backup og meta

Tip Lebih Berkeyakinan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    Tip Lebih Berkeyakinan

    Separuh dari kehidupan ini, anda mungkin tidak percaya bahawa anda boleh melakukan banyak perkara yang anda ingin lakukan dalam hidup anda. Ini bukan sahaja membataskan potensi anda; tetapi ia juga menghadkan keupayaan anda untuk mendatangkan impak positif kepada dunia di sekeliling anda. Satu perkara yang pastinya akan membantu anda adalah dengan menjadi lebih berkeyakinan.

    Anda tidak pasti bahawa keyakinan itu sesuatu yang boleh dipelajari? Berikut beberapa tip untuk membina keyakinan diri:

    Kembali kepada keyakinan diri

    Apabila anda dalam proses membina kesedaran diri, anda mula untuk mencipta keraguan dan rasa tidak percaya tentang bagaimana individu di sekeliling melihat anda. Anda mula belajar untuk mengharapkan pujian dan menghindari kritikan. Namun, sentiasa ingat bahawa kita semua dilahirkan dengan keyakinan, dan kita boleh memperolehinya semula jika kita tahu mengawal fikiran negatif dalam diri kita.

    Tahu kekuatan dan kelemahan diri

    Sebagai permulaan, kenal pasti kekuatan serta kelemahan diri dan bandingkannya dengan perkara yang anda suka. Anda mungkin boleh menyenaraikan 5 perkara yang anda gemar lakukan dan 5 perkara yang anda ingin lakukan atau ingin miliki. Lakukan semua perkara yang anda gemari dahulu, kemudian, beri peluang kepada diri untuk mencuba melakukan sesuatu yang anda ingin lakukan. Anda pasti akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan dalam masa yang sama meraih kepuasan diri.

    Harapkan kejayaan

    Ada yang mengatakan, adalah lebih baik untuk mengharapkan sesuatu yang buruk atau paling teruk agar anda kecewa jika anda gagal dan anda akan teruja jika anda berjaya. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan, sikap pessimism akan menjejaskan prestasi anda. Jadi sentiasa berharapkan kejayaan setiap hari dan anda akan menyedari kejayaan yang diperolehi hadir bersama keyakinan.

    Percaya keupayaan diri

    Jika ada individu mengkritik anda, terima ia sebagai peluang untuk memperbaiki diri. Anggap ia adalah cara untuk anda belajar daripada mereka. Jangan risau jika anda tidak yakin dengan apa yang anda lakukan sekarang, sebaliknya, yakinlah dengan potensi yang anda miliki. Tiada siapa yang sempurna.

    Amalkan

    Sama seperti hal-hal lain dalam kehidupan, keyakinan akan menjadi lebih baik apabila ia diamalkan. Salah satu caranya adalah apabila anda berjumpa individu baru. Seperti kanak-kanak baru di sekolah, mereka mungkin tidak mengenali anda, jadi ini adalah peluang untuk menunjukkan mereka keupayaan anda.

    Jaga nada dan bahasa tubuh, kerana ia memainkan peranan penting dalam membina keyakinan diri. Berbisik dan bergumam hanya akan membuatkan anda rasa dan kelihatan kurang berkeyakinan, jadi berdiri atau duduk dengan tegak dan bercakap dengan perlahan dan jelas.

    Dalai Lama pernah berkata, “Dengan menyedari akan keupayaan dan keyakinan diri, seseorang individu mampu membina dunia menjadi lebih baik.”

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan