Zakar: Fakta Mengejutkan Berkenaannya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Adakah anda menganggap anda mengetahui kesemua perkara dan rahsia mengenai zakar? Sebenarnya, terdapat banyak salah faham terhadap bahagian anatomi lelaki ini memandangkan ramai individu tidak bersedia untuk membuka perbincangan mengenainya. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada sains perubatan, lebih banyak perkara yang boleh kita ketahui tentang bahagian tubuh lelaki yang paling intim ini.

  • Zakar yang ‘membesar’ dan yang ‘menunjuk-nunjuk’

Terdapat dua jenis zakar. Pertama, jenis zakar yang mengembang dan memanjang apabila berlaku ereksi (membesar). Sementara satu lagi yang sentiasa kelihatan besar, tetapi tidak begitu bertambah membesar setelah mencapai ereksi (menunjuk-nunjuk). Zakar yang membesar lebih kerap ditemui, iaitu dengan sebanyak 80%. Inilah kumpulan zakar yang kecil apabila lembik tetapi besar apabila terangsang. Selebihnya mempunyai penis yang besar apabila lembik tetapi tidak lagi menjadi lebih besar apabila terangsang. Sebanyak 12% zakar jenis yang ‘menunjuk-nunjuk’ ini bertambah sebanyak satu pertiga atau kurang apabila tegak. Sekitar 7% zakar adalah pembesar super yang memanjang dua kali ganda atau lebih.

  • Manfaatkan atau biarkannya layu

‘Tanpa ereksi kerap, tisu zakar boleh menjadi kurang elastik dan mengecut, menjadikan penis 1-2 sentimeter lebih pendek,’ kata Ahli Urologi Tobias Kohler, M.D., seperti yang dipetik di WebMD. Tetapi berhati-hatilah, menggunakannya terlalu kerap boleh membahayakan juga. Penyebab utama zakar pecah: melancap dengan terlalu kuat. Bersederhana adalah pilihan yang lebih baik.

zakar

  • Kira-kira 54% daripada semua lelaki disunat

Dalam kalangan masyarakat bukan Islam, berkhatan merupakan pilihan peribadi ibu bapa. Dalam kaji selidik pada tahun 1990-an, kadar khatan bayi meningkat dari kira-kira 55% pada tahun 1993 kepada lebih daripada 63% pada tahun 1999. Zakar lelaki dikenali sebagai rumah kepada berdozen-dozen jenis bakteria yang berbeza. Zakar yang disunat cenderung mempunyai tahap bakteria yang lebih rendah, kerana ia lebih mudah untuk dijaga. Sesetengah penyelidik juga mencadangkan bahawa lelaki yang disunat adalah 60% kurang berkemungkinan mendapat virus HIV melalui hubungan heteroseksual berbanding lelaki yang tidak disunat. Berkhatan sememangnya mempunyai manfaat kesihatan yang terbukti.

  • Ereksi menyebabkan anda tidak dapat membuat pertimbangan dengan baik

Pada tahun 2005, saintis di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Carnegie Mellon University menjalankan kaji selidik terhadap 35 orang lelaki sewaktu mereka dalam keadaan biasa dan ketika sedang melancap pada tahap yang digelar penyelidik sebagai “tahap teransang tinggi tetapi sub-klimaks”. Apabila para lelaki tersebut sedang terangsang, mereka memberi nilai kepada semua soalan yang ditanyakan saintis tersebut sebagai sangat menarik dari segi seksual, termasuklah kasut wanita.

  • Kulup zakar boleh tumbuh kembali

Adakah anda disunat sewaktu bayi? Atau sewaktu sudah lebih besar? Tahukah anda kulup zakar boleh tumbuh kembali? Tetapi ia mengambil masa bertahun-tahun. Doktor akan meregangkan kulit dari bahagian tepi batang zakar dan menariknya ke kepala zakar anda. Kemudian, doktor akan mengunakan sarung plastik untuk mengekalkan regangan – selama mana yang diperlukan untuk mendapatkan kepanjangan yang diinginkan. Malah, doktor kini boleh menjana kulit untuk mangsa kebakaran menggunakan kulit khatan bayi yang disunat. Satu kulup boleh menghasilkan keluasan sebanyak 23,000 meter persegi, yang cukup untuk menutup padang bola dengan tisu manusia.

  • Zakar anda boleh ‘patah’

Fakta zakar yang pertama adalah berkaitan dengan kecederaan zakar. Jika dengan ganasnya, anda terpusing atau zakar anda terbengkok, ianya boleh ‘patah’. Zakar tidak mempunyai tulang namun ianya disokong oleh tiub-tiub yang dipenuhi oleh darah apabila tegang/ereksi dan tiub ini berupaya untuk pecah dan bocor. Darah boleh bocor ke struktur dalaman zakar yang lain, mengakibatkan rasa sakit dan bengkak. Dalam kebanyakkan kes, ianya berlaku ketika seks dan ketika pasangan anda berada di atas. Kecederaan ini berlaku apabila zakar terkeluar daripada faraj dan terbengkok oleh daya yang kuat.

  • Lelaki mengalami beberapa ereksi pada waktu malam

Fakta zakar seterusnya adalah berkaitan dengan ereksi dan waktu malam. Lelaki secara puratanya mengalami ereksi tiga hingga lima kali sepanjang malam ketika mereka tidur, dengan setiap ereksi mampu bertahan dari 25 hingga 35 minit. Kerasan pagi atau ‘morning wood’ adalah tegangan zakar yang berlaku apabila seseorang bangun pagi. Punca kepada ereksi waktu malam ini tidak difahami sepenuhnya namun ianya mungkin berkait rapat dengan fasa-fasa tidur khususnya fasa tidur REM (rapid eye movement). Fasa ini adalah ketika seseorang bermimpi. Apapun puncanya, ereksi waktu malam adalah tanda bahawa zakar anda berfungsi dengan baik.

zakar

  • Panjang zakar tiada kaitan dengan saiz kaki

Menurut kajian yang dijalankan, khabar bahawa saiz zakar berkait rapat dengan saiz kaki seseorang adalah sebuah mitos. Kajian mendapati bahawa tiada kaitannya antara saiz kasut seseorang dengan panjang zakar mereka.

  • Zakar kecil menghasilkan ereksi yang besar

Fakta zakar yang ini berbunyi sedikit pelik namun zakar yang kecil atau lebih pendek akan membesar dengan lebih banyak apabila ianya tegang. Kajian menunjukkan peningkatan saiz zakar ketika tegang dalam zakar yang kecil adalah hampir dua kali ganda berbanding zakar yang lebih besar.

  • Zakar bukanlah sejenis otot

Untuk fakta zakar terakhir, zakar bukanlah sejenis otot, sebaliknya ianya seakan span yang mempunyai banyak tiub dan salur darah yang mengembang apabila zakar tersebut terangsang. Darah memenuhi tiub-tiub berbentuk silinder ini, menyebabkan zakar menjadi besar dan keras. Pembesaran ini menyekat saluran vena yang sepatutnya membawa darah dari ke zakar ke tempat lain. Apabila ereksi hilang, salur darah arteri dalam struktur tersebut akan menjadi kecil semula, membenarkan darah untuk keluar dari kawasan zakar ke bahagian lain.

  • Tubuh yang sihat bermakna memiliki zakar yang sihat

Penis merupakan salah satu organ yang penting bagi individu lelaki. Sepertimana organ-organ lain seperti jantung, hati, otak dan paru-paru yang ditentukan keadaannya melalui kesihatan tubuh badan, kesihatan penis juga begitu. Sekiranya seseorang lelaki mempunyai masalah dengan penisnya, bererti beliau turut mempunyai masalah dengan keadaan tubuh badannya. Sebagai contoh, sekiranya penis mengalami masalah untuk berereksi, penyebabnya mungkin melibatkan perubahan pola pemakanan, kurang tidur, kurang bersenam, atau juga gangguan hormon.

  • Zakar manusia prasejarah memiliki tulang

Satu penyelidikan yang dilaksanakan pada tahun 2010 yang diterbitkan dalam jurnal Nature menyatakan bahawa lebih daripada 700,000 tahun yang lalu, penis manusia prasejarah sebenarnya memiliki tulang. Namun, seiring dengan evolusi, manusia pada zaman moden tidak lagi memiliki tulang. Hanya tekanan darah yang akan membantu penis lelaki untuk mengalami ereksi. Ahli akademik masih berbahas mengenai mengapa manusia prasejarah memiliki penis bertulang. Teori yang paling dipercayai adalah penis yang bertulang membantu lelaki prasejarah untuk berhubungan seks dengan lebih cepat. Ini kerana, penis yang bertulang akan membuatkan penis cepat berereksi. Sebelum peradaban manusia terbentuk, seks hanya dianggap sebagai keperluan biologi semata-mata iaitu untuk menghasilkan keturunan dan membiakkan manusia. Inilah mengapa penis yang bertulang turut ditemui pada banyak jenis haiwan seperti kucing dan monyet.

  • Merokok boleh menyebabkan kesukaran ereksi

Kesan merokok bukan sahaja memberi kesan terhadap paru-paru dan jantung. Merokok boleh merosakkan pembuluh darah dan penis bagi seorang perokok akan mempunyai kesukaran mengalami ereksi. Ini kerana, ereksi terjadi ketikamana darah mengisi jaringan penis yang berongga sehingga menjadikan penis menegang, memanjang dan mengeras. Apabila aliran darah tidak lancar, janganlah pelik sekiranya anda mengalami kesukaran untuk berereksi.

zakar

  • Janin dan bayi juga boleh berereksi

Ketika klitoris sudah berubah menjadi penis semasa janin berada dalam kandungan ibu, penis sudah boleh mengalami ereksi. Gambaran mengenainya boleh didapati melalui imbasan ultrasound. Biasanya, beberapa saat setelah bayi lelaki dilahirkan, bayi lelaki tersebut akan mengalami ereksi.

  • Manusia boleh dilahirkan dengan dua penis

Fakta berkenaannya mungkin sedikit pelik bagi sesetengah individu. Walau ia sangat kurang terjadi, seseorang boleh dilahirkan dengan dua penis sekali gus. Dalam dunia sains perubatan, keadaan ini dikenali sebagai diphallus. Namun, memiliki dua penis bukanlah sesuatu yang menguntungkan bagi seseorang lelaki. Dalam kebanyakan kes, kedua-dua penis tersebut tidak berfungsi secara normal sehingga doktor perlu melakukan pembedahan atau prosedur perubatan tertentu untuk memperbaiki fungsi penis. Kelainan seperti ini terjadi pada setiap satu bayi dari 5 atau 6 juta kelahiran bayi lelaki.

Berapa panjangkah ukuran zakar secara normal di seluruh dunia?

Terdapat anggapan bahawa saiz zakar melambangkan kejantanan seseorang individu lelaki, dan disebabkan itu, ramai individu yang cuba memperlihatkan susuk bentuk zakarnya bagi menunjukkan kelelakiannya manakala sebahagian yang lain kekal dengan keputusan untuk tidak mewar-warkan kepada umum berkenaan saiz dan susuk bentuk zakar miliknya.

Benua Afrika merupakan sebuah benua di mana populasi penduduknya memiliki purata saiz penis yang terbesar di dunia, disusuli dengan saiz penis bagi individu Kaukasian, Latin atau Hispanik. Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Target Map, kaum lelaki di Afrika memiliki saiz penis terbesar di dunia dengan rata-ratanya bersaiz antara 16 hingga 19 cm apabila berereksi. Di negara Congo contohnya, purata saiz penis bagi penduduk di negara tersebut adalah sebanyak 17.93 cm. Bagi negara Ghana pula, rata-ratanya memiliki purata saiz penis sebanyak 17.31 cm.

Di tangga yang kedua, Australia memegang tempat sebagai negara yang memiliki penduduk dengan saiz penis kedua terbesar dengan puratanya bersaiz 15.7 cm. Australia berkongsi kedudukan dengan negara Mexico, Norway, Itali, dan juga Sweden. Seterusnya, di kedudukan ketiga, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan United Kingdom mempunyai penduduk dengan purata saiz penis sebanyak 12.9 cm hingga 14.7 cm.

Bagi penduduk di negara-negara Asia pula, purata mereka mempunyai saiz penis antara yang terkecil di dunia. India, Malaysia, Thailand dan Korea Selatan berada di kedudukan terbawah (dengan purata saiz sebanyak 9.3 cm hingga 10.5 cm. Individu lelaki dari negara Jepun dan Indonesia pula mempunyai saiz penis dengan anggaran antara 10.5 cm hingga 13 cm, yang mempunyai kedudukan yang sama dengan negara Greece, Brazil dan Rusia.

Rekod zakar terpanjang dan terpendek di dunia

Jonah Adam Julio Cardeli Falcon adalah seorang pelakon dan penyampai televisyen yang berasal dari Amerika Syarikat yang pernah menjadi tumpuan nasional pada akhir tahun 90-an disebabkan oleh saiz penisnya yang besar, dan direkodkan sebagai penis yang terpanjang di dunia dengan ukuran sehingga 34 cm apabila berereksi. Rekod yang dimiliki oleh Jonah ini tidak dipecahkan sehinggalah pada tahun 2015, Roberto Esquivel Cabrera yang berusia 52 tahun dari Mexico mendakwa dirinya memiliki saiz penis terpanjang di dunia. World Record Academy mencatatkan bahawa penis Cabrera mencapai saiz sepanjang 48.2 cm apabila ereksi dengan ketebalan sebanyak 25 cm. Penis raksasa ini hanyalah 5 cm lebih pendek daripada individu yang terkecil di dunia.

Seorang individu dari Miami, Amerika Syarikat yang bernama Mike Carson telah dicatatkan oleh Guinness World Record sebagai pemilik penis dengan saiz terkecil di dunia. Penis milik Mike Ccrason memiliki saiz kepanjangan sebanyak 1/16 daripada 2.5 cm yang membawa maksud saiz penisnya hanyalah sepanjang 0.15 cm. Ianya merupakan rekod saiz penis terkecil di dunia bagi individu dewasa.

Bagaimanakah saiz zakar ditentukan sama ada ia bersaiz besar atau kecil?

Secara umumnya, tiada ukuran tertentu yang menentukan saiz kecil besar penis. Namun, beberapa kajian berbeza melaporkan bahawa purata ukuran saiz penis individu dewasa adalah antara 13 cm dan 14.5 cm. Kajian turut menyatakan bahawa ukuran penis lelaki semasa ereksi tidak terkait dengan ukuran penisnya semasa tidak mengalami ereksi, yang membawa maksud bahawa lelaki yang memiliki besar penis dan kepanjangan yang berbeza ketika tidak mengalami ereksi mungkin mempunyai ukuran saiz yang sama ketika mengalami ereksi. Selain itu juga, tidak terdapat hubungan antara usia lelaki dan saiz ukuran penis mereka.

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Asian Journal of Andrology pada tahun 2011 menemui bahawa panjang jari telunjuk mungkin menunjukkan saiz kepanjangan penis seseorang, dan lelaki yang memiliki perbezaan jarak antara jari telunjuk dan jari manis yang lebih kecil memiliki saiz penis yang lebih besar. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lain belum berhasil menguji dengan lebih lanjut berkenaan kebenaran teori ini.

Selain daripada itu, daripada kesemua faktor dan ciri fizikal yang pernah diteliti, satu ciri yang paling mempunyai kaitan dengan saiz penis seseorang lelaki adalah ketinggian tubuh badan. Semakin tinggi postur tubuh badan sesorang individu lelaki, semakin besar ukuran saiz penisnya. Walau bagaimanapun, teori dakwaan ini juga adalah satu dakwaan yang lemah.

Faktor apakah yang mempengaruhi ukuran penis?

Apakah yang mempengaruhi saiz kepanjangan dan besarnya penis yang berbeza antara sesorang lelaki dengan lelaki yang lain? Antara salah satu faktornya adalah warisan genetik keluarga. Hormon turut mempengaruhi saiz ukuran penis.

Cara besarkan zakar

zakar

  • Pam vakum

Dalam beberapa kes, pam vakum boleh membantu individu yang mengalami masalah halangan sirkulasi darah untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi. Pam vakum sering digunakan untuk lelaki lanjut usia, individu yang memiliki diabetes, atau disfungsi ereksi. Pam vakum meningkatkan ukuran penis dengan mengepam darah ke batang penis sehingga ia membengkak. Anda kemudiannya perlu mengepit penis dengan sebuah cincin ketat untuk menjaga darah agar tidak mudah mengalir keluar kembali dari batang penis.

Kaedah ini kedengaran mudah untuk dilakukan namun ia terbukti memberikan kesan yang bersifat sementara dan tidak memberikan pengaruh yang signifikan terhadap prestasi anda ketika melakukan hubungan seksual. Menggunakannya dalam satu tempoh yang lama dan terlalu kerap boleh merosakkan jaringan elastik zakar, menghasilkan ereksi yang kurang optimum, mati rasa pada organ sehinggalah terjadinya kerosakan jaringan dan pembuluh darah.

  • Suplemen dan krim topikal

Ubat-ubatan oral dan krim topikal pembesar zakar mendakwa mengandungi kandungan hormon, vitamin, mineral atau ramuan tradisional yang berkesan membesarkan penis. Walau bagaimanapun, tiada bukti ilmiah yang menyokong dakwaan tersebut, malah terdapat beberapa produk yang boleh membahayakan kesihatan anada. Kebanyakan produk-produk membesarkan zakar tidak didaftarkan dan tiada jaminan bahawa kandungan produk tersebut mengandungi bahan-bahan yang selamat digunakan. Ia mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya yang memungkinkan kesan sampingan atau kerosakan kekal. Beberapa pengeluar produk pil dan krim pembesar zakar mengiklankan produk mereka dengan gambar-gambar testimoni sebelum dan sesudah penggunaan dari pengguna sebelumnya. Ia tidak boleh dianggap sebagai bukti yang sah kerana testimoni pengguna adalah pembuktian saintifik yang paling lemah dan yang paling rendah selain pengeluar turut berpotensi memanipulasi gambar atau menulis review palsu berkenaan produk yang dikeluarkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut