Kediaman sudah mula kelihatan kusam, tidak berseri atau berlumut? Mungkin sudah sampai masa untuk anda cat semula rumah bagi menaikkan seri dan menjadikannya lebih menarik. Apatah lagi dengan hari raya yang bakal menjelma nanti, rumah akan kelihatan lebih ‘segar’ dengan warna cat baharu. Apakah jenis cat pilihan anda? Lihat jenama cat rumah dan jenama cat murah Malaysia yang kami sarankan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Kepentingan memilih cat berkualiti tinggi
Memilih jenama cat rumah berkualiti tinggi untuk rumah anda bukan sahaja penting untuk estetika, tetapi juga untuk memelihara kesihatan.
Cat yang berkualiti tidak hanya mencantikkan ruangan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan penghuni di dalamnya.
Antara kepentingannya adalah:
- Kualiti udara dalam rumah
Cat berkualiti rendah sering kali mengandungi bahan kimia berbahaya seperti sebatian organik meruap (VOC) yang tinggi.
Bahan ini boleh meruap ke udara, mempengaruhi kualiti udara dalam rumah lalu menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, alergi atau masalah pernafasan.
- Ketahanan dan durabiliti
Jenama cat rumah yang berkualiti lebih tahan lama, dan mengurangkan keperluan untuk mengecat semula secara berkala.
Ini bukan sahaja menjimatkan kos dalam jangka panjang, tetapi juga mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia semasa proses pengecatan.
- Perlindungan daripada kulat dan bakteria
Cat berkualiti biasanya mempunyai ciri antikulat dan antibakteria, yang membantu menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria pada dinding.
Ini kerana kedua-duanya boleh mempengaruhi kesihatan dan merosakkan estetika dinding.
5 jenama cat rumah yang patut anda pertimbangkan
Terdapat pelbagai jenis cat yang boleh dibeli untuk rumah anda.
Namun, setiap jenis cat daripada pengeluar yang berbeza semestinya tidak sama.
Setiap pengilang pastinya menawarkan kelebihan dan keunikan produk masing-masing. Ini antara jenis cat yang boleh anda pertimbangkan.
#1. Jenama cat rumah: Nippon Paint Easycoat Interior Emulsion
Nippon Paint merupakan salah satu jenama cat yang paling terkenal di Malaysia.
Ditubuhkan sejak tahun 1967, Nippon Paint telah berkembang menjadi antara pengeluar utama dalam industri cat di negara ini.
Antara produk jenama ini yang berkualiti adalah Nippon Paint Easycoat Interior Emulsion.
Ia adalah antara pilihan cat dengan harga yang berpatutan, tetapi mempunyai kualiti yang tinggi.
Selain itu, Nippon Paint turut menawarkan pelbagai pilihan warna yang menarik dan terkini, membolehkan pelanggan memilih warna yang sesuai dengan keinginan dan keperluan mereka.
#2. ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints
Salah satu jenama cat terbaik untuk luar rumah Dulux ialah ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints yang dilengkapi dengan teknologi Chroma Brite.
Ia menjadikan jenis cat dinding luar rumah ini lebih tahan lama dan berkualiti tinggi.
Selain itu, cat ini juga mempunyai warna yang lebih cerah dan tidak mempunyai bau yang begitu kuat berbanding jenis cat lain.
Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pelbagai pilihan warna yang begitu banyak sehingga boleh membuatkan anda rambang mata ketika memilih cat untuk kediaman anda.
#3. Jenama cat rumah: Jotun Essence Easy Clean For Interior Use
Cat jenis ini mengandungi kandungan VOC yang rendah, maka ia lebih mesra alam dan selamat untuk penghuni rumah.
Selain itu, disebabkan kandungan VOC yang rendah, cat ini juga tidak berbau kuat.
Kelebihan lain cat ini adalah ia mudah dilap atau dibersihkan.
Jika si manja menconteng dinding, anda boleh menggunakan kain basah sahaja untuk memadamkan kotoron atau contengan pada dinding.
Anda tidak perlu risau kerana cat keluaran Jotun dihasilkan dengan teknologi tinggi bagi menjamin kualiti dan ketahanan produk mereka.
#4. Jenama cat murah Malaysia: Seamaster Fire Proof Paint Coating Water Base
Bagi anda yang mengutamakan keselamatan selain daripada kecantikan semata-mata, produk cat keluaran Seamaster ini mungkin pilihan utama anda.
Ini kerana, cat ini dihasilkan khas dengan bahan yang kalis api.
Ia membantu mengurangkan kadar kebakaran pada rumah jika berlaku musibah kebakaran yang tidak dijangka.
Sesuai dengan kelebihannya, harga cat ini sedikit mahal berbanding cat-cat lain.
#5. Jenama cat rumah: KCC Vinyl Glow
KCC Paint adalah antara pengeluar cat terbesar di Korea Selatan.
Salah satu inovasi jenama cat terbaik untuk luar rumah yang terkenal adalah KCC Vinyl Glow.
Kelebihan utama produk ini adalah:
- tekstur cat bersinar
- tekstur cat berkilau
Jadi, apabila ia disapu pada dinding kediaman anda, ia akan memberikan kesan sedikit berkilau berbanding cat biasa lain.
Selain itu, produk ini juga tidak mengandungi campuran merkuri atau plumbum dan ia adalah pilihan yang lebih selamat berbanding cat-cat lain.
#6. NIPPON PAINT EasyWash
Nippon Paint EasyWash adalah pilihan tepat bagi mereka yang inginkan dinding dalaman dengan kemasan matte klasik yang halus tanpa perlu berbelanja besar.
Cat emulsi akrilik berkualiti premium ini bukan sahaja mudah diaplikasikan, malah ia dirumus khas supaya mudah dicuci jika terkena kotoran, menjadikannya sangat praktikal untuk kegunaan harian.
Paling penting, ia lebih selamat untuk keluarga anda kerana bersifat rendah VOC, bebas merkuri serta plumbum, dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya (APEO), sekali gus memberikan ketahanan jangka panjang yang memuaskan bagi setiap sudut kediaman anda.
Sesuai untuk anda yang mementingkan kualiti pada harga yang berbaloi, Super Matex Colour Creations menawarkan transformasi dinding dalaman dengan kemasan mat yang sangat halus dan tampak premium.
Berbanding cat ekonomi biasa, produk ini mempunyai daya tutup (opacity) yang lebih tinggi serta ketahanan lebih mantap terhadap serangan kulat dan algae.
Selain bebas daripada plumbum dan merkuri yang berbahaya, ia adalah pelaburan bijak untuk pemilik rumah yang inginkan dinding yang kekal cantik, bersih, dan tahan lama tanpa perlu kerap mengecat semula.
Memilih jenama cat rumah yang tepat adalah keputusan penting yang bukan hanya mempengaruhi estetika dan keindahan rumah anda, tetapi juga kesihatan dan kesejahteraan penghuninya.
Menerusi informasi berkenaan beberapa jenis cat dinding luar rumah dan jenama cat murah Malaysia, diharapkan anda dapat membuat keputusan yang tepat untuk projek mengecat kediaman nanti.