Selalu alami rasa pedih ulu hati? Mungkin disebabkan asid refluks. Apa kata anda cuba amalkan makanan yang boleh meneutralkan asid dalam perut ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Selalu alami rasa pedih ulu hati? Mungkin disebabkan asid refluks. Apa kata anda cuba amalkan makanan yang boleh meneutralkan asid dalam perut ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Asid refluks berlaku apabila terdapat asid dari perut naik kembali ke saluran esofagus.
Keadaan ini adalah normal untuk berlaku tetapi boleh menyebabkan komplikasi kesihatan lain seperti masalah pedih ulu hati.
Pemilihan makanan yang akan anda makan akan mempengaruhi jumlah asid yang dihasilkan perut.
Memakan makanan yang betul adalah kunci untuk mengawal asid refluks atau penyakit refluks gastroesophageal (GERD), iaitu penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut mengalir kembali ke kerongkong anda.
Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh asid perut yang menyentuh esofagus dan menyebabkan kerengsaan dan kesakitan.
Jika anda seorang individu yang mempunyai terlalu banyak asid, anda perlu mengambil makanan tertentu ke dalam diet pemakanan anda untuk mengawal masalah ini.
Sayuran secara semula jadi mempunyai kandungan lemak dan gula yang rendah, dan ini membantu mengurang asid perut.
Pilihan terbaik adalah termasuk kekacang hijau, asparagus, bunga kobis, sayuran berdaun hijau, kentang, dan juga timun.
Berfungsi secara semula jadi sebagai anti-radang, dan ia adalah rawatan semula jadi untuk pedih ulu hati dan masalah pencernaan yang lain.
Anda boleh tambahkan halia ke dalam minuman pilihan anda.
Baca juga:
Merupakan antara pilihan kegemaran bersarapan, seperti gandum dan mempunyai sumber serat yang baik.
Oat boleh membantu menyerap asid dalam perut dan mengurangkan simptom refluks. Pilihan lain seperti roti gandum dan beras perang.
Pilihan buahan bukan sitrus seperti tembikai, pisang, epal dan pear, adalah antara yang tidak akan mencetuskan simptom refluks berbanding buahan berasid seperti lemon dan nenas.
Daging seperti ayam, ayam turki, ikan dan makanan laut, adalah rendah lemak dan dapat mengurangkan simptom refluks.
Anda boleh membakar, merebus, memanggang atau memasaknya mengikut selera anda.
Telur dalah pilihan yang baik sebagai cara merawat asid refluks.
Namun sebaiknya elakkan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan boleh mencetuskan simptom asid refluks.
Sumber makanan yang mengandungi lemak sihat adalah seperti avokado, kacang walnut, minyak zaitun dan minyak bijan.
Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans dan gantikan dengan pilihan lemak tidak tepu yang sihat ini.
Tiada makanan yang boleh menyembuhkan keadaan kesihatan ini. Namun dengan pengambilan makanan yang tertentu pastinya dalam mengurangkan kecenderungan untuk anda berdepan masalah asid refluks.
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai makanan yang boleh meneutralkan asid dalam perut, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen