3 Cara Memperkuat Otot Pelvik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Menurut Beyond Basics, sebuah bidang terapi fizikal kawasan New York, statistik menunjukkan bahawa kira-kira satu daripada lima rakyat Amerika mengalami masalah pelvis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Ramai orang membayangkan bahawa isu ini  khusus untuk ibu-ibu yang telah melahirkan secara normal, tetapi pada hakikatnya, lelaki dan wanita juga menghadapi masalah ini.

1. Senaman kegel

Senaman kegel menguatkan pelvis dan merupakan antara penyelesaian yang paling disyorkan oleh doktor. Anda boleh melakukan senaman kegel pada bila-bila masa. Kenal pasti dahulu otot yang berkaitan dengan cara kemutkan atau ketatkan otot-otot di sekeliling bahagian kelamin anda seperti sewaktu anda menahan diri daripada membuang air kecil.

Setelah itu, cuba kemutkan otot ini dan kira hingga 10 sebelum melepaskannya. Pada mulanya, anda mungkin tidak merasakan apa-apa. Dari masa ke masa, anda akan menyedari perbezaan pada pengecutan otot. Ia mungkin sukar pada mulanya sebelum anda dapat memegang otot selama 10 saat, kerana memerlukan banyak kekuatan pelvik.

Latihan kedua untuk dicuba adalah mengecutkan otot anda hanya satu saat, dan cuba mengulangnya 10 kali. Kemutkan otot-otot dan kemudian biarkannya. Anda akan perhatikan pada mulanya ia mungkin sukar untuk mengulang dua atau tiga kali. Namun setelah lama mencuba, anda akan semakin pakar. 

2. Orgasma

Kebanyakan wanita mengatakan bahawa mempunyai otot pelvik yang lebih kuat menyebabkan orgasma (puncak syahwat) lebih memuaskan. Selain itu, sebaliknya juga benar. Apabila wanita mengalami orgasma, vagina mengalami kontrasi berirama, yang dipercayai oleh beberapa pakar boleh membantu membina kekuatan otot.

3. Yoga

Jika anda biasa dengan yoga, anda mungkin pernah mendengar tentang mula bandha, konsep “mengunci” tenaga dengan menutup otot pencerut (otot-otot dalam badan yang mengawal laluan keluar atau masuk ke dalam sesuatu rongga termasuklah laluan kencing). Ini pada asasnya adalah senaman kegel yang lebih luas dan turut melibatkan pelvik anda. Amalan mula bandha dilakukan bersama dengan uddiyana bandha iaitu penegangan abdomen dan otot teras. Dengan memberi tumpuan kepada otot pencerut dan abdomen anda sewaktu mengamalkan yoga, anda tentu dapat membantu menguatkan pelvik.

Namun, sekiranya anda mengalami masalah pelvik yang teruk, segera temui doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Jun 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 29, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut