Jadual Kerja Terlalu Padat Punca Individu Ambil Makanan Ringan, Ini Kata Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/07/2020 . 4 minit bacaan

Kerja dan stres adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tekanan yang anda akan hadapi sudah pasti lebih teruk lagi jika bos di tempat kerja anda adalah seorang yang sangat strict sampai semua benda kena betul-betul ikut dateline yang ditetapkan. Disebabkan itu, segala rutin hidup anda akan terganggu, termasuklah diet pemakanan anda. Dengar kata, jadual kerja yang padat adalah punca individu kerap ambil makanan ringan. Betul ke ni?

Kerja & stres

Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai perkaitan jadual kerja yang padat dengan pengambilan makanan ringan, mari kita mengenali dengan lebih dalam mengenai stres dalam sesuatu pekerjaan terlebih dahulu.

Menurut data yang dikeluarkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), kira-kira satu pertiga daripada pekerja di Amerika Syarikat mengalami tekanan yang melampau di tempat kerja masing-masing!

Beberapa kajian lain di Eropah juga menunjukkan angka yang hampir sama iaitu di antara 20 hingga 30 peratus pekerja di negara masing-masing stres dengan pekerjaan mereka. Angka yang sangat membimbangkan, bukan?

Bukan sahaja di luar negara, Malaysia turut tidak terkecuali dari fenomena ini. Menurut Datuk Azih Muda, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), kira-kira 20,000 penjawat awam didapati bersara setahun awal gara-gara tidak tahan dengan tekanan di tempat kerja. Angka ini hampir kepada jumlah mereka yang bersara wajib iaitu antara 30,000 sehingga 35,000 orang setahun.

Ternyata, kerja dan stres adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan selain roti dan mentega.

Pencetus golongan pekerja ambil makanan ringan

Kerja akan jadi punca stres. Stres pula akan jadi punca golongan pekerja ambil makanan ringan. Sejauh manakah kebenaran hipotesis ini? Ya, ia mungkin ada benarnya.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh saintis dari Indian Institute of Management, Udaipur, India, stres ketika mengejar deadlines atau tarikh akhir dalam sesuatu pekerjaan boleh mendorong individu mengambil makanan ringan seperti kek, kerepek, coklat dan gula-gula.

Menurut mereka lagi yang pakar dalam bidang psikologi, perkara ini terjadi ekoran individu berasa stres dan kepenatan dalam usaha mereka mengejar tarikh akhir sesuatu pekerjaan. Disebabkan itu, mereka akan mencari makanan untuk dijadikan sumber tenaga. 

Kajian ini dilakukan dengan pemerhatian terhadap tingkah laku peserta semasa diberi tugasan untuk menyelesaikan satu teka silang kata dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Didapati, 8 daripada 10 peserta kajian mula menunjukkan minat mereka terhadap makanan ringan seperti kek, kerepek, coklat dan gula-gula yang disediakan di situ semasa berusaha menghabiskan tugasan itu sebelum tiba dateline.

“Individu yang sedang mengejar tarikh akhir sesuatu pekerjaan akan berasa mereka telah kehilangan banyak masa berharga dalam hidup mereka sekali gus mula mengabaikan sosialiasi terhadap masyarakat di sekeliling dan hanya tertumpu kepada kelaparan yang mereka rasai”, kata Dr Ankur Kapoor, salah seorang dari pengkaji.

Menurutnya lagi, perasaan inilah yang akan menjadi punca mereka mula mencari makanan yang cepat dan mudah didapati. Jadi, makanan ringan adalah penyelesaiannya.

makanan ringan

Makanan ringan dan risikonya

Tidak dinafikan, golongan pekerja memang gemar mengambil makanan ringan ekoran stres dan tidak cukup masa untuk waktu makan. Ya, sesekali mengambilnya memang tiada masalah. Namun, apakah akan terjadi sekiranya anda terlebih mengambilnya? Adakah ia akan mendatangkan masalah kepada anda?

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu definisi sebenar makanan ringan. Menurut  Encyclopedia of Junk Food and Fast Food, Andre F. Smith, makanan ringan adalah produk makanan komersial yang mempunyai sedikit sahaja atau tidak langsung mempunyai nutrisi. Pendek kata, ia adalah makanan yang agak sia-sia.

Dalam pada itu, ia mengandungi kalori, garam, lemak dan berbagai lagi unsur yang tidak sihat terhadap tubuh badan kita. Untuk pengetahuan anda, makanan segera seperti burger, sosej dan kentang goreng juga boleh dikategorikan dalam makanan ringan. Cuma, perbezaannya adalah makanan segera lebih mengenyangkan jika dimakan.

Berikut merupakan beberapa contoh makanan ringan:

  • Kek
  • Kerepek
  • Coklat
  • Gula-gula
  • Donat
  • Ais krim
  • Bertih jagung
  • Pelbagai jenis snek

Cuba anda perhatikan contoh-contoh makanan yang terdapat di atas ini. Dengan sekali imbas sahaja, anda sudah tentu boleh tahu bahawa ia adalah kategori makanan yang kurang menyihatkan, bukan?

Berikut pula adalah beberapa risiko pengambilan makanan ringan:

#1. Melemahkan ingatan

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 2011, individu sihat yang mengambil kategori makanan ini selama 5 hari berturut-turut akan membuat ingatan mereka menjadi lemah. Ini ekoran daripada bahan toksik dalam makanan tersebut yang menyebabkan tindak balas kimia tertentu sekali gus mengakibatkan keradangan pada kawasan hipokampus otak – bahagian otak yang berkaitan dengan memori.

#2. Membuatkan individu sukar untuk belajar

Disebabkan ini, golongan ibu selalu menegah kita dari mengambilnya. Kebanyakan makanan kategori ini mempunyai gula dan lemak yang tinggi. Kedua-dua unsur ini mampu mengganggu aktiviti otak yang dikenali sebagai BDNF, yang membantu dalam proses pembelajaran individu. Selain itu, ia juga penuh kalori. Makan terlalu banyak kalori juga akan merencatkan keupayaan otak untuk belajar sesuatu yang baharu.

#3. Mengurangkan keupayaan mengawal selera makan

Pengambilan lemak trans yang terlalu banyak terdapat dalam makanan digoreng atau diproses a.k.a makanan ringan akan menyebabkan isyarat campuran dihantar ke otak lalu menyebabkannya sukar memproses apa yang anda telah atau sedang makan. Akibatnya, anda akan masih berasa lapar lalu menyebabkan anda makan lebih banyak. Akhirnya, anda mungkin akan mengalami obesiti.

#4. Menyebabkan kemurungan

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Universiti Montreal terhadap tikus, pengambilan kategori makanan ini akan menyebabkan simptom penarikan berlaku. Buat anda yang belum tahu, simptom penarikan ini akan mengakibatkan ketidakupayaan menghadapi tekanan jika ia terjadi kepada manusia. Jadi, ia akan membuat anda berasa tertekan lalu berisiko menghadapi kemurungan.

Jadi, anda masih mahu mengambil makanan ringan?

Konklusi

Kesimpulannya, makanan ringan adalah OK untuk dimakan, namun tidak selalu. Tidak kira anda sedang stres atau sedang mengejar tarikh akhir sesuatu pekerjaan, cuba elakkannya. Atau, anda mungkin akan mengalami risiko yang telah kami nyatakan di atas.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

    Anda susah nak pejamkan mata? Haaa...mungkin puncanya apa yang anda makan. Ada 7 jenis makanan harus dihindari kerana menjejaskan kualiti tidur, jom semak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/04/2020 . 3 minit bacaan

    Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Ini Pro & Kontra Yang Anda MESTI Tahu!

    Anda adalah antara golongan individu yang bercinta dengan rakan sekerja? Tahukah anda bahawa ia akan mendatangkan baik buruk yang tersendiri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/03/2020 . 3 minit bacaan

    Ronaldinho Tinggal RM27 Dalam Poket, Ini 6 Tip Elak Stres Akibat Masalah Kewangan!

    Satu ketika dahulu, Ronaldinho adalah bintang bola sepak dunia. Kini, beliau telah dilanda masalah kewangan sehingga menyebabkan muflis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Antarabangsa 15/03/2020 . 3 minit bacaan

    MENGEJUTKAN, Ini Punca Sebenar Golongan Pekerja Ambil Banyak Cuti Sakit!

    Anda pernah alami perasaan ini di tempat kerja? Ketahuilah bahawa kesan kesunyian boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kena buang kerja

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    punca stres

    Wajib Skor Straight A Punca Anak Stres, Dorong Plagiarism? Jangan Terkejut, Penyebabnya Ibu Bapa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/05/2020 . 4 minit bacaan
    cara mengatasi tekanan perasaan

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan