berapa kali seks untuk seminggu

Jelas Dr. Logan Levkoff yang merupakan seorang Pakar Seks dari New York University, sebenarnya tiada jumlah yang normal untuk melakukan seks dalam seminggu kerana setiap perhubungan adalah berbeza bergantung kepada individu masing-masing.

Dalam erti kata yang lain, istilah ‘normal’ itu sendiri perlu difahami oleh anda dan pasangan. Jadi, komunikasi antara anda berdua adalah kunci utama untuk memastikan kalian puas atau tidak dalam konteks hubungan intim.

Pun begitu, ada satu kajian yang mengatakan sebenarnya ada jumlah berapa kali seks untuk seminggu yang ideal dipraktikkan oleh suami isteri!

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017, majoriti pasangan yang tinggal di Amerika Syarikat akan melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 54 kali dalam masa setahun.

Jika dihitung kembali, kebanyakan mereka ini akan melakukan seks sekali seminggu! 

Jumlah ini dipersetujui dalam kajian lain yang berlangsung selama hampir 40 tahun dan diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science. Tambah mereka lagi, seks sekali seminggu sudah memadai untuk membuat pasangan suami isteri bahagia.

Seks sekali seminggu sudah memadai untuk suami isteri?

Mengikut kajian yang dinyatakan di atas, ya! Seks sekali seminggu sudah memadai untuk memastikan hubungan anda dan pasangan kekal sihat dan sejahtera.

Namun begitu, angka ini bukanlah satu kayu ukur yang perlu dijadikan panduan. Sebaiknya anda dan pasangan sendiri perlu mengetahui berapa kali seks dalam seminggu yang anda berdua perlukan untuk keharmonian rumah tangga. Kenapa?

Mungkin bagi sesetengah pasangan, sekali sehari adalah kekerapan seks yang paling ideal. Bagi pasangan lain pula, sebulan sekali atau dua bulan sekali. Pendek kata, tiada jumlah tetap yang anda berdua perlu ikuti. Jadi, sila berkomunikasi dengan pasangan anda.

Ini kerana kekerapan berapa kali seks untuk seminggu yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan akan dipengaruhi oleh banyak faktor yang berbeza, termasuklah:

Dalam erti kata yang lebih mudah, sudah tentu faktor-faktor di atas akan mempengaruhi keperluan, kemahuan atau kekerapan berapa kali seks untuk seminggu setiap individu!

Tip suami isteri boleh cuba untuk menyemarakkan hubungan intim

berapa kali seks untuk seminggu

Dalam kehidupan suami isteri yang penuh pancaroba kini, ramai pasangan yang tidak berkesempatan untuk bergurau dan bercanda bersama individu yang dicintainya. Tenang, ini tip yang boleh anda cuba untuk menyemarakkan hubungan intim!

#1. Buat jadual untuk berasmara 

Jangan jadikan kesibukan bekerja dan menguruskan anak sebagai alasan untuk menolak ajakan pasangan untuk berasmaradana. Sebaiknya, cari masa dan buat jadual khusus untuk anda bersama agar kehidupan seks lebih teratur.

Sama seperti membuat jadual kerja di pejabat, anda dan pasangan boleh buat ‘jadual keintiman’ ini bersama-sama. Carilah hari dan waktu di mana anda berdua mempunyai waktu senggang dan terluang yang boleh digunakan untuk beraksi di ranjang.

Namun, jangan terlalu menjadi seperti robot pula ya! Jika pasangan mengajak anda di luar jadual yang ditetapkan, kenapa perlu menolak?  

#2. Jadi seksi di depan pasangan

Apa salahnya bukan? Untuk pengetahuan anda, tip ini bukan sahaja untuk wanita malahan lelaki juga ya!

Jadi, janganlah memakai pakaian semborono seperti kain batik atau kain pelikat di rumah. Sebaliknya, pakailah baju yang boleh membangkitkan keghairahan pasangan atau boleh cuba untuk tidak langsung memakai baju?

Usahlah rasa malu atau segan. Ini semua adalah untuk kebaikan kehidupan seks bersama antara anda dan pasangan juga!

#3. Kalau tidak larat, foreplay juga boleh dipertimbangkan

Menurut kajian untuk menjawab soalan berapa kali seks dalam seminggu paling ideal, sekali seminggu sudah memadai untuk pasangan. Namun, ia hanya tertakhluk kepada seks penetrasi sahaja. Jadi, ia tidak bermakna ‘foreplay’ tidak boleh dilakukan, bukan?

Jadi, selain hari yang telah anda berdua tetapkan untuk beraksi hebat di kamar tidur, apa kata gunakan hari lain untuk melakukan foreplay sahaja? Kadang-kadang, berpegangan, berpelukan dan berciuman pun sudah memadai untuk menyemarakkan keintiman.

Jika mahu memuaskan nafsu tapi tidak larat, jangan risau. Jenis seks yang mudah dan cepat seperti blowjob atau handjob juga boleh anda berdua praktikkan!

Konklusi

Kesimpulannya, kajian telah menjawab soalan berapa kali seks untuk seminggu adalah dengan sekali seminggu. Pun begitu, ia adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu, tepuk dada tanya selera dan berkomunikasilah dengan pasangan anda ya!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Pssttt! Rahsia Seks Kencang Ada Di Kamar Tidur, Baca Ini!

    Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Yang Kita Akan Rasa Semasa Klimaks? Lelaki & Wanita Tidak Sama Rupanya!

    Apa maksud klimaks dan apa rasa ketika ia berlaku? Untuk pengetahuan anda, ia juga berbeza mengikut jantina. Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan onani

    Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    sakit ketika seks

    Rasa Nak Muntah Selepas Melakukan Hubungan Seksual? Ini Bukan Tanda Hamil Tapi Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    seks ganas

    Seks Ganas Lebih Menerujakan Pasangan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    nafsu seks

    Pil Cegah Hamil Turunkan Nafsu Seks Anda? Ketahui Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan