Vaping memburukkan masalah kesihatan sedia ada
Baru-baru ini, seorang wanita yang berusia 50 tahun daripada Kansas, Amerika Syarikat telah mengalami kematian yang disebabkan oleh masalah pernafasan yang teruk. Apa yang mengejutkan, masalah pernafasan yang dialami oleh beliau disahkan berkait rapat dengan tabiat vaping dan ia telah menjadikan beliau sebagai individu keenam di Amerika Syarikat yang meninggal dunia disebabkan oleh tabiat vaping tersebut. Lima kematian lain yang telah direkodkan berkaitan dengan amalan vaping tersebut berlaku di Illinois, Indiana, Oregon, Minnesota dan California.
Menurut Dr. Lee Norman, setiausaha di Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Kansas, wanita tersebut telah mengalami beberapa masalah kesihatan sebelumnya tetapi dalam masa seminggu setelah beliau menggunakan vape, beliau mengalami sindrom kesukaran pernafasan akut yang teruk dan kemudiannya meninggal dunia. Doktor juga telah menyatakan bahawa vape secara jelas telah menyebabkan kesihatannya merosot secara pantas.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen