backup og meta

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

    Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

    Seperti mana yang kebanyakan kita semua mungkin sudah sedia maklum, zakar lelaki memang tidak mempunyai sebarang tulang di dalamnya. Tetapi masalah zakar ini sememangnya wujud! Ada lelaki yang mempunya tulang zakar!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Anatomi zakar lelaki

    Sebelum pergi lebih lanjut kepada berita yang mengejutkan ini, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan alat kemaluan lelaki ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, zakar adalah organ seks buat lelaki yang mempunyai dua fungsi utama iaitu untuk pembiakan dan perkumuhan.

    Ia dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:

    Glans (kepala)

    masalah zakar

    Buat lelaki yang sudah bersunat, bahagian kulup akan dibuang dan mukosa pada gla

    ns ini akan berubah kepada kulit kering.

    Buat lelaki yang tidak bersunat, bahagian kulup masih lagi ada dan tersimpan di dalam mukosa lembab berwarna merah jambu.

    Corpus cavernosum

    Ia merupakan dua kolum tisu yang terletak di bahagian tepi zakar dan berfungsi menyebabkan ereksi apabila darah masuk memenuhinya.

    Corpus spongiosum

    Ia merupakan satu kolum tisu lembut seakan span yang terletak di bahagian depan zakar dan berfungsi mengeluarkan air kencing.

    Kalian juga perlu tahu bahawa alat sulit lelaki ini mempunyai 2 keadaan yang berbeza iaitu sebelum ereksi dan selepas ereksi.

    Ereksi atau zakar tegang adalah disebabkan oleh perubahan aliran darah di dalam saluran darah zakar lantas mengembangkan corpus cavernosum.

    Apabila kaum Adam terangsang secara seksual, saluran darah ini akan mengembang lantas membolehkan darah mengalir lebih laju dan banyak.

    Pun begitu, ada ketika lelaki tidak boleh atau tidak mampu mengalaminya akibat beberapa masalah zakar seperti mati pucuk.

    Mungkin ramai yang salah faham bahawa alat kemaluan lelaki ini boleh tegang kerana ia ada tulang di dalamnya.

    Persoalannya, adakah ia fakta atau mitos semata-mata?

    Benarkah ada tulang?

    tulang zakar

    Jawapannya, tentu sekali tiada. Ini kerana alat sulit lelaki sebenarnya hanyalah terdiri daripada otot, sistem saraf dan salur darah sahaja.

    Pun begitu, adakalanya tubuh badan kita boleh menumbuhkan tulang pada tempat yang tidak sepatutnya.

    Ada kes yang pernah terjadi di mana tulang itu tumbuh sehingga terkeluar daripada tubuh badan lantas membuat ia jelas kelihatan.

    Bukan itu sahaja, ada juga kondisi di mana individu mempunyai tulang terlebih sehingga ada lebih daripada 5 jari pada kaki atau tangan.

    Meskipun keadaan-keadaan ini adalah antara penyakit yang jarang berlaku, tidak bermakna ia mustahil terjadi kepada individu bukan?

    Inilah yang mungkin terjadi kepada lelaki berusia 63 tahun ini!

    Baca juga:

    Kes ini kata ada tulang zakar!

    Menurut laporan yang diterbitkan oleh jurnal Urology Case Reports, ada satu kes di mana lelaki berusia 63 tahun mempunyai zakar bertulang.

    Lelaki tersebut dikatakan telah pergi ke wad kecemasan setelah jatuh sehingga terhempap punggung di tepi jalan.

    Selepas kejadian itu, dia menyatakan masih lagi boleh berjalan namun mengadu rasa sakit pada kakinya.

    Selepas didiagnosis secara klinikal, lelaki tersebut turut mengatakan bahawa bahagian di sekitar zakarnya juga terasa sangat sakit.

    Menyangkakan ia bukan masalah zakar, doktor telah membuat ujian sinaran X bagi melihat sama ada terdapat keretakan/kepatahan tulang pada pelvik.

    Di sinilah doktor mula perasan sesuatu yang sangat aneh kerana didapati bahawa terdapat sesuatu seperti tulang pada zakar lelaki itu!

    Masalah yang dikenali sebagai “penile ossification”

    Hakikatnya, ia bukanlah tulang seperti mana yang terdapat dalam rangka tubuh badan setiap manusia normal.
    Ia adalah satu masalah zakar yang menyebabkan sesuatu berkumpul di dalam zakar yang menyerupai tulang.
    Untuk pengetahuan anda, ia berlaku apabila garam kalsium yang terdapat di dalam alat sulit lelaki berkumpul di dalam tisu lembut.
    Kondisi ini adalah sangat jarang berlaku dan hanya melibatkan kurang daripada 40 kes seperti mana yang dinyatakan oleh Lincoln Medical and Mental Health Center di Amerika Syarikat dan American University of Beirut di Lubnan.

    Faktor risiko kondisi ini berlaku adalah tidak jelas dan jika kalian berasa sesuatu yang aneh pada alat kemaluan anda, sila rujuk doktor segera untuk selesaikan masalah zakar anda ya?

    Masalah tulang zakar jangan dipandang ringan!

    tulang zakar

    Seperti mana kes yang terjadi kepada lelaki berusia 63 tahun ini, setiap masalah zakar perlu diselesaikan segera untuk mengelak sebarang komplikasi daripada berlaku.

    Tidak kiralah jika anda mengalami masalah zakar tidak boleh tegang (mati pucuk), ejakulasi pramatang, lemah libido atau sebarang masalah alat sulit, jangan pandang ringan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan