Penderaan domestik adalah kawalan sistematik terhadap seseorang individu oleh individu lain dalam pelbagai bentuk yang berbeza, termasuk penderaan fizikal, emosi, lisan, seksual dan kewangan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Penderaan domestik adalah kawalan sistematik terhadap seseorang individu oleh individu lain dalam pelbagai bentuk yang berbeza, termasuk penderaan fizikal, emosi, lisan, seksual dan kewangan.
Penderaan domestik mendatangkan impak terhadap kesejahteraan diri seseorang individu. Hampir 75% individu yang mengalami penderaan domestik disasarkan pada persekitaran tempat kerja. Dan pelakunya akan menggunakan sumber tempat kerja seperti telefon, emel, media sosial, dan pelbagai cara lain untuk mengugut, mengganggu dan mendera sama ada pasangan atau bekas pasangan mereka.
Berdasarkan kepada jenis penderaan dan tahapnya, ia mungkin memberikan beberapa kesan sampingan. Ini termasuk serangan panik, kegelisahan, kemurungan, masalah untuk tidur, kerap berpeluh, menggigil dan merasa lemah secara fizikal.
Mangsa penderaan juga mungkin akan menderita akibat hilang atau bertambah selera makan, disfungsi seksual, masalah kesihatan mental seperti harga diri yang rendah, kurang keyakinan diri, hilang tumpuan, sering teringat memori buruk, atau mungkin mencuba membunuh diri.
Terdapat juga mangsa yang berdepan masalah seperti peningkatan pengambilan alkohol dan penggunaan dadah, yang membawa kepada penyalahgunaan, sama ada dengan dadah haram atau preskripsi ubatan.
Statistik menunjukkan satu daripada empat wanita di dunia ini akan mengalami penderaan domestik dalam kehidupan mereka. Ini berkemungkinan bermaksud, hampir setiap persekitaran kerja mempunyai kakitangan wanita yang pernah mengalami atau sedang mengalami penderaan domestik. Setiap mereka yang pernah mengalami penderaan ini seharusnya mendapat sokongan tanpa mengira jantina atau jenis penderaan yang dilalui.
Perkara utama yang perlu adalah untuk anda merasa selamat dan berada di tempat selamat. Masalah ini tidak akan berubah jika anda hanya berdiam diri dan tidak melakukan sesuatu. Namun, menyedari bahawa anda berada dalam hubungan yang menyakitkan adalah langkah pertama.
Berikut adalah beberapa tip berguna untuk mengatasi penderaan ini:
Sentiasa mendapatkan rawatan perubatan untuk sebarang kecederaan yang berlaku – jangan pernah menyembunyikan punca sebenar.
Keinginan untuk menjauhi dan meninggalkan hubungan yang menyakitkan ini mungkin menakutkan dan mendatangkan kebimbangan, tetapi sedarlah, bahawa tiada siapa berhak untuk didera walau dalam apa juga keadaan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen