Tip 1, Persoalkan kembali
Ketika wujud pemikiran negatif yang cuba untuk berkembang di dalam minda anda, satu perkara yang anda perlu lakukan anda mempersoalkan pemikiran itu; “Perlukah saya mengambilnya secara serius?” Sudah tentu jawapannya; “Pastinya ia bukan perkara penting untuk diambil serius.”
Ada masanya persoalan begini membantu anda menyedari, walaupun anda mungkin melakukan satu kesilapan kecil, ia tidak bermakna anda telah merosakkan segalanya. Malah, satu kesilapan kecil tidak bermakna anda tidak boleh menjadi optimistik dan mencuba untuk tidak mengulangi kesilapan anda pada masa hadapan. Soalan begini membantu anda untuk kekal berada dalam realiti.
Tip 2, Jangan perbesarkan perkara remeh
Cuba elakkan dari memperbesarkan satu isu kecil dengan mengganggap ia sebagai satu masalah yang terlalu besar dan membebankan anda. Tanyakan pada diri anda; “Adakah perkara ini penting untuk 5 tahun akan datang? 5 minggu atau mungkin 5 hari?” Pastinya anda akan menyedari bahawa isu yang anda hadapi tidaklah begitu besar yang perlu anda fikirkan sehingga merosakkan emosi anda panjang hari.
Tip 3, Luah dan bincangkan
Luahkan apa yang anda rasa dan berbincang dengan individu yang rapat dengan anda. Anda mungkin hanya memerlukan masa beberapa minit untuk membantu anda mencapai penyelesaian baru.
Tip 4, Kembali kepada realiti
Apabila anda memikirkan sesuatu yang negatif, anda biasanya memikirkan tentang sesuatu yang telah berlaku ataupun mungkin berlaku, ada masanya kedua-duanya sekali. Penting untuk anda keluar dari ilusi tersebut dan meletakkan diri anda dalam realiti masa kini. Cuba untuk elakkan diri anda dari mengelamun tentang masa lampau.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengekalkan diri anda sentiasa dalam dunia realiti: