Sehingga kini, terdapat pelbagai rawatan sama ada moden atau tradisional berkenaan kesuburan lelaki yang boleh dicuba oleh lelaki yang mengalami masalah kesuburan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Sehingga kini, terdapat pelbagai rawatan sama ada moden atau tradisional berkenaan kesuburan lelaki yang boleh dicuba oleh lelaki yang mengalami masalah kesuburan.
Antara yang popular adalah urutan batin serta pengambilan suplemen dan antioksida yang boleh meningkatkan kesuburan lelaki.
Namun, terdapat satu persoalan yang diutarakan di laman media iaitu adakah ganja dapat meningkatkan kesuburan lelaki? Adakah persoalan ini merupakan fakta atau mitos?
Persoalan ini amat sukar untuk dijawab dan ditentukan kesahihannya. Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi!
Ganja berasal daripada sejenis pohon yang bernama ‘cannabis sativa’ atau ‘hemp’. Ia merupakan sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan termasuklah di negara kita, Malaysia.
Meskipun fungsi utamanya adalah untuk tujuan perubatan, ia juga seringkali disalahgunakan untuk tujuan relaksasi dan memberi si pengguna perasaan yang seronok.
Antara contoh kegunaan sebenar ganja adalah mengurangkan sakit yang dihadapi oleh individu selain menjadi rawatan paliatif bagi mereka yang menghidap kanser di peringkat akhir hayat.
Ganja merupakan dadah yang paling popular dan pelbagai nama digunakan oleh penagihnya seperti ‘marijuana’, ‘pot’, ‘weed’, ‘dope’, ‘hashish’ atau ‘hash’ untuk mengaburi pihak berkuasa.
Saintis di Amerika Syarikat telah membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara ganja dengan kesuburan lelaki. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, ada kajian yang dapat menyokong perkaitan tersebut.
Kajian itu dilakukan terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya, lelaki yang mengambil ganja mempunyai kiraan sperma yang lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak pernah mengambilnya.
Kajian ini merupakan kajian yang terbaharu dan telah melibatkan 1,143 sampel air mani yang diambil dari sejumlah 662 lelaki dalam lingkungan tahun 2000 sehingga 2017.
Daripada jumlah berkenaan, 55 peratus mengaku pernah mengambil ganja dan 11 peratus lagi masih lagi mengambilnya. Baki 44 peratus lagi pula mengaku pernah menyalahgunakan dadah untuk tujuan yang lain.
Kajian ini mempunyai dapatan yang sangat berbeza dengan kajian sebelumnya yang menyimpulkan bahawa ganja akan menjejaskan kesihatan reproduktif lelaki yang mengambilnya.
Menurut analisis kajian itu melalui sampel air mani lelaki-lelaki tersebut, lelaki yang pernah mengambil ganja mempunyai kepadatan sperma sebanyak 62.7 juta sel per mililiter manakala lelaki yang tidak pernah mengambil ganja 45.5 juta sel per mililiter.
Hasil kajian ini menunjukkan lelaki yang pernah mengambil ganja mempunyai tahap kesuburan yang lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak pernah mengambil ganja.
Hakikatnya, ganja merupakan bahan yang diharamkan di negara kita Malaysia. Bahan ini juga sebenarnya mendatangkan kesan sampingannya yang tersendiri kepada penagihnya seperti:
Meskipun kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ganja sememangnya dapat meningkatkan kesuburan lelaki, kita perlu peka dengan kesan sampingannya terhadap tubuh badan serta akur pada undang-undang negara yang tidak membenarkan sebarang penyalahgunaan ganja.
Sebaiknya, berjumpalah dengan pakar perubatan untuk mendapatkan khidmat rawatan atau nasihat yang sebetulnya!
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen