backup og meta

Wanita Sering Dikaitkan Dengan Jangkitan Saluran Kencing, Punca Utama Seks & SELUAR DALAM!

Wanita Sering Dikaitkan Dengan Jangkitan Saluran Kencing, Punca Utama Seks & SELUAR DALAM!

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah termasuk buah pinggang, pundi kencing dan uretra. Peranan pundi kencing dan buah pinggang adalah untuk menyimpan sisa dan mengeluarkannya daripada tubuh. Sisa-sisa ini kemudian dikeluarkan dari badan sebagai air kencing melalui uretra.

Tahukah anda, jangkitan lebih lazim berlaku dalam kalangan kalangan kaum Hawa. Ketahui masalah jangkitan saluran kencing wanita, petua hilangkan kencing kotor dan apakah penyebabnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Jangkitan saluran kencing wanita

saluran kencing wanita

Kemungkinan mendapatkan jangkitan saluran kencing wanita adalah lebih besar berbanding lelaki.

Sesetengah saintis juga membuat spekulasi bahawa risiko wanita lebih dua kali ganda berbanding lelaki. Tambahan pula, jangkitan pada wanita cenderung untuk berulang sendiri selama bertahun-tahun.

Jangkitan ini sering disebabkan oleh kuman dalam saluran kencing. Sesetengah kes jangkitan hilang sendiri tanpa sebarang rawatan. Tanda-tanda jangkitan saluran kencing mungkin termasuk:

  • Sakit atau membakar
  • Keperluan untuk buang air kecil lebih kerap
  • Tidak dapat buang air kecil walaupun anda merasakan keinginan untuk berbuat demikian
  • Kebocoran air kencing
  • Kencing, gelap, bau atau berdarah

Baca juga:

Apa yang menyebabkan UTI pada wanita

air kencing

Anda mungkin pernah mendengar bahawa wanita harus mengelap dari depan ke belakang. Pepatah lama ini sebenarnya merupakan cara untuk mencegah UTI. Ia lebih masuk akal apabila anda melihat anatomi uretra, faraj dan dubur.

Uretra, tiub yang membawa air kencing keluar dari tubuh, terletak berhampiran faraj dan dubur. Sebab itu, mengelap dari depan ke belakang boleh menghalang bakteria dan kuman dari faraj dan dubur menjangkiti uretra.

Dari uretra, jangkitan boleh bergerak ke pundi kencing dan menjangkiti organ dalaman. Uretra pada wanita jauh lebih pendek berbanding lelaki, oleh itu bakteria dan kuman boleh bergerak dengan lebih cepat.

Selain bakteria yang datang dari dubur, beberapa aktiviti lain dapat menyebabkan jangkitan saluran kencing wanita.

1. Seks

Ya, seks boleh menyebabkan UTI. Ini adalah kebenaran yang menyedihkan, tetapi pergerakan daripada seks boleh memindahkan bakteria dari faraj atau dubur ke uretra.

Tip yang baik untuk mengelakkan UTI daripada seks adalah membuang air kecil dalam masa 30 minit selepas hubungan seks juga menurunkan risiko ini dari terjadi. 

2. Sembelit dan cirit-birit

Sembelit menyebabkan lebih sukar bagi pundi kencing anda untuk mengosongkan urin. Oleh itu, urin dan semua bakteria di dalamnya terperangkap dalam tubuh anda. Bakteria kemudian tumbuh dan menyebabkan jangkitan.

Diarrhea juga boleh meningkatkan risiko UTI. Cirit-birit mengakibatkan najis cair/longgar. Ini mewujudkan peluang bagi bakteria untuk membuat jalan masuk ke dalam uretra anda dengan mudah. 

[embed-health-tool-bmi]

3. Diabetes yang tidak terkawal

Apabila gula dalam darah anda meningkat, gula tambahan ditapis ke air kecil. Ini mewujudkan persekitaran di mana bakteria berkembang. Walau bagaimanapun, ini hanya berlaku apabila anda menghidap diabetes. Makan terlalu banyak gula tidak akan membuatkan anda mengalami UTI.

4. Kerap tahan kencing

saluran kencing wanita

Menahan kencing hanya akan meningkatkan masa bakteria tinggal di dalam tubuh dan membawa kepada jangkitan.

5. Dehidrasi penyebab jangkitan saluran kencing wanita

Minum air membawa banyak manfaat kepada kesihatan dan salah satunya menghalang UTI. Lebih banyak air bermakna lebih banyak urin, yang membantu mengalirkan bakteria keluar dari tubuh anda.

6. Penggunaan produk feminin 

Tidak menukar pad dan tampon anda boleh membawa kepada UTI. Malah bakteria boleh merebak dengan sangat cepat. Selain itu, seluar dalam juga menjadi punca berlakunya UTI ini. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Urinary Tract Infections. https://familydoctor.org/condition/urinary-tract-infections/. Accessed April 30, 2017
  2. Urinary Tract Infection. https://www.cdc.gov/antibiotic-use/uti.html. Accessed February 13, 2023.
  3. Urinary tract infection (UTI). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-tract-infection/symptoms-causes/syc-20353447. Accessed February 13, 2023.
  4. Urinary Tract Infections. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9135-urinary-tract-infections. Accessed February 13, 2023.
  5. Urinary tract infections (UTIs). https://www.nhs.uk/conditions/urinary-tract-infections-utis/. Accessed February 13, 2023.

Versi Terbaru

13/02/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Kencing Manis 1.5? Baca Ini, Mana Tahu Dalam Diam Anda Mengalaminya!

Mengalami Masalah Kencing Yang Teruk? Hati-Hati Ia Mungkin Simptom Kanser Prostat


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan