Tip Kesihatan Oral Terkini Yang Mampu Membuat Senyuman Anda Lebih Menarik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 mins read

Seringkali kita terlupa atau terlepas pandang bahawa selain kesihatan mental dan fizikal secara umumnya, kesihatan oral juga sebenarnya perlu diberi perhatian. Ia sangat penting bagi memberi kita keyakinan dan senyuman yang mampu mencairkan hati individu yang lain. Persoalannya, adakah terdapat tip yang benar-benar berkesan untuk menjaga kesihatan oral? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Tip kesihatan oral yang paling asas

Baru-baru ini menerusi satu sidang media yang bertempat di Kuala Lumpur, pengurus jenama serantau syarikat pengeluar alat penjagaan kesihatan oral yang terkemuka di dunia, Jordan Asia Pacific Sdn. Bhd. iaitu Sandee Chai mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia hanya akan menukar berus gigi mereka sekali dalam tempoh tujuh bulan dan hanya memberus gigi mereka sekali sehari sahaja!

Menurut beliau lagi, rakyat Malaysia perlu mengubah persepsi kita terhadap cara penjagaan kesihatan oral dengan memberikan beberapa petua seperti menukar berus gigi setiap tiga bulan dan memberus gigi 30 minit selepas setiap kali waktu makan untuk mengelak pembentukan plak pada gigi.

Berikut merupakan tip kesihatan oral paling asas yang anda perlu tahu:

#1. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari –  Waktu yang paling sesuai untuk memberus gigi anda adalah setiap kali selepas waktu makan.

#2. Gunakan ubat gigi yang berfluorida – Fluorida dapat membantu menguatkan enamel gigi lalu mengurangkan risiko ia reput.

#3. Berus gigi dengan teliti – Ambil masa sekurang-kurang dua ke tiga minit untuk memberus gigi.

#4. Flos gigi setiap hari – Floskan gigi anda dengan perlahan dan lembut untuk membuang kotoran yang terlekat di celah gigi.

#5. Kurangkan minuman berasid seperti minuman ringan, kordial dan jus – Ia akan melemahkan material dan menguraikan mineral pada enamel gigi lalu menyebabkan kaviti.

#6. Kurangkan makanan bergula – Bakteria yang terdapat pada plak-plak di gigi akan menukarkan gula menjadi asid.

#7. Lindungi gigi daripada kecederaan – Ketika bersukan atau melakukan aktiviti lasak, pakai alat perlindungan seperti pelindung gigi atau helmet.

#8. Cuba selamatkan gigi yang tercabut – Caranya, letak semula gigi anda yang tercabut pada tempat asalnya sementara anda mencari rawatan pakar. Jika tidak mampu, simpan gigi tersebut di dalam bekas atau plastik berisi susu dan segera berjumpa doktor gigi.

#9. Elakkan menggunakan gigi anda untuk mengunyah benda lain selain makanan – Jangan gunakan gigi untuk memecahkan kacang, membuka tudung botol atau mengoyakkan plastik kerana ia berisiko merosakkan gigi.

#10. Pilih produk oral dengan sebaiknya – Pilih produk yang sesuai dengan anda agar anda sentiasa bermotivasi untuk mengekalkan penjagaan kesihatan oral.

kesihatan oral

Dalam pada itu lagi, berus gigi sebenarnya alat yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan oral selain ubat gigi, flos gigi dan ubat kumur. Berikut merupakan perkara yang anda perlu buat dan perlu elak dalam perihal penjagaan berus gigi.

Perlu buat:

  • Gantikan berus gigi anda setiap 3 ke 4 bulan sekali. Ia juga boleh digantikan dengan lebih cepat sekiranya bulu berus tersebut mula rosak.
  • Bilas berus gigi anda dengan air selepas memberus gigi dan biarkannya kering. Ini dapat membunuh bakteria yang tumbuh apabila terdedah kepada udara.
  • Simpan berus gigi anda secara menegak agar ia dapat mengalirkan air ke bawah lalu mengering lebih cepat.
  • Biarkan berus gigi anda kering sepenuhnya terlebih dahulu sebelum menyimpannya.

Perlu elak:

  • Jangan sesekali berkongsi berus gigi kerana ia boleh menyebarkan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan gigi reput.
  • Jangan letakkan berus gigi dalam bekas kecil untuk tempoh yang lama. Ini kerana kelembapan merupakan faktor pertumbuhan bakteria.
  • Jangan simpan berus gigi anda berdekatan dengan tandas. Kuman boleh tersebar apabila jamban dipam lalu meningkatkan risiko ia tumbuh pada berus gigi.

Konklusinya, kesihatan gigi sebenarnya sangat berkait rapat dengan kebersihan dan kecantikan gigi. Dengan mengamalkan tip-tip di atas, senyuman anda pasti akan lebih menarik selepas ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Perkembangan bayi boleh terganggu dek kelahiran pramatang. Mereka juga berisiko untuk mengalami komplikasi negatif. Ketahui 13 kesan buruk bayi pramatang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Selain Kanser, Ini 6 Sebab Mengapa Boleh Ada Benjolan Bawah Ketiak! No 5 Paling Tak Disangka!

    Kenapa ada benjolan di ketiak ni? Tak mungkin kanser tapi apa ya? Artikel ini ada jawapan untuk persoalan anda berkaitan keadaan kesihatan itu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Lelaki Saja, Wanita Juga Boleh Alami Masalah Orgasma Pramatang!

    Pernahkah anda mendengar tentang wanita yang mempunyai masalah klimaks awal? Ambil tahu tentang masalah ini dan cara untuk kenal pastinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Beronani Sebelum Beraksi Di Ranjang – Adakah Ia Membantu ‘Persembahan’ Anda?

    Ramai yang percaya bahawa kesan onani terhadap hubungan seks adalah boleh menyelesaikan masalah tidak tahan lama dan sukar mencapai orgasma. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buah keras

    Selami Manfaat Buah Keras Terhadap Kesihatan dan Kecantikan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
    lampu garam

    Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    pil kontrasepsi darurat

    Belum Bersedia Jadi Ibu? Ambil Pil Cegah Hamil, Penyelamat Selepas Si Dia Pancut Dalam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan