Tahu Tak, Wanita Pun Boleh Alami ‘Mati Pucuk’ Ketika Bersetubuh! Macam Mana Tu?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020

Gangguan orgasma atau nafsu syahwat bukan hanya berlaku kepada lelaki sahaja, malah kaum wanita turut mengalaminya meskipun tidak disedari secara fizikal.

Jika kaum adam lebih terkenal mempunyai masalah seperti mati pucuk dan lain-lain, segelintir wanita juga merasai masalah yang sama disebut sebagai gangguan orgasma.

Bagaimana keadaan gangguan orgasma pada wanita ini sehingga boleh mengganggu klimaks wanita?

Gangguan orgasma pada wanita

Gangguan orgasma bermaksud kesukaran seseorang individu untuk menaikkan nafsu dirinya atau orgasma walaupun setelah mengalami rangsangan seks.

Bagi wanita, keperluan untuk mencapai orgasma ini berbeza-beza. Ada sesetengah wanita yang hanya memerlukan sedikit sahaja rangsangan untuk menyebabkan orgasma.

Namun ada juga yang lain memerlukan lebih banyak rangsangan untuk mengalami klimaks.

Simptom gangguan orgasma pada wanita

klimaks wanita

Secara teorinya, simptom utama gangguan orgasma sehingga mengganggu klimaks wanita ialah tidak mampu mengalami orgasma atau lambat untuk mengalaminya.

Selain itu, antara simptom lain ialah tidak mencapai orgasma seperti yang diharapkan atau dengan kata lain, tidak berasa puas ketika melakukan seks. 

Artikel berkaitan:

Terdapat beberapa jenis gangguan orgasma antaranya ialah:

Apakah punca masalah ini sehingga menjejaskan klimaks wanita?

gangguan orgasma

Untuk mencapai klimaks, ia melibatkan rangsangan dan pengaruh dari segi fizikal, emosi dan juga psikologi.

Kesemua aspek dan faktor ini perlu digabungkan untuk seseorang wanita itu mencapai orgasma. Jika salah satu faktor ini terjejas, ada kemungkinan gangguan ini akan berlaku.

Penyebab dari segi fizikal:

Penyebab dari segi psikologi:

Isu berkaitan perhubungan:

  • Kurangnya perhubungan atau kemesraan bersama pasangan
  • Konflik yang tidak menemui jalan penyelesaian
  • Tidak berkomunikasi dengan baik berkenaan kehendak seksual masing-masing
  • Tidak percayakan pasangan sendiri
  • Keganasan yang dilakukan oleh pasangan terhadap diri

Rawatan perubatan bagi merawat gangguan orgasma yang menghalang klimaks wanita

Antara punca mengapa seseorang wanita itu tidak mencapai orgasma adalah disebabkan oleh penyakit yang dialami.

Sekiranya doktor mendapati sesetengah penyakit itu menyebabkan gangguan orgasma, maka rawatan mampu mengurangkan simptom gangguan tersebut.

Selain itu, doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan terapi estrogen jika ia melibatkan simptom menopaus.

Artikel berkaitan: Adakah Wanita Menopause Masih Boleh Merasai Klimaks?

Terapi estrogen boleh membantu meningkatkan respons seksual wanita dengan lebih baik.

Kaedah rawatan mudah bagi merawat gangguan ini

klimaks wanita

Jika anda ingin mencapai kembali klimaks wanita ketika berhubungan seks bersama pasangan, masih ada cara mudah untuk merawatnya agar kembali normal.

Apakah cara untuk merawat gangguan ini?

Selain itu, rawatan juga boleh melibatkan sesi kaunseling berkaitan hubungan suami isteri bersama kaunselor bertauliah.

Sesi kaunseling akan memberikan peluang kepada suami isteri untuk berlatih berkomunikasi dengan lebih baik.

Suami dan isteri juga berpeluang untuk belajar berkenaan rangsangan yang lebih berkesan antara satu sama lain. 

Kesimpulan

Jika anda rasa mengalami gangguan ini, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia bukanlah satu keadaan penyakit yang serius.

Ada banyak kaedah atau cara untuk mengembalikan orgasma anda sebagai seorang wanita.

Jangan sesekali mengelak untuk berbincang bersama pasangan berkenaan masalah yang dialami kerana penafian hanya akan membuatkan situasi menjadi lebih buruk.

Apa yang penting, anda perlu sentiasa bekerjasama dengan pasangan agar anda boleh mencapai klimaks wanita. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

Bersama suami selepas bersalin pasti menimbulkan bimbang dan takut. Tapi bilakah masa sesuai bersenggama bagi wanita yang melalui proses kelahiran C-sec?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

Pasangan suami isteri sebenarnya perlu cuba untuk melakukan jimak setiap hari jika mampu. Kenapa? Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid

JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

Penjagaan faraj perkara penting perlu dititikberatkan oleh wanita. Adakah anda tahu cara membersihkan miss v yang betul atau anda main buat sahaja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

bahaya seks oral

ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/05/2020
hubungan suami isteri

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/05/2020
cara mengatasi tekanan perasaan

7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/05/2020
hubungan seks

Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/05/2020