backup og meta

8 Fakta & Mitos Tentang Sembelit Yang Ramai Netizen PERCAYA, Hapuskan Kepercayaan Itu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/04/2023

    8 Fakta & Mitos Tentang Sembelit Yang Ramai Netizen PERCAYA, Hapuskan Kepercayaan Itu!

    Tanda sembelit bermakna anda kurang atau sukar membuang air besar. Situasi ini pasti pernah dihadapi oleh setiap individu.

    Walaupun ia bukan satu masalah kesihatan yang serius, namun anda pasti akan berasa lebih baik jika sistem pencernaan anda dapat kembali berfungsi seperti biasa. 

    Mari kita beberapa fakta dan mitos sembelit ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Mitos vs Fakta tanda sembelit

    Berikut beberapa mitos dan fakta yang mungkin menjadi kepercayaan kebanyakan daripada kita berkaitan dengan masalah sembelit:

    Masalah sembelit 1#Buang air besar setiap hari itu normal

    Mitos. Sistem pencernaan setiap individu adalah berbeza. Sesetengah individu akan membuang air besar 3 kali sehari; ada juga yang membuang 3 kali seminggu.

    Ia adalah normal untuk membuang air besar sekali setiap hari. Dan ia juga adalah ‘okay’ untuk tidak membuang air besar dalam masa beberapa selagi anda merasa sihat.

    Jika anda membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu, anda mengalami sembelit. Dan ia adalah tanda sembelit kronik jika anda membuang air besar kurang daripada sekali dalam seminggu.

    tanda sembelit

    2#Toksik, tanda sembelit

    Mitos. Ada individu yang percaya masalah sembelit menyebabkan tubuh menyerap bahan beracun dalam najis, yang membawa kepada penyakit seperti arthritis, asma, dan kanser kolon.

    Tiada bukti najis menghasilkan toksin atau pembersih kolon atau julap boleh mencegah kanser atau penyakit lain. Malah sembelit itu juga bukanlah sejenis penyakit.

    Masalah sembelit 3#Hanya perlu tambah serat

    Mitos. Menambah lebih banyak sayuran, buahan, bijirin penuh dan minum lebih banyak air adalah idea yang baik.

    Menambah serat dalam badan secara beransur-ansur, akan menjadikan badan terbiasa dengannya.

    Tetapi jika anda masih mengalami sembelit, pastinya ada sebab lain, seperti kesan perubatan atau kesan sampingan ubatan.

    Baca juga:

    4#Gula-gula getah akan tersekat

    Fakta. Tetapi ia jarang berlaku dan biasanya terjadi kepada kanak-kanak.

    Mengunyah gula-gula getah dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa boleh membentuk jisim yang menghalang saluran pencernaan.

    Masalah tersekat ini boleh menyebabkan sembelit. Tetapi bagi kebanyakan individu, gula-gula getah ini akan bergerak keluar dan melalui proses yang sama seperti makanan lain.

    5#Percutian antara faktor

    Fakta. Percutian akan merubah rutin harian serta diet pemakanan anda. Jika sedang bercuti, perbanyakan minum air dan kekal aktif.

    Banyakkan berjalan ketika menunggu penerbangan, regangkan kaki ketika dalam perjalanan.

    Hadkan pengambilan alkohol, lebihkan buahan dan sayuran yang dimasak, elakkan makan secara mentah.

    6#Emosi harus diutamakan

    Fakta. Kemurungan boleh mencetuskan sembelit atau menjadikannya lebih teruk.

    Atasi masalah kemurungan anda dengan meditasi, yoga, teknik yang membantu menenangkan diri anda, akupuntur, mahupun urutan shiatsu.

    Mengurut perut juga dapat melegakan otot yang menyokong usus dan menjadikan proses membuang air besar lebih teratur.

    tanda sembelit

    Tanda sembelit 7#Menahan tidak akan menyakitkan

    Mitos. Adakah anda terlalu sibuk di tempat kerja?

    Mengabaikan keinginan untuk membuang air besar akan membuatkan anda berasa tidak selesa secara fizikal dan boleh menyebabkan sembelit atau membuatkannya bertambah teruk.

    8#Ubat turut datangkan kesan

    Fakta. Sesetengah ubat untuk kesakitan, kemurungan, tekanan darah tinggi, dan penyakit Parkinson dikaitkan dengan sembelit.

    Sekiranya masalah sembelit yang anda alami berlanjutan, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Maklumkan doktor anda tentang apa yang berlaku dan mungkin mereka akan mengesyorkan sesuatu yang lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan