“Budaya Toksik” Menjejaskan Kerjaya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Cabaran utama alam pekerjaan adalah untuk mewujudkan persekitaran sihat yang mempengaruhi dan memotivasi pekerja bagi memaksimumkan produktiviti. Baru-baru ini tular mengenai  doktor pelatih trauma dibuli oleh seorang doktor pakar hospital swasta di ibu negara. Malah, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad ada menyatakan ‘budaya toksid’ itu harus dihentikan segera kerana ia boleh menganggu tugasan.   

Kajian daripada Institute for Safe Medication Practices (ISMP) mendapati bahawa banyak laporan mengenai pembulian dan intimidasi (perbuatan menakut-nakutkan orang, gertak) dalam kalangan jururawat hospital. Tetapi berdasarkan maklum balas dari pelbagai jenis penjagaan kesihatan, masalahnya semakin meluas, dengan para doktor menjadi penyebab yang paling umum.

Apa itu buli?

Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang.

Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse). Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.

Risiko buli di tempat kerja

Tingkah laku yang kasar ini membabitkan penderaan lisan, mengancam, mengintimidasi atau tindakan menghina, atau campur tangan kerja yang menghalang tugasan. Apabila pembuli dan mangsa berada di tahap yang sama, dalam situasi membabitkan pekerja membuli pekerja lain seperti situasi buli dalam kalangan jururawat, tindakan itu dipanggil permusuhan mendatar (horizontal hostility) atau keganasan lateral. Malah terdapat juga buli membabitkan atasan membuli pekerja bawahan dan ia satu peristiwa menjadi lebih mengancam daripada yang lain.

Kadang-kadang penderaan lisan boleh meningkat menyebabkan keganasan fizikal atau ancaman. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, keganasan di tempat kerja dicirikan sebagai perbuatan ganas, termasuk serangan fizikal dan ancaman serangan, yang ditujukan kepada orang di tempat kerja atau bertugas.

Apa yang mencetuskan buli dalam penjagaan kesihatan?

Walaupun profesional klinikal yang berpengalaman mungkin memberitahu anda bahawa pembuli selalu hadir dalam kemudahan penjagaan pesakit, sesetengah pakar percaya ia semakin meningkat. Kerjaya penjagaan kesihatan adalah berurusan dengan kehidupan dan kematian seseorang. 

Menambah tekanan kepada penjaga kesihatan adalah keadaan kerja yang sukar seperti ketidakupayaan untuk berehat sewaktu peralihan panjang, bekalan terhad, tekanan untuk rawatan pesakit yang tergesa-gesa, dan pengiktirafan yang rendah terhadap kemahiran dan sumbangan jururawat kepada pasukan klinikal.

Dalam sesetengah kes, jururawat atau klinik peringkat rendah atau juruteknik kesihatan menjadi mangsa buli oleh doktor atau pengurus kerana struktur kuasa yang dibuat ketika perhimpunan pasukan penjagaan.

Kesan buli terhadap persekitaran kerja

Kesan buli terhadap kesihatan emosi, psikologi dan fisiologi individu adalah sebab penting ia tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, terdapat kesan lain yang perlu dipertimbangkan. Contohnya, kesan buli di tempat kerja terhadap kesejahteraan kesihatan organisasi.

Pekerja yang dibuli tidak boleh melakukan pekerjaan mereka dengan sebaik mungkin. Isu prestasi termasuk:

  • Mengalami masalah membuat keputusan
  • Ketidakupayaan bekerja atau menumpukan perhatian
  • Hilang keyakinan diri
  • Produktiviti lebih rendah

Pekerja yang dibuli tidak hanya kehilangan motivasi, mereka juga kehilangan masa kerana mereka sibuk dengan:

  • Cuba untuk mempertahankan diri
  • Mengelakkan pembuli
  • Rangkaian untuk sokongan
  • Keadaan yang rumit
  • Merancang cara menangani keadaan

Sebenarnya, buli di tempat kerja boleh menyebabkan mangsa sangat trauma sehingga mereka berasa tidak berdaya, keliru dan putus asa.

Cara mengatasi buli di tempat kerja

Setiap organisasi mempunyai protokol khusus dalam menguruskan keganasan di tempat kerja. Jika anda berdepan dengan masalah buli di tempat kerja, langkah umum yang boleh anda lakukan adalah:

1. Rekodkan situasi berlaku

Buat catatan harian dan merekod sebarang insiden, saksi dan bagaimana pembuli mempengaruhi  produktiviti dan semangat anda. Ini mungkin membantu anda meredakan kemarahan anda atau memutuskan sama ada perlu membuat aduan awam atau sebaliknya.

2. Berbincang dengan seseorang

Dalam sesetengah kes, anda mungkin dapat memendam kelakuan kasar dan mengganggu hanya dengan meluahkannya kepada seseorang yang anda percaya. Mungkin ada lebih banyak perkara di belakang tabir daripada yang anda sedar.

3. Ikut kemudahan dasar rungutan (grievance policy)

Maklumkan kepada pengurus anda atau jika pengurus anda melakukan pembulian, jumpa sumber manusia anda. Jika pesakit atau ahli keluarga mula mengancam anda, keluarkan diri anda dari keadaan itu dengan serta-merta dan hubungi atau dapatkan seseorang yang sepatutnya dan berpengalaman untuk menyelasaikan keadaan itu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Julai 2, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut